Saturday, November 20, 2010

Diari 257 – Sekitar Ibadah Korban 1431/2010

Kami sampai ke kampung Paes pada hari raya kedua. Hari raya pertama telah dibuat korban di kalangan ahli kampung dan telah diagihkan lembu.

IMG_1319

Bagi hari raya kedua ini, tiga ekor lembu disembelih di masjid untuk jamuan semua ahli kampung, dan 18 ekor lagi di sembelih di tepi sungai Mekong untuk agihan daging kepada penduduk kampung, saya, Ustaz Jazlan, Ustaz Yazid dan ahli rombongan sendiri yang menyembelih korban kita semua hari ini.

IMG_1309

Penduduk kampung turunberamai-ramai untuk menjayakan ibadah korban

IMG_1307

Membuat ibadah korban di sini, kita dapat membantu dua golongan, pertama golongan penternak yang memang menternak dengan harapan dapat dijual pada musim korban

IMG_1288

Gologang kedua ialah golongan yang memang tidak pernah mampu untuk makan daging, hanya setahun sekali sahaja mereka merasa daging jika ibadah korban dapat dibuat.

IMG_1331

Ia menjadikan kita lebih bersyukur di atas kurniaan Allah pada kita di negara kita

IMG_1336

Ustaz Jazlan juga turut menyembelih korban untuk masyarakat di sini

IMG_1343

program sebegini sebenarnya menjadikan anggota masyarakat lebih rapat kerana semua saling bekerjasama menjayakan sesuatu

IMG_1348

Beza melapah dengan negara kita ialah, mereka melapah terus di tanah, tidak digantung

IMG_1351

Membasuh perut lembu di sungai Mekong

IMG_1358

Lembu yang telah dilapah akan dibawa ke satu tempat untuk agihan daging

IMG_1346

Santai di sungai Mekong selepas selesai bergotong royong

IMG_1371

percayalah, kita akan lebih gembira jika kita membuat orang lain gembira

IMG_1508

Alhamdulillah, tahun ini, kita dapat mengagihkan korban kepada 41 buah kampung di sekitar negeri Kampung Cham, gambar ini  adalah senarai imam dan kampung yang telah kita agihkan lembu korban.

IMG_1510

Terima kasih pada semua yang bersama saya membuat ibadah korban untuk saudara seIslam kita di sini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Universe Hotel, Dist. 1 Ho Chi Min City Vietnam

13 Zulhijah 1431/20 November 2010 jam 10.50 pagi

4 comments:

Hasmizal said...

Alhamdulillah...

Segala program berjalan dengan lancar...

Semoga dapat dijalankan di masa hadapan...

InsyaAllah..

Anonymous said...

KORBANNYA DIBUKA KEPADA ORANG AWAM?

azah said...

Alhamdulillah..

Unknown said...

Assalamua'laikum ustaz..bagaimanakah caranya nak buat akikah di vietnam?terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...