21 Febuari 2011, jam 8.15 malam, saya berada di Darul Ukhwah menyempurnakan mesyuarat bulanan bersama semua badan pengurusan.
Malam ini lebih kepada perbincangan perjalanan rumah HIV muslim ini, terutama mengenai hari keluarga yang di rancang pada hari Ahad 27 Febuari.
Darul Ukhwah mempunyai “7 Tonggak”
1. Penjagaan ubat,
2. penjagaan kesihatan,
3. program penerimaan keluarga,
4. program jati diri,
5. program penerimaan masyarkat,
6. program rohani
7. program kaunseling
Semua program yang diatur di Darul Ukhwah ini menjurus kepada 7 tonggak ini. Jadi, program hari keluarga bermatlamatkan agar keluarga penghuni bersama-sama penghuni dan menerima mereka.
InsyaAllah, ia akan disempurnakan di Sungai Congkak.
Selain itu, kami juga membincangkan serba sedikit mengenai tetamu yang akan datang melawat Darul Ukhwah iaitu Majlis Agama Islam Terengganu (MAIT)
Pihak MAIT sedang bercita-cita untuk membuka rumah perlindungan HIV muslim di Terengganu seperti yang terlaksana di Selangor, dan mereka menziarahi kami untuk berkongsi pengalaman di dalam mentadbir program ini.
“Kalau macam tu, apa kata kita buat kerjasama Ustaz, kita buat macam cawangan Darul Ukhwah di Terengganu” kata Ustaz Halim, ketua Rombongan MAIT.
Alhamdulillah, kita sangat mengalu-alukan kedatangan dan niat mereka, kerana memang, rumah HIV muslim tidak banyak ada sedangkan pesakit HIV rata-rata orang Melayu dan beragama Islam.
Memang mereka dulu mempunyai latar belakang yang agak hitam tetapi ia tidak bermakna kita perlu meyisih mereka sama sekali. Kita usahakan semampu boleh untuk membantu golongan ini. Semoga niat yang baik akan terus diperbaiki Allah.
“Al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
22 Rabiul Awal 1432/ 25 Febuari 2011 jam 1.45 pagi
Sebelum mesyuarat, bersama warga DU di dalam bacaan “ratib”
Ini cucu saya di DU
Mesyuarat DU
Kunjungan MAIT
Berbincang dan berbual mengenai pengalaman mengendalikan rumah HIV
InsyaAllah, saya doakan semoga MAIT berjaya demi membantu muslim..
1 comment:
salam...
saya menyokong Terengganu bercita2 untuk menjalankan usaha sebegini.....ayuh kita selamatkan kembali saudara kita yang tersasar laluan hidupnya....disamping mencegah yang belum tersasar dari tersilap haluan hidup....
Post a Comment