Wednesday, November 3, 2010

Jawapan Pada Persoalan 122

Alhamdulillah, lama tidak dapat melihat soalan yang diajukan, malam ini, baru ada kesempatan.

musa ismail salam ustaz... dsini sy nk btnyer dan mngetahui bgmne cara utk kite membuang perasaan bruk ddlam hati serta doA NYA... 2010-09-20 4:22 PM

Kosongkan sifat itu dengan mujahadah, isikan dengan sifat mahmudah

SYM Apakah pendapat ustaz, jika ingin berkahwin lain tetapi tiada masalah dgn isteri pertama.2010-09-20 3:07 PM

Kalau mampu nafkah batin serta mampu dari segi material, tidak jadi masalah

SYM Apa hukumnya seorang wanita meluruskan rambut. 2010-09-20 3:01 PM

Ada pendapat mengatakan haram kerana mentakrifkan meluruskan itu mengubah ciptaan Allah, bagi pandangan yang mengharuskan mereka tidak mentakrifkannya sebagai merubah ciptaan Allah kerana ia tidak kekal

ummu zaid salam ust,apa hukum merancang keluarga dgn memakai alat dalam rahim?2010-09-20 11:47 AM

Harus bagi orang tertentu dengan alasan memudharatkan

ummu zaid salam ustaz, bolehkah digabungkan puasa qada' dengan puasa sunat syawal?2010-09-20 11:14 AM

Boleh

hanim Salam Ustaz. Bkenaan solat hajat. andai ada 2 hajat adakah 2 kali solat hajat atau boleh disekalikan dlm satu solat? 2010-09-20 4:13 AM

Boleh disekalikan dalam 1 solat

Ingin Tahu Salam Ustaz,saya nak bertanya,apakah hukum dan duit hasil dari pekerjaan solek pengantin(andaman)adakah ianya halal??terima kasih 2010-09-20 2:28 AM

Syubhat

Khalid Salam Ustaz, apakah hukum mempamirkan foto orang yang telah meniggal dunia? Contoh foto ayah dan ibu? 2010-09-21 4:36 PM

Boleh tapi jangan sampai tahap mengagungkan gambar itu

Guest ustaz, bagaimanakah hukum islam tentang aurat wanita? yang saya pelajari perlu memakai stoking, adakah ada kelonggaran bagi golongan tertentu? 2010-09-21 11:49 AM

Ya seharusnya memakai stokin

Guest salam ustaz, jika menggunakan pendinding dengan menggunakan syiling yg tidak bernilai dengan bacaan ayat alquran adakah itu syirik? 2010-09-21 11:44 AM

Boleh mendatangkan syirik

Guest Salam ustaz, bolehkah saya menyuruh orang lain yang ke mekah membayar dam untuk saya tanpa saya ke sana? 2010-09-21 11:42 AM

boleh

Ibu Muaz. Salam Ustaz Apa hikmah Allah jodohkan wanita mendapat jodoh suami yg payah solat. Lara hati bila memikirkannya. 2010-09-21 6:11 AM

Ujian dari Allah, nak bagi isteri pahala menegur

Mohonpanduan Isteri sering minta cerai bila bergaduh adakah saya dayus? 2010-09-23 3:59 AM

Tidak, dayus ialah apabila membiarkan isteri berbuat maksiat

Guest Salam Ustaz. Apa hukumnya jika baki makanan untuk meeting di pejabat disorok dan dibawa balik kerumah untuk anak-anak? 2010-09-22 6:54 AM

Jika makanan itu adalah lebihan ia boleh dibawa balik

Guest salam ustaz, boleh tak bunuh nyamuk guna raket elektrik? tq 2010-09-22 1:18 AM

