Wednesday, November 10, 2010

Universiti Kehidupan 173 – Keindahan Islam Di Dalam Ibadah Korban

Ketika saya berada di Kemboja Oktober 2010 lepas, saya telah bertemu berbagai orang di berbagai kampung, dan setiap orang yang saya temui meminta dari saya lembu untuk korban.

“InsyaAllah” jawab saya pada setiap permintaan.

Ketika mahu balik, saya melihat senarai korban yang telah saya janjikan, bilangannya hampir 100 ekor.

Agak tekedu sekejap dibuatnya.

Ketika pulang dari Kemboja, soalan pertama yang saya tanyakan pada PA saya ketika melangkah masuk ke dalam pejabat ialah :-

“Dah berapa ekor lembu korban kita dapat?”

“19 ekor ustaz” kata PA saya Alia.

“19 ekor? Kita kena cari lagi 81 ekor, agak-agak boleh dapat ke?” tanya saya padanya, soalan yang pasti dia pun tidak akan dapat menjawabnya.

Dalam tak sampai sebulan, saya perlu mengwar-warkan, dah macam taukey lembu, semuanya berasal dari rasa kasih dan sayang pada saudara seIslam kita di sana.

Saya telah ubah rancangan asal untuk ke India, lagi pun penyertaannya tidak banyak dan boleh diwakilkan sahaja dengan sahabat di sana. Saya akan pimpin sendiri rombongan ke Cambodia tahun ini.

Ketika menguruskan lembu-lembu untuk korban di Cambodia ini, saya telah diperlihatkan dengan sesuatu yang indah.

Ya…. Keindahan Islam sebagai agama dan cara hidup.

Islam adalah agama dari Allah untuk manusia dan kebaikannya kembali pada manusia.

Cuba kita lihat ibadah korban. Niat ibadah korban adalah untuk mempersembahkan hasil korban kita pada Allah bagi mendapat keredhaanNya.

Setelah kita membuat sembelihan korban, daging akan kita agihkan sesama kita dan fakir miskin. Daging tidak kita letakkan di masjid atau surau hingga busuk di atas nama pengorbanan pada tuhan.

Ketika kita berada di Mekah, mungkin kita membuat sesuatu hingga kena bayar dam (denda). Dam (denda) ini berupa seekor kambing dan kita sembelih kambing ini, kemudian kita akan agihkan pada fakir miskin. Kita tidak letakkannya di Kaabah hingga busuk kerana nak persembahkan pada tuhan.

Mungkin ada antara kita lambat ganti puasa Ramadhan hingga kena bayar fidyah. Kita bayar fidyah dengan memberikan beras. Kita tidak letakkan beras di atas mimbar atau hanyutkan di sungai. Tapi beras itu kita berikan pada fikir dan miskin.

Begitu indahnya, Islam, kita mempersembahkan pengorbanan pada Allah, tapi pengagihan pada sesama manusia. Kebaikannya untuk manusia.

Benarlah firman Allah bahawa kita memang perlu membuat perhubungan dengan Allah (hablum minallah) dan perhubungan dengan manusia (hambul minannas). Jika kita tidak membuat kedua-dua hubungan ini, maka kita kaan ditimpa dengan kehinaan.

Firman Allah :-

112. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia (Surah Ali Imran).

Sesungguhnya, membuat ibadah korban, kita mempersembahkannya pada Allah, dan pengagihan manfaatnya adalah untuk manusia, begitulah indahnya Islam.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Zulhijah 1431/10 November 2010 jam 11.30 malam

IMG_4792

Gambar adalah air kelapa yang dipersembahkan pada berhala ini

IMG_4862

Roti dan air teh untuk tuhan.

IMG_7517

Alangkah baiknya jika makanan ini dapat diagihkan pada fikir dan miskin.

Beginilah indahnya Islam, agama dari Allah untuk manusia dan kebaikkannya kembali pada manusia…

5 comments:

Anonymous said...

SALAM..

Ustaz, macam mana cara untuk saya turut serta dalam korban tahun ini? Masih sempat lagi ke?

Marhaen Kacak said...

salam ustaz...semoga Allah memberkati usaha yang dibuat oleh ustaz...

harap2 taun depan selepas saya bekerja leh la saya turut serta dengan ibadat korban ini..:)


Dato' Najib Buta Sejarah

Anonymous said...

saya juga berminat walau agak last minute..brapa harga sebahagian lembu ustaz? sempat lg ke?

Ustaz Amin said...

Hubungi PA sy Alia 0196003643

LaNuNsepet said...

saya mohon copy yer ustaz ke blog saya.. tq atas tazkirah.

http://lanunsepet.blogspot.com/

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...