1 November 2010, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah hari ini merakamkan sejarah apabila seorang penghuni HIV perempuan pertama bersama di dalam organisasi ini.
Penghuni pertama perempuan ini mempunyai seorang bayi perempuan yang sangat cantik tetapi, Alhamdulillah, bayi ini tidak ada virus itu.
“Hmm, dah ada cucu kita ni” kata saya pada Ustaz Azmi yang menguruskan kemasukkannya.
Di Darul Ukhwah ini, kita memang bercita-cita untuk membuka sayap bagi penghuni wanita, kerana wanita juga menunjukkan peningkatan dari segi statistiknya.
Cuma seperti masalah yang lepas-lepas, kita cukup sukar mendapatkan sukarelawan yang ingin bersama-sama di dalam usaha ini.
Bagi perkembangan rumah HIV yang sedang dibangunkan di Puchong, setakat ini, peningkatannya ada, cuma agak lambat kerana kekangan kewangan.
Kalau ikutkan jadualnya, ia akan dapat digunakan awal tahun 2011, tetapi nampaknya mungkin ditangguhkan seketika.
Apa pun, doa dari semua diharapkan agar segala usaha terus dibantu Allah, amin…
“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
29 Zulkaedah 1431/ 6 November 2011 jam 9.50 pagi
Wartawan dari M-Star yang hadir pada 2 November 2010, wartawan ini antara yang awal bersama kita sejak awal penubuhan, dahulu dia dari “Sinar”
Perkembangan rumah HIV yang sedang dibangunkan di Puchong
Penambahan di bahagian belakang telah selesai, fasa seteruskan akan dimulakan
Pekerja yang giat berusaha
harap di doakan agar dipermudahkan Allah, amin…
No comments:
Post a Comment