Tuesday, November 9, 2010

Jom Kongsi Pengalaman 64 – “Stesyen Minyak Sangkut….”

Rabu 20 Oktober 2010, saya dan rombongan dari TV3 telah mula bergerak dari Phnom Penh ke Kampong Cham.

Kami melalui berbagai muka bentuk muka bumi, berbagai keadaan dan berbagai gelagat manusia. Saya ingin kongsikan pengalaman mengisi minyak di beberapa tempat di Cambodia ini.

IMG_4866

Barangkali, kita tidak jumpa stesyen minyak begini di Malaysia, ia hanya diisi di tong-tong, soal keselamatan agak rendah.

IMG_4867

Kaedah mengisi minyak di stesyen ini sama seperti keadaan kita kehabisan minyak di Malaysia, dari tong akan ada bekal bercorong yang terus ke dalam tangki kenderaan

IMG_4872

Yang menariknya, di kawasan mengisi minyak sebegini, terdapat orang menghisap rokok, walaupun minyak berada di sana sini dengan keadaan terdedah, tetapi penghisap rokok ini selamba saja seolah tidak akan berlaku apa-apa.

“Pengalaman Membentuk Kematangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Zulhijah 1431/9 November 2010 jam 11.10 malam

No comments: