Saya membelek surat yang sampai di tangan saya….
“PEMBENTANGAN LAPORAN BULAN DISEMBER BAGI MESYUARAT PENGURUSAN RUMAH HIV/AIDS”
Mesyuarat akan berlangsung pada hari Jumaat 11 Febuari 2011, jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Haji Pateh Akhir, tingkat 6 menara Selatan bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.
Padahal hari-hari sebelumnya iaitu hari Rabu dan Khamis saya berada di Johor bagi program bersama masyarakat yang ditimpa banjir…..
Semalaman tidak tidur melainkan sedikit sahaja, dari kejauhan, saya membuat laporan mengenai mesyuarat ini.
Rumah HIV Darul Ukhwah sekarang telah mempunyai rumah wanita dan dengan izin Allah, penghuni wanita telah mula memenuhi rumah ini.
Selama setahun lebih kita membuat rumah perlindungan HIV Muslim, telah 63 orang berada bersama kita menerima rawatan dan penjagaan. Ada yang sihat, ada yang meninggal dan ada yang masih lagi bersama.
Rumah HIV kita di Puchong pun terhenti sebentar pembinaannya kerana baru-baru ini, fokus kewangaan kepada anak-anak Ijabah. Maklumlah, baru naik sekolah, sudah tentu banyak perbelanjaannya.
Tahun ini, insyaAllah, dengan izinnya juga, kompleks anak yatim dan tahfiz al-Ijabah akan mula dibangunkan, begitu juga dengan bangunan rumah HIV kita.
Bagi yang bersama-sama secara maya, saya ucapkan ribuan terima kasih, semoga ia menjadi amalan yang kekal pahalanya amin…
Minta di doakan, mudah-mudahn semuanya dibantu Allah….
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
11 Rabiul Awal 1432/14 Febuari 2011 jam 5.15 petang
Mesyuarat di MAIS
Ia dipengerusiakan oleh Pengarah JAIS baru
Hadir bersama wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
No comments:
Post a Comment