Boleh

tonet,Salam Ustaz... Syukur Ust, mlm tadi (22/9) buat ptama kalinya setlh > 5th, hubby solat Isya. Ini bmakna dah 2 solat yg dkerjakannya, Maghrib & Isya.. Alhamdullilan.... Doa d makbulkan olehNYA.... (atau hubby dah dpt hidayah?). T/kasih Ust atas segala nasihat. X kan bhenti bDOA utk kebaikan bsama.... 2010-09-23 8:59 AM

Alhamdulilah

fatiema cm mana nak berbaik dgn ibu n bapa mertua yg sememangnya x suka dgn menantunya... cm mana nak tahu apa yg ibu n bapa mertua x suka pada menantunya ibu mertua org yg sensitif, x blh ditgr walau pun slh, ank2 yg lain mengikut dan biarkan saja, cuma ank no2 tidak, disebabkan ank no 2 ni tidak sependapat maka telah dipulaukan, dan menantunya jd sasaran kalo kata2 ibu dtgr, maka x dpt jejak rmh la jawabnya... harap ustaz tlg, perkara sudah hampir 13tahun tidak selesai lg.. menantu (p) ni dah x berckp hmpr setahun, tp msh ada rasa hrmt pada ibu mertua dan suaminya ,ada dtg ziarah, tetapi jarang. 2010-09-23 5:15 AM

Berdoalah, memang kadang kala kita diuji dengan didatangkan orang yang teruk di sekeliling kita

Guest salam utz, boleh beri doa utk anak perempuan supaya cepat dpt jodoh yg baik, beriman, bertaqwa, & boleh pimpin anak ke jalan yg diredhai Allah. 2010-09-24 11:19 AM

Doakan dalam bahasa Melayu pun bagus, lebih dihayati

Qadiyyjah ustaz..Mcdonal, KFC, Pizza dan Kenny Lojers tu halal ke haram..saya cofusedlah sbb anak2 saya suka makan disana. Sila beri kesahihan. tq ustaz.. 2010-09-24 6:43 AM

Ijtihad paling senang, kalau ada logo halal JAKIM, bolehlah

tasbih79 salam..dimana/bahagian manakah hendak saya tujukan soalan kepada ustaz? harap ada yg respon..tq 2010-09-24 6:19 AM

Tanya diruangan chat box ini

azah Jika suami meninggal dunia, jenazah dimandikan, diwudukkan dan dikafan. Bolehkah seorg isteri menyentuh suaminya. 2010-09-23 11:30 PM

Boleh

syaza kalau saya tersenyum semasa solat.batal ke? 2010-09-25 12:24 PM

tidak

simpati salam,ustaz.ape hkum istri x mau pkai prdah sdgkn suaminya suruh.x nk pkai sbb skarkan interaksi dgn murid bla jd guru nnti.wjh x lah cntek mana. 2010-09-27 3:53 AM

Isteri kena ikut suami dan suami perlu memahami realiti keadaan isteri

Guest Dimanakan tempat terbaik untuk dirujuk sekiranya ada org yg berminat untuk memeluk islam tetapi masih 50 50 ? terima kasih.. 2010-09-27 3:10 AM

PERKIM

zulkefly ape pendapat ustaz sekiranya masjid terlalu dekat dgn taman perumahan tetapi taman hendak mendirikan surau? 2010-09-26 11:54 PM

Kadangkala, tapak itu digazetkan untuk rumah ibadah, kalau tidak cepat-cepat dibuat surau, ditakuti nanti agama lain akan buat rumah ibadah mereka

zmz dosa tak klau pompuan suka tgk pompuan lain yg pkai seksi? 2010-09-26 3:12 AM

Dosa

ibu alam utz,berdosakh klu kite gntung gmbr pgantin kite dlu2yg x mnutup aurt,utk kngan2010-09-27 11:08 AM

Jangan sampai dipamerkan dan dilihat oleh orang lain

guest assalamualaikum. .saya nak tanye ,sah kah sembahyang duduk kalau kita boleh berjalan ?2010-09-27 10:50 AM

