Tuesday, August 10, 2010

Jawapan Pada Persoalan 114

Alhamdulillah, baru sempat melihat soalan yang diajukan

Guest Seorg suami kata tak ada mahkamah didunia ni yg bole memaksa @ suruh dia meceraikn isteri wlaupun isterinyatlh memfaikan tuntutan fasakh,bagaimana? 2010-07-07 3:22 AM

Tuntuan fasakh ada di dalam Islam dan ada di dalam undang-undang negara. Jika tuntuan itu betul, maka ia boleh diputuskan

Guest salam ustaz..setlh kematian suami, isteri telah berkawin lain. adakah d hari akhirat kelak si isteri tidak akan berjumpa lagi dgn si suami? 2010-07-07 3:14 AM

Kalau dua-dua ke syurga, jumpa insyaAllah…

Mama Adakah menonton rancangan ilmiah spt Al-kuliah & Tanyalah Ustz termasuk dlm m'dgr majlis ilmu? 2010-07-07 8:50 AM

Ya dikira mendengar majlis ilmu

Mama Perlukah sy m'byr zakat utk emas yg suami sy berikan? 2010-07-07 8:48 AM

Jika barang perhiasan yang dipakai, tak perlu

Asmah Sy telah mewarisi gelang emas drpd arwah ibu sy yg b'nilai RM 5k.Sy telah gadaikan ke dlm skim Ar-Rahnu,perlukah sy keluarkn zakat & pe hukum gadaian? 2010-07-07 8:47 AM

Barang yang dalam gadaian tidak dikenakan zakat tuan punya tidak mempunyai milikan penuh pada harta itu

Asmah Salam ustaz,suami sy akan keluarkan KWSP sbnyk RM 100k utk beli rumah.Wajib kah dia keluar zakat? 2010-07-07 8:43 AM

Wajib kerana KWSP adalah wang simpanan

asiah adakah seseorg yg hlg ingtn n tdk berfikiran waras wajib berpuasa di bln ramadhan dan perlukah membayar fidyah krn tdk b'puasa krn mslh ini? 2010-07-07 8:12 AM

Syarat wajib puasa adalah waras. Jika dari kecil memang tidak waras, tidak perlu, tetapi jika tidak waras itu kerana sakit, maka waris perlu bayarkan fidyah

ina salam ustaz..saya ada kemushkilan di sini...sekiranya suami saya tidak bertanggungjawab,tidak memberi nafkah,curang ,mengambil dadah dan x solat... perlu ke saya pergi ke jabatan agama islam untuk menuntut fasakh? terima kasih...ustaz 2010-07-07 7:12 AM

jika perkahwinan itu telah memudharatkan, perlu

khar ustaz...bolehkah mengelak untuk join makan2 yang diajak oleh org yg kita memang tau suka mengungkit dan menyalahkan org lain walaupun memberi makan kepada org lain..2010-07-07 4:43 AM

Boleh…

aza ustaz adakah berdosa jika kitaa tak mahu beri hutang pd org yg kita tdk suka wpun berkemampuan?adakah dikira bakhil? 2010-07-08 4:13 AM

tidak berdosa kerana memberi hutang itu hak kita.

rozi salam, ustaz, adakah pemakaian tudung bawal menutup aurat? 2010-07-08 3:26 AM

Tengok keadaan, jika masih menampakkan dada dan tidak menutup rambut atau terlalu nipis hingga kelihatan leher, maka tidak dikira telah menutup aurat

sham apakah zikir yang sesuai dibaca untuk mengatasi masalah kemurungan?2010-07-08 3:20 AM

Ya Latif

Guest Klau mimpi mengandung dan brsalin tu ape mksudnya? hakikatnya sy blum kwin lg.dlm mimpi tu, sy n fmily bmbang akn pdgn bruk msyrakat thdp kami. 2010-07-08 2:47 AM

rezki

Guest Keputihan tu membtakan wuduk x ustaz? 2010-07-08 2:43 AM

Tidak tapi kena bersihkan

Guest Salam ustaz.Anak2 saya tak dengar cakap&nasihat saya mengenai solat.Saya suruh solat diaorg xsolat.Macam mana saya nak buat lagi ustaz?? 2010-07-08 2:25 AM

Kalau anak tu bawah 7 tahun rotan dia, jika telah 10 tahun maka rotan, jika sudah meningkat remaja teruskan menegur dan berdoa agar mereka mendapat hidayah Allah

Hisham Al Din Saya menunggang motor diwaktu hujan, kemudian lalu sebuah lori membawa khinzir tidak bertutup memotong saya.Perlukah saya samak akibat tempias?2010-07-07 2:20 PM

Jika yakin kena tempias, maka kena. Jika masih syak, maka tak perlu. Tapi yang terlebih baik, samaklah..

