Sunday, August 15, 2010

al-Ijabah 68 - Setahun Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

1 Ogos 2009, satu tarikh yang tidak mungkin akan saya lupakan kerana tarikh itulah, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah mendapat rumahnya di Petaling Jaya. Satu usaha membuat sebuah rumah perlindungan HIV muslim yang dicita-citakan tercapai.

Walaupun dari tarikh itu, ujian demi ujian ditempuhi, berkata doa semua, rumah ini dapat terus berkhidmat untuk masyarakat.

Pejam celik, pejam celik, sudah setahun rumah ini diusahakan. Alhamdulillah, terima kasih padaMu ya Allah yang telah mengizinkan ia terus berjalan.

Sabtu 7.8.2010, jam 3.00 petang. Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini meraikan kesyukuran dengan kehadiran anak-anak yatim al-Ijabah.

Majlis kesyukuran ulang tahun pertama, dibuat dengan bacaan yasin, selawat dan doa.

Mengimbau setahun perjalanannya, ia dipenuhi dengan berbagai peristiwa sama ada yang pernah saya ceritakan mahupun yang tidak pernah saya ceritakan pada sesiapa.

Dalam ucapan saya pada anak-anak yatim al-Ijabah yang hadir ke Darul Ukhwah kala ini, saya mengatakan….

“Kehebatan sesebuah perjuangan bukanlah pada hebat kisah dan ceritanya, tetapi kehebatan sesebuah perjuangan apabila ia terus bersambung apabila generasi pertama sudah tiada, saya berpesan pada anak-anak semua, agar satu hari nanti, sambunglah apa yang telah kita bina ini”…

Anak-anak Ijabah terkebil-kebil memandang saya, entah faham atau tidak saya pun tak tahu. Yang penting, kita harapkan, usaha berkasih sayang sesama muslim perlu terus disemarakkan dan diwariskan.

Di dalam hadis, Nabi SAW bersabda:-

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri”.

Majlis diakhiri dengan jamuan.

Gembira rasanya melihat saudara HIV di Darul Ukhwah ini. Mereka sudah tidak merasa asing lagi di tengah masyarakat. Itu yang kita harapkan. Biar siapa pun mereka, mereka tetap berpeluang untuk menjadi orang yang soleh.

Sesungguhnya, Allah tidak pernah melihat di mana kita bermula, Allah mahu melihat di mana kita berakhir.

Semoga usaha ini terus dibantu oleh Allah, amin…

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putera Heights

5 Ramadhan 1431/ 14 Ogos 2010 jam 11.50 malam

IMG_1669

Sambutan setahun Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_1693

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, selawat dan doa

IMG_1702

Setahun telah berlalu, semoga terus dibantu oleh Allah

IMG_1672

Pulut kuning bersama rendang, macam majlis orang tua-tua kita dulu….

IMG_1716 

Jamuan yang dimasak sendiri oleh AJK Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

3 comments:

My Life said...

salam ustaz..

alhamdulillah..masyaallah.. mudahan2 terus dipermudahkan..

Anonymous said...

assalam mualaikum ustaz,
saya sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang darul ukhuwah
dimana saya boleh dapatkan no telefon serta alamat darul ukhuwah?

Khayz_Zamuri said...

bagaimana saya nak tahu alamat darul ukhuwah?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...