Sah kalau solat sunat, tapi kalau solat wajib tak sah kerana rukun solat wajib salah satunya adalah berdiri pada yang berkuasa, kalau boleh berjalan bermakna boleh berdiri

faez Assalam'alaikum ustaz apa amalan terbaik kalau tahu masa mati dah hampir (menghidap penyakit kronik 2010-09-27 8:30 AM

jaga yang wajib banyakkan yang sunat

Guest Ustaz, ketika menjadi makmum masbuk kena baca tahiyat awal atau akhir semasa imam duduk tahiyat akhir?pada masa tersebut makmum berada dalam rakaat 3 2010-09-27 7:47 AM

Tahyat awal

nor assalamualaikum ustaz.sya nk tnya betul ke bulu kucing itu najis n x leh dibawa solat bju yg trlekat padanya bulu kucing? n macm mana kalo bulu kucing tu susah nk ditanggalkan dri bju td sekiranya bulu kucing ini adalah najis.tq 2010-09-27 7:10 AM

usahakan semaksima untuk buang, yang tak mampu, dimaafkan

Guest Ustaz, saya lelaki muslim bersama rakan kerja 4 lelaki nonmuslim & seorg wanita muslim bukan mahram pergi kantin utk makan. 4 lelaki muslim duduk di 1 meja & wanita yg seorg tu duduk di meja lain, meja mana yg patut saya join utk makan bersama, 4 nonmuslim yg selalu berbual dlm bahasa ibunda mereka yg saya x faham & rasa x selesa atau pergi ke meja wanita muslim yg bukan mahram yg saya kesian makan sorang-sorang, apakah tindakan yg tidak langgar hukum islam & penerangannya atau sebab2nya? dgn wanita itu kami boleh berbual dgn bahasa ibunda kami yg sama. 2010-09-28 3:00 AM

Mana yang ada manfaat pada agama itu yang lebih utama

Guest boleh kan ustaz bagi kan terdoa yg baik dan menyeluruh selepas sembahyang2010-09-28 1:57 AM

Itu cari dekat buku solat, banyak di pasaran

khar ustaz,mak ayah saya nak pegi tunaikan haji,sbg anak apakah perkara yg boleh sy buat agar dpt memudahkan ibadah mereka di sana nanti? 2010-09-27 10:51 PM

doakan

HZ Ustaz, tolong terangkan istia'zah tu apa? Macam maca caranya...tolong saya uztaz...2010-09-28 7:47 AM

Istiazah itu bacaan “a’uzubillahi minash syaiton nir roijm”

fatin Ustaz, kaki saya tak selesa & berpeluk jika memakai stokin kaki. kalau tak pakai aurat pula. Saya berkerja pejabat, macamana ustaz? 2010-09-29 3:19 AM

Kalau mudharat ada kelonggaran

yani suami saya dah tak bkerja akibt k'mlesetan ekonomi dunia. segala p'blanjaan rumah saya dan 2 ank yang tanggung. apa pndgn Islam dalam hal ini. 2010-09-28 1:43 PM

Suami tetap perlu berusaha untuk mencari nafkah, isteri cuma membantu melainkan suami cacat anggota dan tidak dapat mencari rezeki itu dimaafkan,

manis suami saya kurang bernafsu utk hubungan suami-isteri. Saya merasa tertekan. Dia sihat.Mcmana utk doa elakkan tekanan & doa/usaha spy suami b'minat? 2010-09-28 9:10 AM

kena kaunseling tu

zab Ustaz, yang mana lebih utama dilakukan, menjaga ibu yang uzur atau mengaji AlQuran & ke kelas agama? 2010-09-28 8:50 AM

Menjaga ibu yang uzur

HZ Ustaz, ada seorang ustaz kata kalau ada bulu kucing di baju kita tika solat, solat kita tak sah. Betul ke? Kerana saya byk bela kucing . 2010-09-28 8:20 AM