Hisham Al Din Ustaz.Adakah petua atau doa untuk menahan nafsu syahwat. Pelagai cara trmasuk puasa telah dibuat tp tidak berjaya.Berkahwin tidak mampu. 2010-07-07 2:16 PM

Banyakkan aktiviti dengan masyarakat serta lazimkan diri untuk pergi ke majlis ilmu, baca lahaulawala quwaatailla billah, banyak-banyak

Hisham Al DinSalam.Ustaz.Benarkah jika berbuat maksiat, ibadah kita tidak akan diterima selama 40 hari? Adakah onani juga dikira maksiat? 2010-07-07 2:13 PM

Ya, onani juga dikira sebagai maksiat, 40 hari itu ulasan ahli tasauf

A'in ustz dpat jelskan berkenaan dgn Nazar,hukum serta tuntutnnya 2010-07-07 9:04 AM

Nazar adalah janji kita dengan Allah, sebagai contoh, ketika seseorang itu sedang sakit dan bernazar akan berpuasa jika sembuh, atau seseorang yang hendak menempuh peperiksaan dan bernazar jika banyak lulus akan berpuasa atau bersedekah dan sebagainya

Guest ustz..sbaiknya baca alquran slps sunat witir atau sblm witir. solat sunat fajar itu solat isyrak atau solat dhuha? 2010-07-08 3:00 PM

Baca quran, waktu apa-apa pun baik, Solat fajar adalah solat sunat sebelum subuh

azline Tahniah ustaz atas kejayaan perancangan membina Rumah HIV Muslim. Saya nak tau bagaimana jika ada mangsa HIV dikalangan profesional yg ingin membantu2010-07-08 10:08 AM

Hubungi 03-58804586

Guest Assalamualaikum ustaz,benarkah kalau saya bermimpi jumpa dgn arwah ibu saya bermakna saya telah pergi ke alam beliau (alam barzah)bermakna 2010-07-08 5:50 AM

Tuan telah pergi ke satu alam, bukan barzah..

faisal Salam, perlukah berakad utk bank-in ke akaun al-ijabah atas tujuan berzakat?bila pengecualian cukai utk zakat al-ijabah akan dipraktis? 2010-07-08 5:08 AM

setelah kita isytihar bahawa kita menerima, maka akad itu telah berlaku, Cuma baik maklumkan, boleh hubungi PA saya 019-6003643, pengecualian cukai sedang diurus

anisah ustz, apakah hukum bertepuk tangan samada dlm apa juga keadaan samaada dlm majlis keramaian atau lain2 2010-07-08 4:33 AM

hukum asal harus

azah ustaz apakah tips untuk menjadi isteri solehah? 2010-07-08 4:26 AM

contohi isteri Nabi

ingin tahu ustaz adakah sy yg menanggung dosa apabila tdk menbyr hutang yg dibuat oleh abg ipar menggunakan nama sy? 2010-07-08 4:23 AM

Tidak berdosa

mama ipoh salam, blhkah kk sy amik wang suaminya tnp pgetahuannya sbgi byrn mas kahwin yg berhtg n tak mahu dibyr oleh suaminya? amik sdkt tiap bln smpi abis? 2010-07-08 4:23 AM

Boleh

ana79 ustaz adakah sy berdosa kerana tdk berani utk menegur kakak dan abg yang tdk solat?2010-07-08 4:15 AM

Paling kurang doakan dalam hati, itu selemah iman, jangan langsung tak doa..

