Monday, November 8, 2010

Jawapan Pada Persoalan 123

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan

HR sy penah dengr ustz d tmpt saya berkata imam hanafi oernah lihat Allah setahu saya cuma nabi musa shj penh lihat betulke 2010-10-04 3:12 PM

Ustaz itu tersilap cakap atau tuan tersilap dengar..

KT adakah berdosa jika sya tolak permintaan suami untuk bersama oleh sebab tertentu untuk pengetahuan ustaz saya sudah menopause 2010-10-04 2:25 PM

Berdosa pada isteri yang menolak, tetapi suami perlu mempelajari adab memulakan hubungan

zura apa hukumnya seorg adik tidak memaafkn kakaknya dipagi hari raya.sedangkan kakaknya x ada simpan dendam puin terhadapnya 2010-10-06 1:24 PM

Hak adik tak memaafkan walaubagaimana pun, saling memaafkan amat terpuji di dalam Islam

zura salam ustaz.. bagaimana dengan puasa qada yag dilakukan setelah suci dari haid pada hari ke 10 dan pada hari ke 15 , darah haid dtg kembali.. 2010-10-06 10:37 AM

suci hari 10, kena puasa. Lebih dari 15 hari kalau datang darah, kena puasa juga kerana darah itu darah penyakit

Umi Marina Kawan saya pernah menjadi perempuan simpanan dahulu. banyak hadiah yang diterima, tetapi dia kini sudah bertaubat nasuha. adakah hadiah rumah, kereta. komputer, telefon bimbit yang pernah diterima daripada sugar daddy-nya dahulu, patut dibuang. berdosakah dia jika dia terus gunakannya? Sugar... sugar daddy-nya memberikannya sebagai hadiah dan tidak memintanya kembali. kerana mereka saling menyayangi, tetapi tidak boleh berkahwin kerana... menjaga pangkat dan kedudukan. Minta pendapat ustaz hukum guna barang2 hadiah itu. terima kasih ustaz. 2010-10-06 9:45 AM

Barang hadiah tak mengapa asalkan sumbernya halal, tapi kalau ia sebagai upah kerana maksiat itu, maka tak boleh

YANTI SALAM.USTAZ,ADAKAH NILAI FIDYAH YG HNDK DIBYR TETAP SAMA DGN JUMLAH PUASA YG DITINGGAL?PUASA SUDAH DIGANTI LAMA TTP FIDYAH BLM DIBAYAR LAGI? 2010-10-06 4:08 AM

Sama

Guest No. 1 SALAM, ketika dlm bilik air, boleh tak berzikir dlm hati sbb dah biasa bila ada waktu terluang & di mana sahaja, saya selalu berzikir dlm hati. 2010-10-08 6:17 AM

Ada pendapat membolehkan dan ada pendapat memakruhkan, tapi zikir secara kuat maka haram

Hijau Bapa berhutang wang belanja kahwin kpd datuk(bapa ibu sy)Bolehkah hutang dibayar kpd Al Ijabah/baitulmal kerana datuk dah meninggal? 2010-10-08 1:21 AM

Ia kena bagi sebagai faraid

saha salamalaykum ustaz! saya nak tanya bole ke idak kita tgk filem2 mengenai nabi isa, nabi musa, dan sahabat2 nabi mcm khalifah ali dan sebagainya? saya selalu tgk filem2 karya muslim syiah dari turki kat youtube. saya tgk cuma utk pengetahuan saja. ambik yg benar buang yg salah. saya pulak jarang tgk drama atau filem melayu kt tv yg lebih byk menonjolkan artis melayu yg bukak aurat, peluk cium dan lain2. kawan2 saya pulak ramai yg tegah saya dari tgk filem2 syiah kat youtube ni, dorang takut akidah saya terpesong. apa pandagan ustaz yg lebih arif? TQ. 2010-10-07 3:30 AM

Seeloknya, tinggalkan, takut terpengaruh

Guest Salam Ustaz..ape doa yang boleh diamalkan untuk saya mendapatkan pekerjaan yang terbaik untuk masa depan saya.. terima kasih Ustaz... 2010-10-06 3:11 PM

Banyakkan selawat, doa dalam bahasa Melayu pun ok

maria@ampang salam ustaz..boleh tk huraikn mcm mna nk jadi ushwn brjaya dlm usia 50an..adakh dh trlmbt...tq 2010-10-09 12:10 AM