Najis bulu kucing dimaafkan jika telah diusahakan untuk buang semaksimanya

Guest apakah hukumnya bersalaman dengan ipar duai. 2010-09-30 6:04 AM

Membatalkan wudhuk

siti apakah hukum penghisap ganja dan menjual ganja dalam islam??? adakah ia berdosa dan jika dia melakukan solat adakah ia sah. 2010-09-30 5:34 AM

Menghisap ganja adalah haram, solatnya sah jika rukun dan sah batal dijaga

siti ustaz kawan saya suka menasihat tentang ilmu agama, tp dia sendiri pun tidak bersolat,puasa tidak cukup,amalan pun allahualam.. bole terang kn. 2010-09-30 5:31 AM

Nasihatkan dia pula

Guest Selain dooakan agar Allah memberi hidayah kepada kedua ibu bapa dan adik-beradik yang bukan islam, boleh kita doakan mereka diringankan azab kubur? 2010-09-29 4:26 AM

Berdoalah apa sahaja, Allah maha pengasih

Guest salam ustaz. boleh kita qadha/ganti solat/puasa untuk ayah atau suami kita yang sudah meninggal dunia. sewaktu hidup, dia tidak solat/puasa. 2010-09-29 4:23 AM

Puasa boleh, dan kirakan fidyahnya

fatihah Anak sya baru akhir baligh, lelaki 15 thn. Cara terbaik seorng ibu nasihatkan anak supaya jangan mencuba/menjauhi onani? Sya rasa dia baik, tapi risau 2010-09-29 3:25 AM

jaga jangan sampai dia melihat perkara tak senonoh dari internet

ana Ustaz, kwn baik saya suka sanagt bercakap lucah & mencarut. Bagaimana doa/usaha sya untuk membantunya?. 2010-09-29 3:23 AM

tegur dengan lisan, doakan dengan hati

fatin Anak-anak saya kata dah solat, tapi kadang kdg saya curiga ya /tidak. Saya intai. Tapi takkan tiap waktu sy kena intai. Anak sya dah 15 , 14 & 11tahun 2010-09-29 3:21 AM

kalau itu terbaik, kena intai lah selalu

NUR USTAZ, ada tk hadith sahih RASULULLAH yg memberitahu bahwa Imam Mahdi tidak tahu berbahasa ARAB dan akan datang/muncul dari KONSTANTINOPEL, TURKEY....2010-10-01 8:05 AM

Setakat ini saya tak jumpa, tapi perkara yang saya tak jumpa bukan bermakna tak ada, rujuk ustaz lain

A'in bgaimana hendak mengatasi seseorg yg asyik menyakiti dan mnyinggung kita sdgkn kita cuba elaknya maupn dgn sudara sendiri cuba doa n elak gaduh 2010-10-01 4:06 AM

Kerapkan lagi mengelak

A'in nabi saw ada brsabda wajb syafaat keatas umatnya yg menziarahi makam bainda,bgmana umat yg pd masa g sama mlakukan osa baik kecil maupun besar 2010-10-01 4:00 AM

Syafaat bab lain, balasan dosa bab lain, setiap orang yang melakukan dosa akan diazab

A'in salam ustz,bolihkh solat sunat jumaat ditunaikn drumah 2010-10-01 3:55 AM

Tak boleh

azah salam ustaz.. boleh tak buat masuk share dlm qurban utk arwah ibu dan bapa?2010-09-30 11:30 PM

Boleh niatkan pahala untuk mereka

azman salam,saya ingin bersama sama ustaz dan warga Ijabah untuk membantu seberapa mungkin,insyaallah.boleh saya dapatkan alamat? 2010-09-30 2:34 PM

hubungi PA saya 019 6003643

Guest anak saya umur 2 thn lebih.lasak dan suka mengacau org lain.saya selalu pukul dia sbb kdg2 hilang sabar.ada cara lain tak utk dia x degil dan dgr ckp? 2010-10-03 12:45 AM