Mona Salam ustaz, saya selalu bermimpi berada di dalam bilik air samada mahu buang air atau tidak..kadang2 bilik air itu cantik dan kadang2 sebaliknya.. 2010-07-09 1:38 PM

Ada keaiban

Guest Ustaz, saya sentiasa bercita-cita menjaga solat 5 waktu tetapi kadangkala x mampu berbuat demikian terutamanya solat subuh. Saya pula ada masalah kesihatan tekanan emosi. Kadangkala badan rasa melepek je. Jadi tertinggal solat. Saya berusaha sedaya mungkin untuk jaga solat-solat tersebut Saya berusaha sedaya mungkin untuk jaga solat-solat tersebut. Bagaimana Ustaz? 2010-07-09 11:41 AM

Teruskan usaha hingga akhir hayat

niza Salam Ustaz. Solat di bilik tidur yang mempunyai bilik air. Minta pandangan ustaz? Terima kasih. 2010-07-09 9:48 AM

Tiada masalah, jangan dalam bilik air, sudah…

Guest boleh ke harra peninggalan ibu di bahagi mengikut persetujuan adik beradik tnpa ikut faraidh? 2010-07-08 6:36 PM

Boleh jika semua waris bersetuju

suu salam,mcmana nak tahu lebih lanjut rumah pelindungan hiv ini,apakah syarat kemasukan ke rumah ini 2010-07-10 2:30 PM

syaratnya orang HIV sahaja

sumarto as pk ustaz ingin brtanya ktnya doa yg plingmakbul dimuka bumi ini adlah doa ibu bapak skrang ibu dn bapak sy sudh almarhum. gmn cranya untuk mndapatkn doa mkbul itu didalam posisi seperti ini.tlg dijlskan pak ustaz. 2010-07-10 1:51 PM

doa dari guru

Aisyah Salam Ustaz, mohon nasihat. Saya rasa tak selesa utk beri salam kpd semua org jika berselisih di tmpt kerja (hospital). 2010-07-10 12:29 PM

Hukum beri salam itu sunat, kalau dah penat, tak payah pun tak apa

Ima Ass'kum ustaq saya ada seorang kwn yg memeluk agama Christian,dia tidak percaya dgn agama Islam lagi,selain berdoa,apakah yg saya bole lakukan? 2010-07-10 10:06 AM

Berhujah dengan baik

Guest Salam ustaz, bolehkah ustaz terangkan kesan negatif krn membeli nombor ekor. Tksh ustaz. 2010-07-10 2:11 AM

Membazir duit, jarang orang melayu menang setakat bertaruh 2, 3 ringgit. Dan tak berbaloi menempah neraka dengan nilaian berjudi itu kurang dari RM 10.

hamba Allah Assalamualaikum Ustaz. Ingin bertanya tafsir mimpi. Saya telah bmimpi mendukung bayi lelaki bbrp kali. Stp kali mimpi usia bayi smakin muda. 2010-07-10 1:03 AM

tuan ada cita-cita besar

husna assalamualaikum ustaz, sy bermimpi kedua ibu bapa sy mgetuk pintu rumah sy, kemudian mrk masuk & terus kebilik air u berwuduk, kemudian mrk bersolat. apa maknanyamimpi sy ustaz? ibupaba sy masih hidup tp bapa sy telah bertahun x kerumah sy krn berkecil hati dgn suami, tq 2010-07-11 7:58 PM

ibu ayah nakkan kebaikkan dari puan

peach sedih apabila mmbaca kisah kubur hiv..gereja bukan saja mmbantu pesakit hiv,mereka pergi juga melawat pesakit di hospital pd hujung minggu.pesakit yg tiada famili mesti tersentuh hati dgn mereka.elok kalau kita yg buat spti itu.alhmdlh perkara yg ustaz lakukan itu suatu perkara yg murni. pd saya NGO islam di negara kita lebih elok menangani isu2 tempatan lebih dahulu ..jgn jd kera di hutan disusukan anak di rmh mati kehausan. 2010-07-11 4:33 PM

betul tu…

sakinah ustz masa sy mgndung sy sllu solat wjib smbil duduk dr mula rakaat 1 lagi sb sakit urat.blh ke?kalau x blh,so mcmn dgn solat2 sy tu?kena qado ke? 2010-07-11 1:41 PM

kalau dah sakit, boleh

A'in ustz,kpd siapakh yg patut dberi fidyah,bolihkh dberi selain dr fakir miskin,bgmana jika dberi kpd fisabilillah atau muallaf ada pndpt x bolih 2010-07-11 8:31 AM