Mulakan dan jangan tangguh

Fendy-Nur Akmal salam ziarah ustaz.kami psangan suami istri student uitm s.alam mmg pminat blog no 1 ustaz..penah nampak ustaz di PKNS ustaz blas2 senyum je ngan kmi. kalau ustaz datang ke uitm s alam informlah ye di blog ustaz..InsyaAllah kami suami isteri akan ikut ceramah ustaz melalui jadual ustaz di blog ustaz 2010-10-08 5:12 PM

InsyaAllah

Hjj. Muda Ustaz, apa pendapat mengenai adakah batal air sembahyang antara suami isteri? Ini kerana suami yakin air sembahyang antara suami isteri tidak batal 2010-10-08 8:31 AM

Menurut Syafie batal

adik oku kak maria, kalau belanja utk sendiri dah cukup, elok la buat amal ibadah je atau tolong buat amal jariah spt rumah2 amal yg ustaz buat...maaf teguran 2010-10-09 5:22 PM

Mohonpanduan adakah saya dayus, tidak menceraikan isteri, sedangkan isteri sentiasa minta cerai setiap kali bergaduh sejak dari mula berkahwin? 2010-10-11 10:10 AM

Tidak, dayus maknanya membiarkan isteri membuat maksiat

AHA Ustaz, saya tidak selesa jika memakai stokin kaki. Jika tak pakai, nampak aurat pula. Macam mana ustaz? Kaki sya kuat berpeluh & merasa rimas... 2010-10-11 6:22 AM

Pakailah semaksima yang mampu, yang tak mampu nak buat macam mana..

HZ Ustaz, bolehkan wanita bersolek tipis ketika keluar rumah. Spt pakai gincu nipis?..

2010-10-11 6:02 AM

Seeloknya tak payah

Hz Ustaz, kalau perempuan uzur, rambut yg gugur elok simpan & mandikan. Tp kalau dah di tpt kotor , spt saluran air mcm mana? jijik pula nak ambil.. 2010-10-11 6:00 AM

Tak payah ambil

Azlan salam ustaz. wajibkah duduk seketika sebelum bangun berdiri dari sujud ke dua. 2010-10-11 4:07 AM

Tidak

Zol Yahaya Salam. Kalau kita nak wat haji kita kena umumkan kpd semua orang ke. 2010-10-11 12:02 AM

Tak

aiman Ustaz, mcm mana jika kita selalu mengumpat orang lain? Mcmmana nak hapuskan dosa? Jika org tu susah untuk kita jumpa balik untuk minta maaf, bagaimana 2010-10-12 6:54 AM

1. minta ampun pada Allah

2. banyakkan sedekah niatkan pada orang yang punyai hak pada kita

Aishah Ustaz, bolehkan saya memakai kebaya. Bajunya ada pinggang sedikit, tidaklah ketat sangat. Tudung saya agak labuh, menutupi dada & sedikit bhg pinggang 2010-10-12 1:44 AM

Kalau tak mempamirkan bentuk tubuh badan, boleh

khar ustaz, daging korban dan aqiqah tak boleh dimakan oleh orang bukan islam ke? kalau dah terlupa? 2010-10-11 10:53 PM

terlupa tak apa

star Ustaz.. Berdosakah saya jika terjatuh cinta+mencintai+dicintai oleh suami orang? 2010-10-11 2:36 PM

Jangan sampai ke maksiat

misha apakah hukumnya ibubapa menggunakan/membelanjakan wang yang disedekahkan kepada anak 2010-10-16 4:31 AM

boleh

Qhadijja woww...ustaz dah jadi artis. kena mekap bagai..kalau elak dimekapkan tak leh ke ustaz sbb ustaz memang dah handsome hi..hi.. 2010-10-16 1:43 AM

Hensem ker?

aidyz apakah kesan positif dan negatif globalisasi terhadap islam? 2010-10-15 1:24 PM

yang paling besarnya bab akidah

Zol Yahaya Salam ustaz. Isteri kena taat pd suami,ibubapa dia. Suami pula, ibubapa dia dan baru isteri. Betul tak ustaz 2010-10-15 8:55 AM

Betul

Guest benarkah klu dah mengandung ank luar nikah x boleh bernikah/kahwin pd masa dia hamil? 2010-10-15 1:53 AM