2 tahun tu normal tu, mesti ikut mak dia waktu kecik dulu

hakim salam ustaz,apa itu ilmu tarikat 2010-10-01 2:07 PM

Tarikat bermaksud jalan, ilmu tarikat adalah salah satu jalan untuk mencari Allah

Guest salam... ustaz, cara mandi hadas besar dan cara mengambil wudhuk bagi seseorang yg salah satu anggotanya cedera(disimen). adkah mndi dulu atau tayamum 2010-10-01 12:17 PM

Mandi dan ganti dengan tayammum

linn salam, kalau sy tsedut asap semasa buat facial resdung, dan sy tlupa sy puasa, batalkah puasa itu 2010-10-04 4:33 AM

terlupa tak apa

ABU Assalamualaikum , Ust , bilakah tamatnya waktu solat dhuha kerana setahu saya antara waktu yg terlarang solat adalah sebelum zohor. 2010-10-04 3:05 AM

Sampai matahari tegak dilangit

A'in bolihkh ustz beri pandangan ttg pekerjaan sambilan dirumah yg ustz ada bg mengjsi masa persaraan seorg itu 2010-10-04 2:19 AM

bagus

A'in ustz jika sseorg itu menunaikan puasa 6 syawal tetapi tidak cukup adakh dkira puasa sunat shj n adkh brdosa 2010-10-04 2:14 AM

Tidak berdosa, berapa ganjaran, Allah yang beri

khar ustaz, jika kita sentiasa menasihati org tetapi berakhir dgn pentengkaran adakah patut kita hentikan sja? 2010-10-03 11:31 PM

tak patut, cuma kena tingkatkan skill menegur

fn slm ustz,jka org bkn islm brtnya ttg islm,kita sbg org islm kdgkala xckup ilmu utk mnjwb diats p'tnyaan org bkn islm,mcm mne kita perlu kita lakukn? 2010-10-03 1:41 AM

pergi hadiri majlis ilmu

fana10 slm ustz,bgaimn nk mnjadikn diri kita rs syg sesama mnusia?tp dlm ms yg sm de prsaan dengki?cemburu?xsng hati dll prsn yg ke arh xbaik? 2010-10-03 1:37 AM

Kena banyak mujahadah

fana slm ustz, mcm mn nk pelihara mulut kita dr mengata, mengumpat, berckp prkara xbaik?2010-10-03 1:34 AM

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa

RS Sama srti soalan TR saya tidak bayar puasa yg tinggl krn uzur olh sbb kjahilan saya tidak membayar puasa tersebut, mnkn lebih 40 thn juga 2010-10-04 2:10 PM

Kalau masih mampu, ganti pelan-pelan dan kirakan fidyahnya

min kmi telah menyimpan radio masjid dirumah krn takut dicuri..tanpa diduga b'laku bencana alam yg memusnahkan radio tersebut..kena ganti balik ke? 2010-10-04 1:48 PM

ganti

TR Apa yng patut saya lakukan tentang puasa yang lama tak dibayar lbhkrg 40 tahun

2010-10-04 9:56 AM

Kalau masih mampu, ganti pelan-pelan dan kirakan fidyahnya

Guest saya susah nak melupakan kecurangan suami bersama isteri org.Ya Allah..apa yang patut saya buat Ustaz? 2010-10-04 7:25 AM

Ingat Allah banyak-banyak

Guest Salam...saya telahpun bernikah diseberang dan telah daftar di sini..sahkah nikah saya itu surat nikah telah diperolehi...saya risau ni .. 2010-10-05 8:08 AM

Kalau betul caranya, sah

hasan saini ustaz nak tanya tentang isteri yang kematian suami tetapi masih belum disetubuhi adakah idah baginya. 2010-10-05 4:53 AM

tidak

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan, yang kurang jelas, boleh bertanya kembali.

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

26 Zulkaedah 1431/ 3 November 2010 jam 11.30 malam

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...