Tuesday, November 16, 2010

al-Ijabah 78 – Rawatan Untuk Syiqin….

“En. Muhamad, jangan lupa ye, appointment Nurasyiqin” kata Dr. Lim dari hospital Gleneagles Ampang.

Syiqin adalah anak yatim piatu yang bersama kita. Temujanji untuk perkembangan penyakit jantung berlubangnya akan diadakan pada hari Jumaat 12 November 2010 jam 11.00 pagi.

Kami bertolak dari Shah Alam jam 10.00 pagi melalui lebuh raya KESAS. Sesampai di hospital Gleneagles kami terus ke bilik pakar jantung kanak-kanak.

“Ada pening-pening dan rasa mual tak Syiqin ini?” tanya Dr. Lim pada saya.

“Mmm, tak ada, cuma dia jadi kurang aktif sikit dan selalu mengantuk” kata saya pada Dr. Lim.

“Mengantuk? Sepatutnya ubat yang dia makan tidak menjadikan dia mengantuk, kalau rasa mual dan pening-pening mungkin, dia makan ubat yang diberi tak?” tanya Dr. Lim lagi pada saya.

“Makan. Ini ubatnya” saya menunjukkan sebotol ubat cecair yang diberikan dua minggu lepas ketika Syiqin pulang dari wad di sini.

“Ini saja ke ubatnya?” tanya Dr. Lim.

“Ye, bahagian farmasi hanya memberikan ubat ini saja” kata saya.

“Sepatutnya dia kena makan satu ubat lain juga” kata Dr. Lim.

Kemudian Dr. Lim terus menghubungi bahagian Farmasi, sementara itu kawannya Dr. Chan mula memeriksa keadaan Syiqin.

“Maaf Dr, salah saya ke sebab tak tanya pasal ubat tu?” tanya saya pada Dr. Lim.

“Tak, bukan salah kamu, tapi salah pihak kami, saya pun tak faham kenapa bahagian Farmasi tidak memberikan ubat yang sepatutnya hari itu” kata Dr. Lim agak membebel.

“Memang ubat ini agak mahal, NST hanya akan sponsor untuk tiga bulan sahaja, selepas itu awak kena usahakan ye” kata Dr. Lim.

Saya membawa Syiqin ke dalam bilik Dr. Chan pula untuk pemeriksaan, seorang Dr. yang baik tapi juga membebel pada bahagian Farmasi.

“Ok, En. Muhamad, kami dah pastikan hari ini Syiqin akan dapat ubat sepatutnya, cuma awak kena pastikan dia mesti kena makan ye..” kata Dr. Chan

“Ok, mesti, Mmmm, Dr. bagaimana keadaan Syiqin?” tanya saya.

“Kita lihat keadaannya setelah enam bulan, jika ada perkembangan yang baik, barulah pembedahan dapat dibuat” kata Dr. Chan.

Setelah selesai pemeriksaan, kami terus ke bahagian farmasi.

“Jom kita makan Syiqin” kata saya mengajak untuk anak ini makan tengah hari. Dia makan agak banyak hari ini, mungkin selera dan rasa lebih baik.

Saya memandangnya, hati saya berbisik..

“Ya Allah, ini sahaja yang mampu aku buat untuk saat ini, baki, ku serahkan padaMu, peliharalah dia, amin….”

“Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Zulhijah 1431/16 November 2010 jam 2.30 pagi

IMG_0526

Ramai orang ingat anak kandung saya..

IMG_0532

Di bilik pemeriksaan

IMG_0540

Dr. Chan dan Dr. Lim, panel untuk Syiqin

IMG_0545

Bahagian farmasi di hospital Gleneagles.

3 comments:

Hasmizal said...

Semoga adik Shikin cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah Taalammm

azah said...

Ya Allah, berilah kekuatan kepada adik Shiqin dalam melawan penyakitnya dan Kau sembuhkan penyakitNya.

PINATBATE said...

Salam,
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan Ustaz.Wajah adik Syikin memang ada iras wajah ustaz.Menurut kata orang tua-tua kata wajah anak yg dipelihara akan mirip orang yg menjaganya..mungkin kerana tautan kasih sayang.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...