Saturday, February 12, 2011

Diari 281 – “Kembara Maulid Multimedia…”

Kita telah sampai ke bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi SAW. Peringatan bulan kelahiran Nabi tahun 1432/2011 ini, saya membawakan kepada semua pendengar 4 ceramah multimedia mengenai Nabi SAW.

Ceramah multimedia ini akan dibuat di Yayasan Restu. 4 tajuk telah disusun iaitu, “iktibar peperang Badar Kubra”,” iktibar peperangan Uhud”, “iktibar peperangan Ahzab” dan juga “Apa Ada Dengan Cinta?”

Semuanya bermatlamatkan untuk menanamkan lagi kecintaan pada Nabi SAW. Di dalam hadis, Nabi ada menyatakan di akhirat nanti:-

“Kamu akan bersama siapa yang kamu cintai” (HR al-Bukhari di dalam kitab al-Manaqib).

Jika kita mencintai Allah dan RasulNya, maka kita akan bersama Allah dan Rasul di akhirat nanti tetapi jika mencintai dunia kita, kita akan ditinggalkan dalam keadaan sengsara di akhirat.

Iktibar peperangan Badar Kubra telah disempurnakan pada hari Selasa 8 Febuari 2011.

Untuk jadual seterusnya ceramah Multimedia ini ialah Rabu 16 Febuari 2011 jam 10.30 pagi, Selasa 22 Febuari jam 9.00 pagi dan kemuncaknya ialah pada hari Rabu 2 Mac 2011 jam 9.00 pagi. Semua dijemput hadir bagi merasakan kembara Multimedia mengenai mencintai Nabi SAW, insyaAllah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Axis Ampang

9 Rabiul Awal 1432/ 12 Febuari 2011 jam 7.45 petang

IMG_5265

Ceramah Multimedia Maulid Nabi

IMG_5269

Antara yang hadir

IMG_5276

Dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan doa

IMG_5279

persediaan akhir

IMG_5286

Lebih kurang 500 untuk siri pertama ini

IMG_5293

Semoga lebih menghayati sirah Nabi SAW

IMG_5311

Di akhiri dengan selawat bersama-sama pada Nabi SAW

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...