Thursday, February 3, 2011

Jawapan Pada Persoalan 125

Alhamdulillah, dapat saya melihat persoalan yang diajukan

sani penang saya pernah tengok dlm rancangan tanyalah ustaz bartajuk pasangan ilmu,kalau saya nak dapat ulangan dimana saya boleh dapatkan? 2010-10-27 2:17 AM

boleh cari dalam blog saya, atau taip pada google, pasangan ilmu

Guest Ust, bagaimana jika waktu subuh masuk ketika solat witir 2 rokaat. Adakah boleh habiskan & sambung dgn yg 1 rokaat tapi yg 1 rokaat dlm waktu subuh? 2010-10-27 1:26 AM

Witir waktunya sebelum subuh, kalau dah masuk waktu, buatlah solat sunat sebelum subuh (qabliyyah)

Guest Ust, jika waktu subuh masuk ketika sedang solat tahajud, adakah boleh diteruskan tahajud sampai habis & adakah dikira amalan tersebut? 2010-10-27 1:21 AM

Teruskan tahajud tersebut, insyallah diterima Allah

Guest ust,apa hukum membuka dan membaca email suami tanpa izin..entah mcm mana sy tau paswordnya dan tau dia ada affair dgn perempuan lain.. 2010-10-26 12:56 PM

Kalau untuk kebaikan dan dengannya dapat membantu suami memperbaiki diri, maka diharuskan

ctzahra salam, saya ada terbaca bila kain dan keranda dimakam rasulullah diangkat akan ternampak tubuhnya yang terbaring.Betulkah ustaz! adakah tubuh rasululluhlah saw tidak di tanam sebagaimana kita?mohon jawapan ustaz! 2010-10-26 2:06 AM

Baginda di kebumikan seperti biasa

Guest kenapa dlm Islam, sukakan nombor yang ganjil2? contohnya malam lailatul qadar mlm yg ganjil dll..byk lg 2010-10-28 3:14 AM

Wallahualam….

Guest USTAZ SAYA X PERNAH MENCUKUR KESEMUA RAMBUT ANAK-ANAK SAYA SEMASA MEREKA BAYI, HANYA CUKUR SIKIT BOLEH KE 2010-10-27 1:14 PM

Tak apa, ia sunnah, tapi kalau dah tak buat dulu, nak buat macam mana…

zmz difahamkan rakan sekerja saya suka membeli no ekor. baru2 ni dia ada meminjam duit drpd saya, patut tak saya bagi? 2010-10-30 3:07 PM

kalau yakin dengan duit anda dia membeli nombor, maka jangan bagi

Guest apakah hukum mandi bunga dgn niat nak dapat jodoh? 2010-10-30 1:55 PM

Boleh jatuh kepada syirik, kalau nak cari jodoh elok solat hajat, minta pada Allah, niat mandi untuk menyegarkan badan…

jam salam ustz.anak buah suami saya..lelaki, tinggal bersama kami.kesemua anak kami perempuan.dia bkn muhrim.saya serba salah.tlg ustz bg nasihat. 2010-10-30 8:30 AM

jaga aurat

Guest salam.ada ke dalil mengatakan anjing haram 2010-10-29 5:27 PM

Haram sentuh ke haram makan?

Guest Ust, sebagai isteri, utk lakukan ibadah korban afdalnya ambil bahagian dipihak mana, ibu sendiri atau suami? Suami pula mestikah dibhgn pihak ibunya? 2010-10-29 1:50 AM

Kalau suami pun dah buat, buatlah untuk ibu..

anamaria ustz, sy br nak berniaga.ltk harga rendah dr pasaran.sy amik untung skt2 je sbb dh ada keje ttp.sy tutp periuk org lain kah yg jual dgn harga pasarn? ustz,sy prknalkn brg jualan sy kpd semua org, trmsk planggn tetap kedai lain.berdosakah sy?Bknkah akhrnya planggan berhk mmilih? bg sy, selagi ada unsur redha atr pjual n pembeli n tiada unsur riba, muamalat sebegitu dbenarkan dlm islam 2010-11-01 6:33 AM

boleh …

Tumis bilis Salam, nak beli kambing sekor mahal so kita share 4 orang. kita sembelih masa HR qurban..ini kira qurban atau sembeli binatang utk makan2 biasa? 2010-11-01 4:39 AM