Fidyah hanya untuk fakir dan miskin

Shinoda Salam ustaz...apakah hukumnya kalau kita melakukan onani?..dan ustaz ade tak tips2 untuk menahan nafsu drpd mlakukn prbuatn itu..?.. 2010-07-11 3:24 AM

Haram melakukan onani, boleh jauhkan dengan rajin-rajin pergi ke majlis ilmu

Guest salam.ape pandangan ustaz tentang video the arrival yg menceritakan tentang kedatangan dajjal 2010-07-11 2:59 AM

Bagus…

rokza sy nk taye. berdosakah seorg isteri yg teraniaya dan ditinggalkan suami tanpa nafkah mendoakan hidup suami dan keluarganya supaya kucar kacir? 2010-07-12 9:06 AM

Tidak seharusnya mendoakan sebegitu, tetapi doakanlah agar si suami itu tadi mendapat hidayah

ayub berdosakah jika seorang anak menasihati ibu dan bapanya. 2010-07-12 8:29 AM

Tidak berdosa jika kena pada gaya dan caranya

NS Ustaz,sya paste Q&A ttg mjdi istri ke2, sbb tkut mghdapi msalah yg sma,utk pgetahuan utz sya akn bkhwin dgn bkas bfrnd yg tlh bkhwin,advice plss 2010-07-12 4:50 AM

Cepat-cepatlah kahwin…

Guest Utz, bagaimana cara utk wudhu jika sebahagian angota wuduk tidak boleh terkena air/di plaster. 2010-07-12 4:29 AM

Banyak pendapat, yang paling ringkas, sapukan air di tempat yang mampu sampai air dan yang tidak sampai, sapukan atasnya sebagai isyarat ke atas plaster itu tadi

bard ust,jika air jampi (dibaca ayat quran) bagaimana cara terbaik nak dibuang sekiranya tidak digunakan lagi? 2010-07-12 2:13 AM

Siram pada pokok

bard ust,adakah dikira aurat bahagian bawah dagu wanita?kbanyakan wanita pakai tudung tidak menutup sehingga tulang dagu.bolehkah begitu? 2010-07-12 2:11 AM

ada khilaf,

bard ust,pelajar yg tinggal di asrama kemudian balik hujung minggu sabtu ahad adakh blh buat jamak di kampung?dia dikira mastautin di asrama ya ust? 2010-07-12 2:09 AM

ye…

khar ada ustaz kata tak elok asyik nak cerita mimpi pada org lain 2010-07-11 11:08 PM

betul tu…

Guest ustaz apamaksud masuk ke rumah yg ada anjing..tpsblmsy masuk, anjing itu dikeluarkan dn tuan rumah cuci rumah supaya bersih..? 2010-07-13 1:50 AM

Saya tak faham kehendak soalan, nanti tanya balik..

nak tau maksud mimpi dlm tido yg'baik'..sya bermimpi lari menyelamatkan dri ular tedung berbisa 2010-07-13 1:49 AM

kebaikan

Guest salam..sy bermimpi melihat 2ekor binatang seperti kijang berpaut dipokok dengan kemaluannya kedua2nya ditambat dengan rantai besi yg besar..apa maksud 2010-07-13 1:48 AM

Ada kebimbangan dalam diri tuan

konfius.. bgmna kddkn solat makmun sah ke tidak yg imamnya tk pernah nak angkat lidah bila sampai ayat "waladholin"..dah tegur tp tk de perubah 2010-07-13 1:42 AM

banyakkan sangka baik, kalau dia tak betul, tak kan dilantik menjadi imam

Guest salam..ustaz..minta tolong ustaz komen sedikit pasal ESQ 165..banyak yg dah konfius2010-07-13 1:29 AM

Fatwa dah ulas. walaupun terdapat perbezaan antara negeri, cuba ikuti perbahasan itu…

tersilap sy nak sujud sahwi krn trlupa tahyt awl,tpi trlupa gak nak sjud sahwi.slpas salm prtama tringt n buat sjud,pastu slm knn smula n kiri.sah ke utz solt 2010-07-12 4:05 PM

tak apa, sujud sahwi juga sunat

ibu pekerja sy org indon slalu brpuasa sunat bila tiba ulangtahun klahiran ankny..Boleh ke utz?2010-07-12 3:56 PM

Nak puasa bila masa pun boleh, lebih-lebih lagi jika dia ada nazar

Guest salam ustaz..saya benar2 keliru mengenai persoalan ukhwah.apa sbenarnya yg dimksudkan dgn ukhwah?benarkh tiada ukhwah antra llaki &prmpuan bkn muhrim?2010-07-12 3:38 PM

Ukhwah adalah kasih sayang kerana Allah.

