Thursday, August 26, 2010

Diari 237 - “Kini, semua mampu untuk berkuda…”

Hari ini saya ingin bercerita mengenai kuda. Ia satu tunggangan sunnah yang digalakkan untuk kita mempelajarinya. Di dalam hadis Nabi SAW telah bersabda:-

" Belajarlah memanah dan menunggang kuda" ( Hadith Muslim)

Galakan baginda tersebut hingga baginda mengatakan bahawa :-

" Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda"

Di zaman Rasulullah lagi, baginda telah menggalakkan untuk membiakkan kuda sebagai tunggangan.

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Mengikut riwayat Darul Qutni, antara nama kuda Nabi ialah “Sanjah”. Ia sering ditunggangi baginda.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Di leher baka kuda Nabi ini terdapat, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya.

Jika kita memerhatikan kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut dileher kuda.

Di zaman Rasullullah juga, bagi meningkatkan kemahiran berkuda, Nabi pernah mengajurkan beberapa pertandingan berkuda.

Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."

Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."

Ketika zaman Saidina Umar R.A, Islam telah berkembang di serata dunia. Ketika inilah Saidina Umar telah memulakan era baru dalam dunia kuda atau equestrian. Banyak taktik dan teknik baru dipelajari dan di cipta dalam peperangan berkuda. Ketika itu juga, kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan.

Waktu ini, menunggang kuda adalah satu yang eksklusif hingga tidak ramai orang yang mampu untuk berbuat demikian.

19 Ogos 2010 jam 6.00 petang, saya telah dijemput di dalam majlis berbuka puasa sempena Ramadhan yang dianjurkan oleh MBSA bersama anak-anak Yatim sekitar Shah Alam di DIRC (Denai Alam Recreation and Riding Club) Shah Alam, sebuah kelab berkuda.

Melaui lebuh raya Guthrie, terdapat papan tanda ke DIRC ini. Saya sampai bersama dengan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mazalan Md Noor. Majlis berbuka puasa petang ini juga dihadiri oleh Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam dan warga MBSA.

Saya melangkah masuk ke dalam khemah majlis. Di sebelah kanan saya ialah kawasan kuda. Masakan di sini adalah masakan Nasi Padang dan tempat ini bersih dan menarik.

Apa yang lebih menarik lagi, kelab ini menawarkan sukan berkuda dengan bayaran yang mampu iaitu RM 30 sekali sesi.

“Kenapa murah dibandingkan dengan tempat lain, dan saya rasa yurannya sangat jauh berbanding tempat lain” tanya saya pada Aidi, pengurus di DIRC ini.

“Kita nak beri peluang kepada orang biasa untuk merasai sukan ini” kata Aidi pada saya.

Apa yang saya terus fikirkan?

“Mmm… ini bawa anak-anak Ijabah dan pesakit HIV yang dah ok sikit, bersukan di sini pun bagus ni” kata saya.

“Aaaa, kalau bilangannya ramai, boleh kira lain ustaz” kata Aidi.

Petang ini, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, berbuka  dan kemudian solat berjemaah.

Selepas solat Maghrib, kami semua berjamuan. Di ketika sedang makan, beberapa ahli Kelab termasuk anak Datuk Bandar Shah Alam mempersembahkan aktiviti berkuda dengan berbagai teknik. Memang menarik.

Anak-anak kecil yang berada bersama kami ternganga mulut melihat aksi sukan kuda ini. Majlis diriuhkan lagi dengan sekumpulan “Red Indian” yang keluar dengan permainan api.

Kali ini, anak-anak kecil kurang terhibur, mereka semua lari ke pangkuan penjaga kerana takut.

Kami semua kemudian solat isyak dan tarawih bersama dan selepas itu, saya diminta menyampaikan sedikit tazkirah. Saya menyampaikan tazkirah multi media sempena Nuzul Quran.

Banyak jemputan berbuka pada bulan Ramadhan ini, tapi di DIRC ini, memang agak unik sikit. Apa pun, kini, umat Islam sekitar Selangor berkemampuan untuk menyertai sukan sunnah ini dengan bayaran yang mampu.

Ia bukan sahaja baik dari segi agama, tetapi juga dari sudut kesihatan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Ramadhan 1431/26 Ogos 2010 jam 8.50 pagi

IMG_9882

Majis berbuka puasa anjuran MBSA bersama anak-anak yatim sekitar Shah Alam

IMG_9885

aksi Ahli Kelab

IMG_9890

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil ringkas

IMG_9904

Solat jemaah di kawasan yang disediakan

IMG_9897

Red Indian Malaysia….

IMG_9910

Ceramah Mutimedia Nuzul Quran

IMG_9924

Seperti biasa, di dalam ceramah saya, ia akan disudahi dengan sama-sama berselawat kepada Nabi SAW..

1 comment:

Rayz said...

Terima kasih ustaz kerana berkongsi ilmu berkenaan aktiviti berkuda ini. Saya terlepas pandang melihat aktiviti ini sebagai satu sunnah nabi memandangkan kos untuk melibatkan dirinya yang tinggi.

Kalau setakat RM30 rasanya dapatlah saya jadikan sebagai satu aktiviti anak-anak saya nanti.

Harap Ustaz dapat berkongsi telefon nombor pihak DIRC disini untuk kami hubungi.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...