Tidak betul

GUEST 1 Ust,ali dan abu adik beradik kandung. anak ali dananak abu hendak bkahwin. stahu saya kahwin sepupu boleh.tapi kalau dlm kes begini boleh atau tak? 2010-10-14 2:17 AM

boleh

azah anjing bbrapa kali buang najis diatas rumput dpn rumah. Bagaimana kalau kita pijak/terpijak bekas najis tersebut. Perlu samak atau bagaimana. 2010-10-14 2:05 AM

kalau kita yakin memang di situ, kena samak,

Guest Seorg suami tlh mbtahu pd semua rakanny bhw dia duda n tlh lama bcerai. Sdgkn pd ktika itu dia msh lg sah bsama isteriny. Apakh status prkahwinan mrk 2010-10-13 5:49 PM

Masih suami isteri melainkan jika dia memang berniat bahawa isterinya telah diceraikan

insan musykil slm ustz.Mcmne jika seorang ayah pernah berkata:bhwa tdk mahu memberi 1sen pun duit kwsp pd anaknya.Skrg dia sdh tiada,cmne bleh guna ke wasiat tu? 2010-10-17 1:51 PM

tak

Pelawat ustaz apa komen tentang penggunaan hadis dha'if dalam amalan kita.apakah syarat2 yg diperlukan. 2010-10-17 4:48 AM

Boleh digunakan untuk fadail amal

pemasak keliru salam ustaz, semasa saya membasuh beras dalam periuk nasi saya baru dapati ada tahi cicak, adakah air itu air mutanajis? perlukah saya buang beras2 ? 2010-10-16 8:55 AM

sebaiknya gantikan air itu basuhan itu

puteri sepi adakah suami berdosa,krna isteri menyuruh sembayang tpi isterinya pula yg di tengkingnya... 2010-10-16 6:15 AM

berdosa sebab tak sembahyang

Guest saya susah nak melupakan kecurangan suami bersama isteri org.Ya Allah..apa yang patut saya buat Ustaz? 2010-10-04 7:25 AM

doa

linn salam, kalau sy tsedut asap semasa buat facial resdung, dan sy tlupa sy puasa, batalkah puasa itu 2010-10-04 4:33 AM

tidak

A'in bolihkh ustz beri pandangan ttg pekerjaan sambilan dirumah yg ustz ada bg mengjsi masa persaraan seorg itu 2010-10-04 2:19 AM

bagus

A'in ustz jika sseorg itu menunaikan puasa 6 syawal tetapi tidak cukup adakh dkira puasa sunat shj n adkh brdosa 2010-10-04 2:14 AM

Tak dosa

khar ustaz, jika kita sentiasa menasihati org tetapi berakhir dgn pentengkaran adakah patut kita hentikan sja? 2010-10-03 11:31 PM

teguran kena teruskan, cara kena perbaiki

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 Zulhijjah 1431/ 8 November 2010 jam 10.50 malam

3 comments:

nurmisnan said...

salam ustaz..
boleh tidak terangkan
bagaimana hadis nabi
berpesan tentang "perempuan yang bersanggol seperti bonggol unta itu?"

saya selalu keliru
dengan pendapat blogger2 yg lain

Anonymous said...

salam ustaz.
saya dalam dilema d mana saya sudah bertunang tapi tunang saye dgn mudah menghina dan kata2 cacian makian dh jadi rutin.
saya buntu ustaz..saye solat istikarah doa kpd Allah SWT byk2..
tetapi knp ati saye xtenteram ustaz?
dan hampir membawa kepada putus.. saye cube..tp ati saye sedeh dgn segala yg dilakukan..sepatotnye saye putuskn or adkah patot diteruskan.. bole kah dier pimpin saye? bolekah ustaz berikan saye panduan..n doa2 yg boleh menenangkn ati saye..

Anonymous said...

Salam ustaz... saya ada 2 soalan:

1)Apa hukumnya meletakkan gambar kawan2 di Facebook yang tidak bertudung @ kurang menutup aurat, yang pada hakikatnya mereka memang tidak bertudung @ membuka aurat ?

2)Apakah hukumnya makan di hotel2 yang belum mendapat status HALAL dari JAKIM, di mana hotel itu memberi alasan "masih dalam proses"?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...