Tuesday, November 23, 2010

Universiti Kehidupan – “Roda Kehidupan..”

18 November 2010, setelah selesai di dalam gotong royong ibadah korban, saya mengajak rombongan menziarahi antara keluarga termiskin di sini.

“Anak ni sekolah ke tak?” tanya kak Mala, salah seorang ahli rombongan kami pada keluarga ini.

“Sekolah…, kalau mampu bayar yuran bulan ini, dia akan pergi ke sekolah, kalau tak mampu, maka cuti dulu” kata ibu anak enam yang kami ziarahi ini.

“Berapa yuran sekolah?” tanya kak Mala lagi.

“Yuran 4000 real (dalam RM 4) sebulan”?

“4000 real?, ya Allah, ustaz, kita berikan untuk setahun pun tak apa" kata Kak Mala.

Tuan rumah ini kemudian meminta agar saya membawa dua orang anaknya untuk bersekolah di Malaysia, anak perempuannya seorang berumur 14 tahun dan seorang lagi 12 tahun.

“InyaAllah, saya cuba carikan jalan” kata saya.

Menziarahi orang susah boleh menyedarkan kita betapa hebatnya limpahan rezki Allah pada kita. Kita tidak akan menghargai yang putih jika kita tidak mengenal yang hitam. Kita tidak akan menghargai senang jika kita tidak pernah hidup dengan orang susah.

Walau apa pun, semuanya atas kelembutan hati kita melihat dan menilai. Kerana seseorang akan melihat dengan ilmu yang ada padanya.

Ini kerana, satu ketika dahulu, saya ada menemui, orang yang melihat orang susah dengan pandangan jijik dan hina, kerana status hidup dan mungkin dia lupa bahawa, hina dan mulia adalah milik Allah yang dianugerahkan pada siapa yang dikehendakinya. Hari ini mungkin dia mulia, tetapi dunia berputar ibarat roda.

Iktibarnya, jangan rasa sombong di atas apa yang kita ada kala ini kerana, belum tentu kita berada di atas untuk selama-lamanya.

Saya pernah melihat seorang yang bersarapan pagi di hotel dengan penuh kebanggaan, kini hanya bersarapan di warung dengan tiada siapa yang menghiraukannya, itulah kehidupan, tidak selamanya kita di atas. Kadang kala kita direntap ke bawah untuk kita menghargai nikmat berada di atas.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Chou Doc Vietnam

14 Zulhijah 1431/21 November 2010 jam 9.00 pagi

IMG_1394

Menziarai antara keluarga termiskin

IMG_1402

Tetapi solat tidak pernah dilupakan

IMG_1403

cebisan ayat hafalan untuk anak-anak mereka

IMG_1405

telekong untuk anak-anak perempuan mereka

IMG_1406

walaupun miskin, tetapi dengan iman kita akan lebih tenang dan bahagia

IMG_1436

Kenangan rombongan kami bersama keluarga ini

2 comments:

Anonymous said...

MasyAllah, begitu susahnya kehidupan saudara seislam kita di Kemboja ye.. Ada antara anak2 di Malaysia,belanja sekolahpun RM5 atau lebih sehari.

Hasmizal said...

Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di bumi Malaysia ni....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...