Saya masukkan kisah ini di dalam siri “Universiti Kehidupan” kerana nama tempat ini yang menarik perhatian saya…..
Jumaat 26 November 2010 jam 8.30 malam, saya dijemput oleh sahabat saya Ustaz Rusdi untuk menyampaikan ceramah mengenai rumah tangga bahagia di rumah ayah mertuanya di Ca’ah, Johor.
“Kenapa nama tempat ni menarik sikit?” tanya saya kepada ustaz Rusdi mengenai nama tempat ini iaitu Desa Temu Jodoh.
“Oh, dulu, kerajaan beri tanah untuk peneroka lelaki dan di satu tempat ada pengusaha wanita, sampai masa, mereka berkenalan dan akhirnya, beberapa puluh pasangan telah dikahwinkan dan tinggal di sini, sebab itu nama kampung ini, “Desa Temu Jodoh” kata ustaz Rusdi menerangkan.
“Oooo, itu asalnya” jawab saya sambil sedikit tersenyum.
Begitulah antara kisah-kisah jodoh. Dan apa yang menariknya, soal jodoh adalah urusan Allah, kita berusaha tetapi semuanya telah ditetapkan Allah.
Ada orang yang berusaha untuk bercerai, tetapi tertulis bahawa jodohnya panjang, akhirnya tetap kekal hingga akhir.
Ada orang yang berusaha untuk bersama, tetapi tertulis sebaliknya, akhirnya berjauhan juga.
Ada orang yang berusaha memisahkan sesuatu pasangan, tetapi jika Allah kehendaki mereka bersama, tetapi akhirnya bersatu.
Ada orang berusaha menyatukan seseorang, tetapi Allah tidak mengizinkan, akhirnya jauh hati mereka.
Bukan kita sebagai orang awam sahaja, kisah para Nabi dan jodoh mereka juga menarik jika kita baca.
Di hujung kisah-kisah ini, kita akan tahu bahawa, kita hanyalah biji-biji catur yang menurut kehendak pencatur, dan percayalah, apa sahaja yang telah diatur, semuanya adalah terbaik buat kita.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
22 Zulhijah 1431/29 November 2010 jam 10.00 malam
Ceramah di Desa Temu Jodoh.
Rewang kerja kahwin
Kenangan bersama tuan rumah
3 comments:
salam..
saya selalu baca blog ustaz tapi biasa la as a silent reader..
ada 2 tempat yang saya sangat teringin nak ke sana
1. limau kasturi
2. desa temu jodoh
tapi dua2 tempat ni saya cuma lalu saja, belum ada kesempatan nak singgah
salam..
tersentuh hati bila bace entry ustaz kali ini. mungkin sbb saya sedang berusaha mencari jodoh ketika ini..Betul kata ustaz, Allah lah yang menentukan segalanya buat kita. Kita hanya mampu berusaha..Semoga jodoh saya dipermudahkan..Amin
Lama tak jumpa Utz & rasa rindu pada kawan2 di subang jaya, anyway Utz bila boleh ke Panasonic Johor ? Drp Ali Ismail
Post a Comment