Niatkan untuk nama seorang kemudian sedekahkan pahala pada yang turut menyumbang

Guest salam, ustaz. Bolehkah seorang wanita bujang menunaikan umrah kali pertama dgn kwn perempuan? 2010-10-31 4:08 AM

Boleh, jika perjalanan selamat dan tidak timbul fitnah

Guest salam ustaz..sy br kematian suami..sy ingin bertanya antara mengajak org bertahlil tiap2 mlm jumaat dgn bersedekah..yang mana lebih baik? 2010-11-01 12:15 PM

Dua-dua bagus, buat yang tidak membebankan

putera salam ustaz! apa pendapat ustaz tentang alam manusia yang lain drp alam manusia kita ini contohnya spt alam manusia bunian? 2010-11-03 7:04 AM

kalau dah terjumpa, bagus.. kalau belum jumpa, jangan minta…

anamaria ustz, knape bila kita nk buat baik, org bsangka buruk?sy smpai mngis sbb xthn kene fitnah.Tlg beritahu surah2 yg boleh tambah kekuatan dlman 2010-11-03 6:12 AM

kita buat baik bukan sebab orang, tapi sebab Allah suruh, nak tenangkan hati, banyakkan baca selawat…

anamaria ustaz, sy dh tkr cr bisnes.planggan oder, sy dhulukn modal. rsnya bgtu lg baik,planggn dpt brg murah, sy xd risiko rugi sy dh byk kene fitnah.igt nak bg pluang yg baik kpd planggan, dislahanggap nk monopoly. 2010-11-03 6:06 AM

kena salah tanggap itu asam garam kehidupan, kalau semua ok, takut lupa Allah pula, ujian membawa kita hampir kepadaNya

najla ustaz, adakah suntikan vitamin c + kolagen dibolehkan dalam Islam? 2010-11-03 3:51 AM

dah ada fatwa mengharuskan…

Raudhah Adakah istidraj berlaku pada orang mukmin ataupun pada orang mungkar saja.2010-11-02 4:11 PM

Berlaku pada muslim yang ingkar lagi derhaka dan juga orang kafir

Raudhah Bacaan Quran dengan nafas terputus. Adakah salah bacaan tersebut. 2010-11-02 4:09 PM

Tidak salah, Cuma perlu diulang semula agar ayat tersebut lebih sempurna

Raudhah Salam. Ustaz, bagaimana kedudukan imam wanita bersama jemaah wanita.2010-11-02 4:08 PM

Seperti imam yang biasa

rahman klu ust suroh seseorang pkai tudong tpi die kate tk sedie ape jawapan ust??2010-11-04 1:22 PM

Doakan..

isteri serba salah salam,ustaz. apa hukumnya pada isteri kalu suami suruh isteri buat rawatan gigi, tapi duit klinik dibayar dgn kad kredit dn insurans konvesional . isteri berdosa ke dgn urusan kewangan suaminya yg tidak jujur cth tipu claim,kad kredit dn bank konvesional. ISteri tidak bekerja.suami degil bila di 2010-11-04 9:09 AM

Minta ampunlah pada Allah, kadang kala, kita tahu sebab kita ada ilmu, suami pula buat tak tahu sebab ilmu kurang, jadi syubhat tetap syubhat, lepas tu minta ampun pada Allah dan minta Allah bimbing suami

opahcikgu saya ada masalah berkaitan dosa yang dilakukan saudara terdekat,mohon ustaz hubungi no tel kak atau ustaz beri no tel.ustaz.urgent.kak sangat memerlu walaupun tah keampuan Allah amat luas,seluas langit dan bumi,kak perlu berbicara terus dengan ustaz,kerana cara penyampaian ustaz lebih h013 5216650 2010-11-03 9:57 AM

Nanti kak berhubung dengan PA saya ye, sebab waktu saya amat terhad sebenarnya

Guest salam ustaz.saya ingin bertanta tantang subaha.ini kerena saya ada kawan yang selalu tolong oku perlihatan cari duitminta sedekah kira mcm itu hasil. 2010-11-07 7:01 PM

Kalau ikhlas, ok

teacher shu akum ustaz, bagaimana caranya mencuci tahi cicak yang sudah kering di lantai?2010-11-07 7:06 AM

Hilangkan ainnya, kemudian basahkan kain, sapukan, bersihkan dalam tiga kali..