Guest slm ustaz.sy bkrja sbg meknik.nk slat cuci tgn tp msh ada lg htam minyk kt clah2 kuku.dh cuba cuci,tp ad lg yg xblh.sah x solat sy@ada pdapt dr ustz. 2010-07-12 3:35 PM

Jika telah cuba semaksima yang boleh, tak apa

riahld salam ustaz,tlong trjehmakan ayat di bwak ini ke bahasa arab...“Ya Allah, sesungguhnya pengampunanMu lebih aku harapkan daripada amalanku, 2010-07-13 8:28 AM

kan elok kalau baca aje dalam bahasa Melayu, Allah faham apa yang kita sebutkan.

Hana kalau kita masbuk solat subuh, dimana kita mengikuti imam pada rakaat kedua, perlukah kita baca doa qunut semula untuk rakaat kedua setelah imam slm? 2010-07-13 4:56 AM

Ya perlu

guest pcassalamualaikum...ustaz..saya nk tanya semua isteri saya ni anak tunngal semua lot lot tanah telah ditukar nama padanya .bapa masih ada apakah salah? 2010-07-13 3:57 AM

tidak

cadangan..tahniah ustaz..Dlm buku Sifat Solat nabi t..harapustaz letak gmbr ilustrasi cara solat yg btul2 ikut cara solat nabi sekali..moga lebih terang dan jelas.tq 2010-07-13 1:56 AM

insyaAllah

jafar aqsa ustaz, penunjuk jam dlm shout ini perlu di kemaskinikan dgn +8 dlm zon lokasi agar ianya mengikut waktu semasa 2010-07-14 8:08 AM

terima kasih Haji…

Guest salam.betul ke x elok belajar pada waktu asar? 2010-07-14 7:21 AM

Bukan tak elok, Cuma lepas asar elok untuk riadah

Jaja apa hukumnya apabila isteri melafaskan perkataan " aku haramkan kau menyentuh tubuh ku ini " kepada suami dalam keadaan marah terhadap suami. 2010-07-14 4:36 AM

Tak baik cakap macam tu, boleh jatuh derhaka

bard ust jika quran terjatuh,biasanya org akan junjung(cium dan letak atas kepala) amalan itu diajar oleh islam ke?adakah itu caranya? 2010-07-14 3:37 AM

Amalan itu adalah untuk menghormati al-quran,

bard ust,dlm bekas air ada semut mati.air tersebut perlu dibuang?atau buang semut mati shj?2010-07-14 2:14 AM

Buang semut sahaja

anisah ustz,jemaah wanita selalunya tak nampak imam di hadapan, bgmana kalau iman lambat bangun walaupun tkbir telah dibaca 2010-07-13 8:31 AM

tak apa

nan Slm..suami seorg yg agak suka brsosial menghabiskn masa dgn kkwn bujang (trmasuk lelaki perempuan),mmpunyai geng2 motor besar.suami jugak seorg yg byk hutang keliling pinggang (bila dpt bonus dia sengaja xnk selesaikn mlh boros beli brg2 mahal yg hanya utk kepentingn sendiri-cthnye,jaket kulit,stereo golf,sparepart moto mahal2,dvd,tgk wayang,dsbg)dn kerap keluar dari rumah keluar brjumpa kawan atas alasan untuk bina network utk kerjaya katanye,dn sy xnampak kwn2 smuanye mmberi sbrg faedah kpdnye krna kawan2 nmpk kaki enjoy,bujang,lepak sanesini,xsolat,mmbuang masa dn duit,dsbg.bkn nk mengungkit2010-07-16 5:25 AM

