Wednesday, November 17, 2010

Diari 255 – “24 jam sebelum bertolak…”

Saya akan bertolak ke Kemboja hari ini Rabu 10 Zulhijjah 1431 bersamaan dengan 17 November 2010.

Sehari sebelum bertolak, bermacam-macam program yang dilalui hingga membuatkan malam tadi benar-benar penat. Tetapi tak apalah, kita akan berehat di kubur nanti.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan semua, saya dapat menguruskan 125 ekor lembu korban ke Kemboja, tiga ekor di Malaysia dan 7 ekor ke India.

Dalam kesibukan mengurus lembu dan dah macam taukey lembu pulak dah…, saya sempat menyempurnakan jemputan Malaysia Hari ini (MHI) pada pagi Selasa 16 November 2010.

IMG_0957

Tajuk perbincangan adalah berkisar sekitar korban dan permasalahannya.

IMG_0958

Teraju utama MHI, Fitri dan Wardina

IMG_0964

Satu yang bagus pada fitri ni, dia memang pandai mengulas sesuatu dengan spontan

IMG_0988

Apa yang menarik di dalam MHI, soalannya spontan dan saya tidak diterangkan apa-apa mengenai program ini, datang,  pasang alat suara dan terus duduk dan sedia untuk keudara

IMG_0996

Tetapi, dari sudut perjalanan, program “Tanyalah Ustaz” tetap menjadi ranking pertama program paling mendebarkan para Ustaz…

IMG_1006

Pulang dari MHI, saya terus ke pejabat kerana telah ada seorang muallaf perempuan yang dibuang oleh keluarganya sedang menunggu.

“Saya tak tahu nak ke mana ustaz?” kata muallaf ini.

Saya termenung seketika.

“Macam mana nak buat ni ye” bisik hati saya.

“Tak apa, kebetulan saya ada mesyuarat di MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) jam 11.00 pagi” nanti saya bawa sekali ke sana ye” kata saya pada muallaf perempuan ini.

Jam 11.00, saya bertemu bahagian Riqab MAIS membincangkan beberapa perkara.

Sahabat-sahabat dari MAIS terus menemuramah wanita ini dan terus menguruskan penempatan sementara kepadanya.

Alhamdulillah, terima kasih sahabat-sahabat di MAIS.

Selesai mesyuarat saya terus menguruskan tukaran wang asing yang ingin dibawa ke Kemboja dan menguruskan senarai nama-nama korban.

Jam 12.00 malam, baru sempat berehat.

Pagi ini 17 November 2010 jam 7.00 pagi, saya dan beberapa anak buah ke Sri Pentas. Saya dijemput untuk membahaskan korban di dalam rancangan “Nasi Lemak Kopi O” bersama Syarifah Shahira dan Farah.

Jam 7.50, saya dan beberapa orang menunaikan solat hari raya di Surau Sri Pentas.

Selepas khutbah ringkas, saya bergegas ke Studio kerana slot saya akan keudara jam 8.20 pagi.

Habis jam 9.00 pagi, saya terus ke Petaling Jaya untuk melihat saudara saya di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, tetapi penghuni tiada kerana pergi menunaikan solat hari raya di Masjid.

Dan sebelum bertolak jam 3.00 petang ini, saya singgah dulu ke rumah ibu saya untuk memohon doa restu sebelum berangkat.

Semoga urusan perjalanan membawa amanah korban di permudahkan Allah dan semoga Allah terus berikan pada kita semua keikhlasannya di dalam apa sahaja yang kita lakukan. amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

10 Zulhijjah 1431/17 November 2010 jam 11.15 pagi

IMG_1073

Rancangan Nasi Lemak Kopi O

IMG_1081

lintasan solat hari raya dari Masjid al-Ghufran Taman Tun pada jam 8.30 pagi

IMG_1087

Celoteh Kak Pah dan Farah..

IMG_1089

Perbahasan  mengenai korban.

2 comments:

azah said...

MasyAllah, melihat kepada Diari Ustaz memang cukup padat dan memenatkan. Ya Allah berikanlah Ustaz Amin kekuatan dan kesihatan yang baik dan permudahankan urusan beliau. Bak kata ustaz "dikuburkan nanti kita akan berehat". Selamat berangkat ke Kemboja.

Admin said...

aminnn

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...