Guest salam..ustz, mgkinkah doa kita tidak diterima Allah sekiranya kita tidak memaafkan orang yang telah menganiayai kita 2010-11-06 3:24 PM

Doa tidak diterima kerana dosa, tak memaafkan orang lain itu hak kita

Guest salam ustaz,dimasjd dekat rmh sy diaorg solat subuh rakaat pertama terus sujud tnpa rukuk, kmudian bgn kembali solat mcm biasa., 2010-11-05 5:58 PM

Sujud sejadah tu…

Abdullah Bin AmanAssalamualaikum Ustaz.Saya ingin tahu bagaimana nak mendidik anak yang nakal kepada anak yang baik dan dengar kata orang tuanya 2010-11-05 4:16 PM

Ajak dia amalkan selawat

A'in ustz mcmana nak tunaikan umrah nazar,adakh samamcm umrah unat sbb yg wajib telah ditunai 2010-11-05 11:06 AM

Beza waktu niat

Leh ustz,wang pampasan drp syarikat utk skim prsaraan sukarela dkenakan zakat tak,ada usz kata kena ikut kaedah fekah,mcmana kiranye 2010-11-05 10:58 AM

Pampasan bukan pendapatan, tak kena

Nur: ustz..adakh batal wuduk anak luar nikah dgn bapa ygbtggjawab meghamilkan ibunya (mrk telah berkahwin slps ank itu lahir) 2010-11-09 1:04 AM

Kalau anak itu disusukan oleh isteri itu, maka tak ada masalah

nur; slm ustaz..slps solat dhuha bolehkh sya tunaikan solat sunat yg lain cthnya: sunat taubat dan hajat.. 2010-11-09 12:57 AM

boleh

Mat: dlm dunia pniagaan jika kita meminjam lesen org lain.kita dikenakan caj/komisen sbyk 2.5% dr keuntungan kita..adakh itu juga dikira riba' ustaz.. 2010-11-09 12:12 AM

Tidak, sebab itu akad perkongsian

mat: slm ustz..rakan saya memberi pinjaman modal pniagaan RM100 ribu dan memberi syarat dlm tempoh 3 tahun sya kena beri pulangan 30 ribu padanya..Adakah 30 ribu itu dikira riba'.. 2010-11-09 12:07 AM

ya…

Guest..byk sekali kemusykilan berkaitan dgn bulu kucing..dlmpengajian Fardu ain..bulu kucing adalah termasuk najis yg dimaafkan.Betulkan ustaz.. 2010-11-08 11:55 PM

Ya…, sebahagian pendapat

Guest Ustaz..bolehkah kalau kita tukar syiling contohnya rm 20 tapi kita mintak rm 23 dari orang yang bagi tukar duit kertas kat kita.. 2010-11-08 6:12 PM

Kalau itu sebagai upah usaha menguruskan tukaran, tak apa

bard ust,makan pakai pinggan sumbing,guna sikat patah,dan bermacam macam lagi dikatakan boleh mewarisi kepapaan.Ianya berdasarkan dalil/sumber sahih ke ust 2010-11-08 1:40 AM

huraian ulama pada beberapa hadis

IST Salam Ustaz, bapa sy tlh meninggal.. bolehkah saya solat taubat dgn niat untuk allah ampunkan dosanya 2010-11-09 9:05 AM

Boleh

Hazehana Salam. Apa hukum isteri yg mengasingkan tempat tidur dari suaminya kerana sisuami curang dan berzina & tidak bersama selama 1 tahun wpun sekatil. 2010-11-09 7:42 AM

Tak boleh dan boleh jatuh haram

raudhah abg ipar sy tiba2 nk kawinkan ank, adk ipar sy syak ank buah hamil sb nmpk perut buncit sah ke nikah wanita hamil? apa hukum jd saksi klu nikah x sah 2010-11-09 7:17 AM

nikah sah jika perempuan itu bukan isteri orang

Guest No. 1 Adakah menjadi kewajiban majikan menyuruh stafnya menunaikan solat dan berpuasa di bulan ramadan. Adakah ia akan ditanya di akhirat nanti? 2010-11-09 5:17 AM

Ye, kena tegur dengan lisan, tak mampu, doakan dengan hati

fatimah salam ustaz, apakah doa anak angkat sampai kpd kedua ibibapa angkat nya? mertua saya halang saya balik ke rumah mak saya. kalau balik kampung, saya kena pergi rumah dia dulu, kalau tak dia masam muka, apa perlu sy buat? 2010-11-09 3:09 AM

