Saturday, December 4, 2010

Diari 263 – MQA (Malaysian Qualification Agency

2 Disember 2010, Jam 3.00 petang, saya melangkah masuk ke dalam Menara PKNS-PJ. Hajar, seorang yang dipertanggungjawabkan menjemput saya sudah agak risau dan beberapa kali menghubungi saya.

“Ustaz, jadi datangkan?..”

“Ya.. saya dah kat pintu depan ni..” kata saya.

Petang ini, saya akan bersama warga MQA (Malaysian Qualification Agency), satu badan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap kolej di Malaysia mencapai standard pembelajaran yang dikehendaki oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

“Ia macam SIRIM lah ustaz, tapi SIRIM dalam bab barang, kita dalam bab pendidikan” kata Dato’ Dr. Syed Ahmad, CEO MQA ini.

Setiap kolej yang ada di Malaysia perlu mendapat standard pembelajaran di MQA barulah akan diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Ceramah petang ini bertajuk, “Transformasi Diri” lebih membahaskan mengenai perubahan diri dalam konteks hijrah.

Seperti biasa, saya membawa pendekatan ceramah multimedia.

Peluang bersama Dato’ Dr. Syed Ahmad dipenuhi dengan soalan bagaimana ingin menubuhkan kolej atau universiti. Ini kerana, memang menjadi cita-cita saya untuk menubuhkan universiti wakaf, satu universiti yang memberikan pendidikan secara percuma kepada anak-anak muslim seperti Universiti  al-Azhar dan Universiti Qarawiyyyin.

“Ok, ustaz, boleh datang dan kita bantu, kita memang suka untuk bantu lebih-lebih lagi jika sesebuah institusi itu dibuat bukan dasar keuntungan” kata Dato’ Dr. Syed Ahmad.

Alhamdulillah, rupanya, ada hikmah. Saya hampir membatalkan ceramah di sini tiga hari sebelum kerana dipanggil oleh MBSA untuk mesyuarat mengenai rumah HIV pada jam 12.00 tengah hari. Tetapi ceramah yang sepatutnya dijadualkan pukul dua dapat ditunda ke pukul 3.30 petang  dan dapat saya mengisinya. Rupanya, terdapat hikmah untuk dipertemukan dengan kawan-kawan di MQA ini.

Semoga, satu hari nanti, cita-cita untuk membangunkan universiti wakaf diperkenankan Allah bagi membantu saudara Islam kita, amin..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

27 Zulhijah 1431/ 4 Disember 2010 jam 3.00 petang

IMG_2743

“Ustaz ni orang kampung saya ni” kata Dato’ Dr. Syed Ahmad yang juga berasal dari Batu Pahat Johor.

IMG_2753

Tajuk hari ini, “Transfomasi Diri”

IMG_2761

Seperti biasa, selepas ceramah Multimedia, kami akan berselawat beramai-ramai.

IMG_2774

InsyaAllah, semoga hasrat penubuhan unversiti wakaf dibantu Allah…

IMG_2776 

Ia satu badan seperti SIRIM untuk memastikan kualiti.

2 comments:

Hasmizal said...

InsyaAllah Ustaz...mudah-mudahan tercapai impian Ustaz untuk membangunkan Universiti Wakaf...

Amin...

Anonymous said...

InsyaAllah ... saya sokong perjuangan ustaz dan doakan cita2 ustaz di makbulkan Allah...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...