Monday, November 15, 2010

al-Ijabah 77 – Rumah Darul Ukhwah Wanita

Saya teringat ketika kami mula-mula mencari rumah bagi menempatkan pesakit HIV muslim pada tahun lepas (2009). Ketika menemui rumah yang sesuai, tuan rumah pula yang tidak bersetuju.

Keadaan ini sama seperti kami mencari rumah baru yang akan menempatkan pesakit HIV perempuan baru-baru ini.

Beberapa rumah telah dilihat dan setelah berbincang, ramai yang akhirnya membatalkannya.

“Mmmm.. macam mana ye?” bisik hati saya.

Tiba-tiba saya teringatkan seorang anak murid saya, Kak Zaleha yang merupakan ejen hartanah. Saya menghubungi beliau dan tidak sampai dua hari, beliau telah dapat mencarikan rumah untuk kami. Lebih tepat, rumah itu di Seksyen 5 Petaling Jaya.

“Alhamdulillah…” saya menarik nafas lega.

11 November 2010 jam 12.30 tengah hari, saya diajak untuk melawat rumah baru. Alhamdulillah, nampak selesa dan luas.

InsyaAllah, bermula 1 Disember 2010, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah akan mempunyai rumah untuk wanita.

Semoga urusan ini terus dipermudahkan Allah, kita hanya berusaha sedaya upaya tetapi sebenarnya, ia di dalam ketentuan ilahi

“al-Ijabah, Bersatu Kita Beramal”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heigths

8 Zulhijjah 1431/ 15 November 2010

IMG_0429

Rumah baru untuk HIV wanita

IMG_0430 

IMG_0432

IMG_0433

IMG_0440

Semoga terus dipermudahkan Allah…

1 comment:

Zakiyah Zainon said...

salam...
ustaz, ramai ke wanita yang duduk kat rumah darul ukhwah ni?
saya 'terpanggil' untuk membantu tapi saya tak tau nak buat apa, nak mula macamana, apa yang boleh saya bantu?
mungkin ustaz boleh bagitahu bentuk bantuan yang diperlukan agar saya dapat sama2 membantu mereka yang memerlukan ini

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...