17 November 2010/ 10 Zulhijjah 1431, jam 12.30 tengah hari, saya bersama 9 orang lagi ahli rombongan telah berada di KLIA. Kapal kami akan bertolak jam 3.20 petang.
Selepas menunaikan solat zohor dan asar secara jamak, kami mula masuk ke dalam tempat berlepas jam 2.30 petang. Pintu berlepas kali ini ialah H06.
Kala pergi, kami menaiki penerbangan MAS manakala balik kami akan menaiki Air Asia melalui Ho Chi Min Vietnam kerana insyaAllah, kami serombongan akan ke kampung saudara Islam kita di Vietnam.
Penerbangan kali ini tertunda hingga jam 4.00 petang. Tempat duduk saya kala ini ialah 15A
Jam 5.30 petang, kami sampai ke lapangan terbang Phom Penh, kami telah ditunggu oleh sahabat saya Ariffin, jam di Kemboja sejam lewat dari Malaysia, ia sama seperti jam Thailand
Jika di Malaysia, cermin sebegini biasanya letak di belakang, tetapi di sini, di hadapan pun ada.
Perjalanan ke negeri Kampung Cham akan mengambil masa lebih 5 jam, jadi kami singgah dahulu makan malam di Malaysia Restoren yang dimiliki oleh seorang dari Klang.
Sampai di pusat bandar negeri Kampung Cham, Hakim Ali sungguh-sungguh meminta kami tidur sahaja di bandar, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, perkhidmatan feri sudah tiada, jika kami mahu meneruskan perjalanan, kami akan melalui kawasan hutan dan perjalanan agak lebih jauh. Hakim Ali risau jika apa-apa terjadi di dalam perjalanan.
18 November 2010, jam 7.00 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Paes.
Semua ahli kampung menyambut kami seperti keluarga. Tahun ini, kemboja menyambut hari raya sama dengan Malaysia iaitu hari Rabu, lewat sehari dari Mekah.
Semua persiapan lembu dan kenduri telah dibuat.
Seperti biasa, di rumah Hakim Ali, kami dihidangkan dengan buah dahulu sebelum sarapan pagi, dan jam 9.45, kami semua turun ke lapangan masjid untuk memulakan ibadah korban.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Universe Hotel, Dist. 1 Ho Chi Min City Vietnam
13 Zulhijah 1431/20 November 2010 jam 10.15 pagi
2 comments:
Saya doakan semoga program Ustaz mendapat keberkatan Allah Taala..
Amin...
knpa org yang mampu berkorban pada rakyat kemboja?? kalo saya tengok pada list kt msjid tmpt saya pergi. separuh dari list yg ada adlah untuk kembboja saja. knpa ya ustaz?
Post a Comment