Wednesday, November 24, 2010

Diari 259 – Catatan Perjalanan Ho Chi Minh – Chou Doc Vietnam

Negara Vietnam dibahu oleh empat bangsa iaitu Vietnamese, Khmer, Cina dan Champa. Orang Champa seperti orang Melayu, boleh dikatakan semuanya adalah Islam. Negara ini adalah negara Buddha dan mengambil doktrin komunis sebagai pegangan.

Wajah orang di sini lebih keras di bandingkan dengan orang Cambodia, perwatakannya lembut selari dengan budaya orang timur tetapi agak hebat membangunkan negara mereka. Kalau tidak, masakan Amerika, negara terkuat dari segi ketenteraan boleh berundur berputih mata keluar dari Vietnam ketika era perang Vietkong.

Tanah ini digelar sebagai “Land Of The Blue Dragon” (rujukan buku “Vietnam Land Of The blue Dragon, karangan Martine Aepli)

20 November 2010, jam 11 pagi di Ho Chi Minh City sudah cukup panas kerana subuh di sini seawal 4.40 pagi lagi. Van Mercedes 15 tempat duduk membawa kami ke Chou Doc, bandar bagi negeri Ang Giang, kawasan paling ramai umat Islam di Vietnam.

“Aaaa, van dia lebih luas, barulah lebih selesa” kata Ustaz Yazid.

Mmm, memanglah selesa, 15 minit pertama, kalau dah sampai 7 jam, barulah tahu selesa atau tidak” kata saya dan semua yang ada sama-sama tergelak.

Budaya pemanduan di sini agak perlahan, ini kerana negara ini dipenuhi dengan motosikal dan motosikal di sini boleh melintas dengan tiba-tiba.

Seolah-olah ada undang-undang pengertian bersama bahawa kenderaan yang lebih besar akan menjaga kenderaan yang lebih kecil. Beberapa kali kami dikejutkan dengan “emergency brek” kerana motor melintas dengan bahaya.Oleh itu, penunggang motosikal di sini disyaratkan mesti memakai topi kaledar dan semua orang memakainya. Ia tidak seperti di Cambodia.

Perjalanan kami lebih lambat apabila hujan turun mengkaburkan lagi penglihatan. Saya melihat ke arah bentuk jalan. Boleh saya gambarkan sesetengah bentuk muka buminya  seolah-olah di Kelantan.

Satu lagi yang  agak menarik di Vietnam ini ialah budaya berniaga di kalangan mereka. Sepanjang jalan dari Ho Chi Minh ke Cho Doc penuh dengan kedai-kedai orang menjual barang. Restoran dan kedai makan juga banyak di kanan kiri jalan. Barangkali budaya makan di luar tinggi berbanding makan di rumah. Rata-rata yang berniaga di kedai-kedai adalah orang perempuan.

Jam 4.30 petang, kami berhenti menaiki feri melintasi sungai Mekong yang luas.Di sini, sungai Mekong seperti Selat Bosphorus di Istanbul Turki, penuh dengan feri, bot nelayan besar dan juga yang kecil. Ia seakan laluan jalan raya yang penuh simpang siur.

Budaya pemanduan yang perlahan dan terkejut-terkejut menjadikan badan kami penat. Kami sentiasa tertanya-tanya bila mahu sampai. Jam 5.30 petang, di sini sudah mula malam dan gelap.Dalam suasana sayup-sayup ini, kami mula memasuki bandar Chou Doc.

Sampai di hotel, kami telah ditunggu oleh Ustaz Alim. Beliau kemudian membawa kami makan di kedai halal “CafĂ© Champa”.

“Ok, lepas ini, saya nak ajak semua jalan naik beca sekitar bandar Chou Doc” kata ustaz Alim pada kami. Walaupun letih, kami pergi juga di atas ajakan itu.

Bandar Chou Doc tidaklah besar, barangkali kecil sedikit dari bandar Ipoh, bezanya tidak terdapat bangunan tinggi di sini, dan di sini, tidak sesibuk seperti di Ho Cho Minh City.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Hotel Than Long Ho Chi Minh City Vietnam

17 Zulhijah 1431/24 November 2010 jam 7.00 pagi

IMG_1514

Kenangan sebelum bertolak ke Chou Doc, kawasan paling ramai umat Islam di Vietnam

IMG_1519

Lampu isyaratnya, tanda pangkah warna merah sebagai isyarat berhenti

IMG_1522

Di bandar Ho Chi Minh pun ada lembu yang dilepaskan

IMG_1523

Budaya pemanduan di sini agak perlahan

IMG_1526

agak-agak, macam mana mereka naikkan motor atas van ni?

IMG_1528

stesyen minyak di Vietnam

IMG_1530

motorsikal yang mendominasikan jalan raya

IMG_1532

permulaan bandar

IMG_1535

tamat kawasan bandar

IMG_1533

makcik oh makcik…

IMG_1547

kubur ditengah sawah, rahsia beras enak :)

IMG_1581

tayar di bumbung rumah

IMG_1584

basikal bagi orang cacat

IMG_1568

hujan mengkaburkan lagi pandangan dan melambatkan lagi perjalanan

IMG_1597

Sungai Mekong yang seakan selat Bosphorus di Turki

IMG_1626

Kedai makan halal di Chou Doc

IMG_1622

Kari di sini memang sedap

IMG_1642

Kami diajak berjalan sekitar bandar oleh ustaz Alim

3 comments:

Anonymous said...

Banyak berjalan luas pemandangan dan pengalaman ye.. ustaz. Sentiasa menanti berita terkini mengenai perjalanan ustaz. Semoga Allah memberi keselamatan perjalanan ustaz.

haji s.idris said...

asssalamulaikum ustad, betul ke divietnam,kitab alquran sangat kurang,sehinggakan 1 kitab dikongsi > 8org dan katanya kalau kita hendak melawat, bawalah bersama beberapa naskah alquran utk jemaah disana. boleh ustad bagi sedikit info mengenai ini.sekian,wassalam.

Ustaz Amin said...

Dahulu kerajaan di sini memang agak tertutup hingga tidak banyak kedutaan dari negara Arab dan memang perkara itu pernah berlaku, sekarang kerajaan Vietnam dan agak terbuka. Ia sudah agak terbuka dalam setahun dua ini. saya menziarahi beberapa madrasah dan pengajian untuk agama Islam juga dibenarkan