Kalau betul cerita ini, tak patut, tapi, setiap orang ada alasannya mengapa dia berbuat demikian, kadang kala alasannya kuat baginya, walaupun tidak kuat bagi kita. Selagi mana dia bertanggung jawab, hormatilah hobinya

nis ustaz,apakah hukumnyanya gambar dipapar di internet tidak memakai tudung ketika usia belum baligh? 2010-07-15 9:36 AM

belum baligh tak apa, tapi jika dengan gambar itu orang boleh gambarkan keadaan kita sekarang, lebih baik tak payah, takut jadi fitnah nanti

Guest bila solat sering menangis esp pada bacaan 'iyya kanak'budu waiyya kanasta ain" & ihdinassiraatolmustaqeem". tangisan berbaur minta petunjuk Tuhan & cont' - as tho luahan hati tntg masalah hidup yg menimpa. salah ke? 2010-07-14 4:47 PM

Tak salah

Guest Ustaz, apakah hukumnya lelaki Islam mencukur janggutnya sehingga licin (berdasarkan hadith Nabi (saw). Wsalam. 2010-07-14 3:16 PM

Jika kita ikut pendapat yang keras, tak boleh cukur.. tapi ia tetap ada perbahasannya..

Sara SALAM, Pendpt saya, sebaiknya persediaan menyambut Ramadhan sama dgn persediaan menyambut Syawal spt mengemas dan menghias rumah, kalau tukar langsir baru, pasang seblm Ramadhan, jika perlu kita cuci semula langsir tsb seblm Syawal, ika mampu beli telekung/kain pelikat baru utk solat fardu/terawih spt kita beli baju baru utk raya. Dgn persediaan awal ini dpt mengurangkan kesibukan kita ketika Ramadan nanti. Apa pendpt Ustaz? Thanks.2010-07-16 6:23 AM

Betul..

nan sy trpaksa bkerja menyara keluarga,xkisah la.asalkn suami dpt selesaikn hutang2 syukur sgt,tp yg sedih dia tidak brusaha utk selesaiknnye. Mslh ke2, setiap ujung minggu pula,mertua mpaksa kami pulang kerumah mrk ats alasan nk main dgn cucu(sy ade anak perempuan sorang),saya xmampu nk brdepan smua ni, tiada ujung minggu rehat,ruang masa dgn keluarga sendiri,rumah tunggang langgang,pakaian baju brsepah.sy 5hari bkerja ditengah2 KL,pulang (dr

pulang (drive sndiri)dh mlm dgn tekanan kerja dn keadaan jam.sgt sedih bila suami dn mertua langsung xmfhami.sy dh byk brsabar smp sy dh xde kudrat lg lg.sy trpaksa brdepan dgn semua ni seumur idup sy.sy susah nk brsuara suami dn mertua seorg yg panas baran.apakah dosa jika sy memakai perancang atas atas keadaan sy yg tidak stabil mcm ni sbb mrka susah nk bwk brbincang dn tiada yg mfhami dn sy hanye mampu berdoa? 2010-07-16 5:26 AM

sabarlah puan, bagi hal perancang, harus bagi keadaan ini

Wallahualam, semoga menepati kehendak soalan, jika masih kurang jelas, boleh bertanya kembali.

“PERTANYAAN KUNCI PENGETAHUAN”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Sya’ban 1431/10 Ogos 2010 jam 1.15 pagi

11 comments:

ayu said...

salam ustz...sya nk tnya tentang arwah ayah saya...sekiranya dia sudah meninggal dunia perlukah kite membayar zakat fitrah untuk nya lg?
dan yg kedua..sekiranya arwah x pernah berpuasa selama hidupnya boleh kah ibu saya membayar fidyah puasanya?
terima kasih.

Anonymous said...

salam ustaz,

saya nak tanya nie...

saya berumur 22 tahun...

tetapi rambut saya sudah banyak uban...

saya dulu pernah belajar yang menginaikan rambut adalah harus dan mewarnakan rambut adalah haram sebab tidak boleh lut dengan air wudhu'

jadi soalan saya :

1) ada sebuah syarikat yang berlabelkan islam tetapi menggunakan ekstrak inai dan susu kambing sebagai bahan pewarna rambut. Bolehkah saya menggunakan pewarna tersebut. Saya agak musykil sebab syarikat tersebut menggunakan label 'pewarna rambut' dan bukan sahaja warna hitam, warna-warna lain juga dijual oleh syarikat tersebut

2) cadangan ustaz macam mana saya nak menghilangkan warna uban ini. sebab saya sangat malu dikutuk oleh rakan2

3)inai yang diproses oleh syarikat di luar negara menggunakan label halal, adakah boleh dipakai?...

memohon jasa baik ustaz menghantar jawapan kepada email saya supaya boleh saya tahu bila ustaz sudah menjawab persoalan-persoalan saya

skematku@yahoo.com

terima kasih

frhann said...

