Setiap orang mempunyai perkara yang dikagumi di dalam hidupnya. Ia berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu.
Dalam banyak majis ilmu, antara yang saya suka adalah forum. Ini kerana, di dalam forum, kita akan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.
Ketika saya menjadi panel di dalam majlis Simposium Jangan Tinggal Daku di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 31 Julai 2010, ahli panel yang bersama saya ialah seorang penghuni Darul Ukhwah dan Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman.
Menurut Prof. Dr. Adeeba, dalam bidang perubatan, perkara ajaib yang Allah telah kurniakan kepada manusia ialah dua perkara.
1. Ubat sakit jantung, seseorang yang diserang sakit jantung terus menelan ubat, dengan izinNya, dapat meredakan sakit itu.
2. Ubat HIV yang dapat meredakan pengaktifan virus HIV di dalam badan seseorang.
Itulah kebesaran ilahi. Setiap permasalahan pasti diberi jalan keluar jika sampai masanya.
Bagi saya pula kala itu, yang mengkagumkan saya ialah betapa luasnya ilmu Allah. Setiap orang diberi ilmu dan tidak pernah habis ilmu itu dikaji.
Benarlah kata Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 109
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh akan habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, (dan ia tidak akan mampu ditulis semua) meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (lagi)".
Sebab itulah kita disuruh untuk menuntut ilmu sepanjang umur kita. Ini kerana, banyak yang telah kita tahu, sebenarnya banyak lagi yang kita tidak mengetahuinya.
“Ilmu Pelita Hati”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
5 Ramadhan 1431/ 15 Ogos 2010 jam 12.30 tengah malam
Simposium Jangan Tinggal Daku di Universiti Malaya
Ubat HIV adalah antara keajaiban yang Allah kurniakan kepada manusia.
Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman
1 comment:
Post a Comment