1. doa sampai,

2. tidak boleh taat sesuatu yang mendatangkan dosa, memutuskan hubungan satu perkara dosa

Guest Orang sakit uzur yg tak ada harapan sembuh sentiasa bertanya sampai bila dia akan begini? Tolong ustaz bagi cara nak menjawabnya? 2010-11-09 3:08 AM

Sampai ketentuan terbaik dari Allah, kalau sembuh itu baik, maka akan sembuh, kalau mati itu baik, maka akan matilah…

mirza Slm,ustz,semasa jamak takdim,kita kena buat satu2 ker( zohor dulu, bg salam lepas itu bangun buat utk asar pula ) tapi niat pd solat yg pertama saja. 2010-11-09 2:24 AM

kena niat tiap mula solat

Guest suami tlh niat puasa nazar 10 hari sempena kelahiran anak.tapi smpai skrg tak puasa lagi .anak nak masuk 3 thn. boleh kah diganti puasa dgn sedekah? 2010-11-10 7:41 AM

Tak boleh keculi kalau memang dah uzur dan tak mampu puasa

Mohd Ali Salam ustaz. Betul ke wali mengikut turutan berikut (sebelah bapa sahaja):- bapa,datuk>,adik beradik lelaki,sepupu lelaki,bapa saudara. 2010-11-10 4:03 AM

Bapa, datuk sebelah bapa, adik beradik seibu sebapa, adik beradik sebapa, adik beradik seibu

linda salam,ust camne caranya tuk bzakat/korban mlalui online-hny transfer duit masuk akaun.adakh dgn niat sahaja? 2010-11-10 1:36 AM

niat perlu

aida salam ustaz, bolehke kita solat sunat cthnya nak buat tahajud, taubat, hajat, sedangkan kita tahu x habis lg qhada solat, tp nak juga solat sunat tu, 2010-11-10 1:33 AM

boleh

khar ustaz,boleh tak kita niatkan korban untuk diri sendiri,suami dan anak,atau cuma boleh seorang saja? 2010-11-09 11:21 PM

kalau satu bahagian, namakan satu sahaja, kemudian sedekahkan padala pada siapa yang kita mahu

ibu ustz betul ke wktu wukuf,kite kat m'sia pun mujrab doa klu dilkukakn antra mgrb-tngah mmlm tu.malikt bwa trus naik k lngit brtemu aLLAH 2010-11-12 1:27 AM

InsyaAllah…

Guest simpanan epfyg lebih dr setahun kena zakat ke ustaz? 2010-11-11 7:10 AM

Kalau dah dapat dikeluarkan, baru kira zakat

bard ust,ada pendapat bidaah hasnah pun tak bleh. bagaimana tu?apa hujah/dalil yg kita pegang untuk bolehkan bidaah hasanah? 2010-11-11 2:46 AM

rujuk buku fiqh dan usul fiqh

bard ust,dlm hadis rasulullah larang bidaah.tetapi bagaimna dgn byk amalan bidaah dlm ibadat umat islam malaysia hari ini. bolehkah? 2010-11-11 2:45 AM

perbahasan yang sangat luas

Guest slm.konpius la bab aqiqah,bleh ustaz cite ke pasal bahagian2 .anak lelaki n perempuan...ada kata utk laki 2 bahagian daglembu n stgh tu kata satu je . 2010-11-10 3:44 PM

Lelaki 2, perempuan 1

Wallahualam, Semoga menepati kehendak soalan, jika ada kekeliruan, boleh tanya kembali..

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Ampang

29 Safar 1432/ 3 Febuari 2011 jam 9.10 malam

3 comments:

krul said...

Salam ustaz, bolehkah kita menggunakan pinggan atau cawan yang sumbing?-krul

Anonymous said...

Saya da bankrup 3thun ustaz,sy slalu doa mntk dibebaskn dr sgale ksusahn ini melalui tahjud n solat sunat hjat..dan saya meminta saya kene nmbor ekor yg saya beli..ape hukumnya dan apa pndangan ustaz..sy da xjmpe jln lain utk mndptkn duit buat membyr htang..tlg jwb sy ustaz

SALJUCOKLAT said...
This comment has been removed by the author.