Pejam celik dah nak habis setahun, dan pejam celik, Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) telah mengakhiri program tahunan dengan mengadakan ihtifal MASAA pada hari Ahad 14 November 2010 bermula jam 9.00 pagi
Ia diraikan bersama ibu bapa penjaga dan anak-anak pelajar di MASAA ini.
Bersama kekanda Ustaz Jazlan yang mengendalikan sekolah rendah dan bersama ibu kami yang merupakan pengerusi dan penasihat bagi Sek Ren. Islam al-Amin dan Maahad Sains al-Quran al-Amin
Majlis dimulakan dengan ucapan mengenai perjalanan MASAA untuk setahun. Setiap sesuatu perlukan perancangan dan setiap perancangan perlukan usaha ke arah apa yang dirancang
Pendidikan merupakan agenda penting ummah kerana dengan ilmu maka manusia akan diberikan darjat
Coral Speaking dari anak-anak pelajar di MASAA
Permentasan Hang Tuah dan Hang Jebat
Persembahan Nasyid
Bersama penjaga pelajar
antara ibu ayah yang bersama program hari ini
Semoga bagi tahun 2011, MASAA akan terus menjadi lembah ilmu dan pendidikan bagi anak-anak bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini dan semoga, ia akan terus berkembang sehingga cita-cita menubuhkan Universiti Wakaf dapat dilaksanakan, amin…
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Zulhijjah 1431/17 November 2010 jam 10.50 pagi
3 comments:
salam ustaz, sy pn suri.Sy ingin tahu detail ttg Maahad Tahfiz Sains yg Ustaz kendalikan.Apakah syarat kemasukkan,Silibus pengajian,yuran,lokasi dan sebagainya.Terimakasih.
salam ustaz, sy pn hanim dari jitra.Sy sangat berminat dan ingin tahu detail ttg Maahad Tahfiz Sains yg Ustaz kendalikan.Apakah syarat kemasukkan,Silibus pengajian,yuran,lokasi dan sebagainya.email saya hanimalhayyu@yahoo.com .Terimakasih.
Asalamualaikum. Saya in gin bertaya syarat kemasukan. jika Dari luar negara, masihkah layak me mohon ke situ?
Post a Comment