“Iskh, takkan nak bawa tajuk “Jihad Akbar”, kata saya pada PA saya ketika memberitahu saya bahawa saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di Maktab PDRM KL pada Jumaat 13 Ogos 2010 jam 9.30 pagi. Saya diminta untuk membawa tajuk itu.
“Kita bawa tajuk Sejarah Islam Nusantara” kata saya pada PA saya dan meminta agar tajuk diubah.
Ketika saya sampai ke Maktab PDRM ini, saya berbual dengan sahabat saya Helmee yang bersama-sama datang ke sini.
“Mmm, macam mana nak mohon masuk ke sini ye” kata saya.
“Entahlah ustaz, saya pun tak tahu” kata Helmee.
Kenapa saya bertanya begitu?
Kerana, sungguh saya sangkakan Maktab PDRM ini adalah sekolah menengah untuk pelajar menjadi polis seperti Maktab tentera.
Rupanya, di sini tempat untuk kursus pegawai-pegawai kanan dan ada kursus yang bertaraf Master.
Patutlah saya diminta untuk bawa tajuk “Jihad Akbar” bisik hati saya.
Saya melangkah masuk. Dewan besar Sultan Ahmad Shah di sini memang cantik dan sejuk. Saya memerhatikan pegawai-pegawai kanan memenuhi dewan.
Terkedu saya sekejap sebab dah set kat fikiran ni, ceramah untuk pelajar menengah.
Kena cari mood balik sebab memberikan ceramah pada pelajar dan orang dewasa tak sama, dari segi intonasi dan cara penyampaian.
Walaubagaimana pun, ceramah dapat disempurnakan dan terima kasih saya ucapkan untuk warga Maktab PDRM yang memberi sumbangan kepada Yayasan al-Ijabah.
Nak tahu apa komen sahabat saya Helmee…
“Ustaz, tak bestlah, tak semangat langsung….”
Saya hanya terseyum sendiri. Benarlah kata guru saya, “kenali pendengar kita dulu sebelum berceramah”.
Kalau dah set kat fikiran nak ceramah pada pelajar menengah, sekali pegawai-pegawai kanan yang ada di hadapan kita, memanglah agak lambat sikit nak naikkan cara penyampaian.
Macam tu juga kalau kita dah set nak ceramah pada orang dewasa, rupanya anak pelajar yang datang, agak lambat untuk turunkan cara penyampaian.
Itulah rencam ceramah, itu belum lagi tiba-tiba kena berikan ceramah tanpa dirancang dalam bahasa lain seperti saya kena di Turki.
http://www.ustazamin.com/2009/05/diari-ukhwah-antara-benua.html
Apa pun, seorang pendakwah memang perlu bersedia apa keadaan sekalipun. Kerana, pekerjaan dakwah adalah pekerjaan sepanjang masa dalam apa keadaan sekalipun.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Ramadhan 1431/19 Ogos 2010 jam 1.00 tengah hari.
Sejarah Islam Nusantara di Maktab PDRM KL
Dewan Sultan Ahmad Shah
Seperti biasa, di akhir ceramah semua akan saya ajak untuk berselawat pada Nabi SAW
Terima kasih pada warga Maktab PDRM yang memberi sumbangan RM 2000 kepada Yayasan al-Ijabah
No comments:
Post a Comment