Thursday, November 25, 2010

Diari 260 – Ziarah Saudara SeIslam Vietnam

Ahad 21 November 2010, hari ini kami dijadualkan bersama dengan masyarakat Islam di Chou Doc Vietnam.

Kami tidak terlibat dengan sembelihan aqiqah seperti di Cambodia, semuanya telah disiapkan oleh penduduk kampung. Oleh kerana hanya satu ekor yang dapat diusahakan, al-Hakim (gelaran bagi imam di sini) mencadangkan agar dibuat jamuan di masjid bersama penduduk kampung.

IMG_1667

Jam 9.30 pagi, kami mula bergerak ke Kampung Dafeeq, Chou Doc Vietnam, kami diiringi oleh Ustaz Alim dan abangnya.

IMG_1670

Untuk ke kampung Dafeeq, kami melalui kampung air, perkampungan di atas sungai Mekong, agaknya bagaimana rasanya duduk dirumah tanpa tanah seperti ini..

IMG_1673

Di kampung Dafeeq terdapat dua buah masjid, pertama Masjidil Ihsan dan kedua Masjid Jamik al-Sunnah. Di kampung ini terdapat krisis fahaman Ahli Sunnah dan Wahabi. Selaku orang muda, ustaz Alim cuba mendamaikan antara kedua fahaman ini.

IMG_1674

Majlis hari ini dibuat di Masjidil Ihsan, masjid Ahli Sunnah yang lebih ramai jemaahnya. Ketika sampai, kami telah ditunggu oleh penduduk tempatan untuk bersilaturrahim bersama.

IMG_1676

Kami disambut mesra oleh penduduk di sini, gaya pakaian dan perwatakan seakan orang kita di Malaysia.

IMG_1685

Muslimah juga hadir menyambut rombongan muslimah kami, di sini, kami dapat bertemu dengan orang gemuk, tidak seperti di Cambodia yang semuanya kurus-kurus. Imam masjid kampung Paes Cambodia pernah bertanya saya:-

“Macam mana nak gemuk ni, saya penat makan banyak, tak gemuk-gemuk”

Bagi kita pula, selalu kita akan bertanya:-

“Macam mana nak kurus ni, penat dah diet, tapi tak kurus-kurus juga”

IMG_1690

Penduduk kampung sini tidak pandai boleh berbahasa Melayu.

IMG_1691

Orang yang boleh berbahasa Melayu di Vietnam ini terdiri dari dua golongan, pertama orang yang pernah bekerja di Malaysia dan kedua, orang yang belajar agama, ini kerana kitab jawi berbahasa Melayu digunakan untuk mempelajari agama.

IMG_1700

Suasana dalam masjid, ada dua mihrab, satu untuk khutbah dan satu lagi untuk solat

IMG_1709

Saya saling bertolak siapa yang akan mewakili kami untuk berucap

IMG_1712

Imam masjid memulakan kata aluan menyambut kedatangan kami

IMG_1725

ahli qariah yang mendengar ucapan

IMG_1726

Ada di kalangan penduduk di sini yang pernah ke Malaysia untuk bekerja

IMG_1727

Giliran saya pula berucap dan diterjemahkan oleh ustaz Alim

IMG_1730

gaya membasuh tangan dengan teko dan baldi besi

IMG_1735

jamuan sup manis untuk akikah

IMG_1737

selepas ucapan, kami semua dihidangkan dengan makanan

IMG_1739

Jamuan untuk satu kampung ini mengeratkan lagi silataurahim antara umat Islam Malaysia - Vietnam

Alhamduillah, semoga lain kali dapat diusakan dengan lebih baik lagi.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

18 Zulhijah 1431/25 November 2010 jam 1.10 pagi

1 comment:

Mizz NaRu said...

Ukhuwwah tanpa mengenal batasan, doakan ana akan sentiasa istiqamah ya ustz, (^_^)

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...