Assalamualaikum warahmatullah Ustaz,

Baru baru ni saya asyik bermimpi tentang singa,harimau, dan segerombolan binatang binatang buas berkeliaran di sekeliling saya.Saya amat takut keadaan macamtu, akan tetapi binatang2 terbabit tidak mencederakan saya namun mereka hanya memandang sy sahaja. Mimpi ini akan semestinya akan datang sebulan sekali. Jika bukan singa, akan dtg harimau, harimau kumbang dan pelbagai lagi jenis binatang yang tersangat liar dan buas.

Mohon pendapat ustaz.

Semoga Allahswt memberikan hidayah kepada semua umat Nabi Muhammad saw.

Anonymous said...

Salam ustaz...saya selalu bermimpi berada ditempat tinggi atau menaiki kenderaan yang menjadi tinggi..jika basikal..basikal itu akan menjadi tinggi...kalau kereta..kereta itu menjadi tinggi..
mohon pendapat ustaz..
terima kasih.

Anonymous said...

salam ustaz..sy nak tnya,jika seseorg islam beli no ekor di bln puasa, adakah puasanya batal dan perlukah di ganti atau bagaimana?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang teman wanita. Isteri saya mengetahui hubungan tersebut malah merestuinya. permasalahannya disini ustaz,

1. Apakah hukum mengahwini seorang wanita yang pernah berlaku curang sebelum dan ketika masih bersama saya dengan tujuan membantu dia untuk berubah?

2. Adakah berkahwin dua ini membawa kepada musibah. Ini kerana terdapat halangan dari makhluk halus yang kerap menghantar sms menghalang hubungan saya dengan wanita tersebut, dengan mengatakan sekiranya saya masih memilih wanita ini, saya akan menerima musibah.

Makhluk halus ini kerap berpesan sujudlah kepada Allah untuk mendapat keredhaan malah dia turut memberitahu perkara yang lepas dan yang akan datang. Saya agak was-was dengan fahaman saya. Selain saya, isteri dan teman wanita saya juga turut menerima sms tersebut.

Saya ikhlas mahu membimbing wanita ini dengan jalan yang diredhai.

Mohon ustaz bantu.
Sekian, terima kasih

Unknown said...

Askm, ada peraduan teka kacang telah dianjurkan, dimana siapa yang teka tepat akan dapat hadiah. Setiap penyertaan dikenakan seringgit. Adakah ia unsur perjudian.

Anonymous said...

salam ustaz..
saya ada mengerjakan solat istikharah terhadap lelaki yg sy suka.saya bermimpi lelaki itu mendukung bayi.ape maksudnya ustaz?

Anonymous said...

Salam Ustaz, sy pernah bermimpi saya kahwin dgn senior saye, 2,3 hari kemudian, sy mimpi senior sy selamatkn sy dari ape tah, dah lupe, hehe :) tp ape maksudnya Ustaz? ke mimpi mainan syaitan je ni?

nana husna said...

As-salam. Ustaz, saya bermimpi mendukung bayi? Apa maksudnya ustaz? Mohon pencerahan. TK.

Anonymous said...

As salam... ustaz, sy isteri kdua yg tdk mdpt hak giliran, nafkah zahir batin dgn betul. suami nk sembunyi dr isteri tua dan mgelak utk daftar pkahwinan sudah setahun 3 bulan. akibat pgaduhan dgn istri tua, tahu suami bhubung dgn saya, suami dah tk dtg sebulan dkt sy. dia masih mnafikan sy isterinya kpd istri tua. apa yg harus sy lakukan.... perlukah sy ke pjbt agama sendiri utk buat pdaftaran? berdosakah kalau saya minta cerai atas ketidakmampuan suami?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...