Thursday, August 26, 2010

Sekilas 35 - “Apa nak jadi…………”

Saya tertarik untuk mengajak kita bincangkan isu ini. Ia saya dapati dari FB sahabat saya. Dan jika fakta tempat dan orang yang diberikan ini betul, maka inilah faktanya.

Pada 20 Ogos 2010 jam 9.30 malam, Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) memberikan sumbanganya di Surau al-Huda Kajang, dan dia berucap di hadapan Jemaah muslimin dan muslimat sekalian.

Saya ingin bahaskan dari 3 sudut.

1. Sebaiknya, AJK setempat perlu memberi tahu etika aurat untuk berada di kalangan muslimin dan muslimat terutamanya di dalam ruangan ibadah seperti di Surau ini. Kita perlu tegaskan adab dan keperluan menghormati Islam sebagai agama rasmi. Kalau kita orang Islam sendiri yang longgarkan ketegasan ini, nanti jangan terkejut jika ada orang kafir yang rendahkan Islam.

2. Saya cadangkan pada sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk meletakkan garis panduan kepada masjid dan surau. Dan saya yakin ia telah ada, maka seeloknya bahagian masjid dan surau JAIS memanggil AJK surau ini untuk dinasihati agar ia tidak berulang lagi.

3. Pernah di dalam satu majlis, Kekanda saya ustaz Jazlan di marah oleh penganjur yang juga mempunyai latar belakang agama kerana tidak bersalaman dengan seorang perempuan bukan Islam kerana perempuan ini orang besar.

“Ustaz takkan tak tahu perbahasannya, kan ada khilaf dan dibolehkan untuk menjaga keharmonian” kata ustaz ini.

Apa jawapan kekanda saya ustaz Jazlan.

“Syeikh, ilmu anta kata boleh, anta buatlah, ilmu yang ana belajar kata tak boleh…”

Dalam hal ini, kita boleh beri apa saja dalil yang membenarkan, kita boleh berikan apa sahaja hujah untuk membolehkan, tapi bagi saya yang jahil lagi daif ini, saya tidak bersetuju jika perkara ini berulang lagi.

Terpulanglah pada sesiapa sahaja yang membenarkannya. Bagi yang membolehkan, nanti di hadapan Allah, berhujahlah dengan keyakinan itu, jika memang ikhlas, semoga hujah itu mendapat keredhaanNya.

‘Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Ramadhan 1431/26 Ogos 2010 jam 9.20 pagi

45605_1453525429622_1577892724_1066913_5761084_n

Apakah ini kemulian bagi sesebuah surau di atas nama dakwah atau dari hakikatnya sedang Allah lakukan sebaliknya…. samalah kita fikirkan….

19 comments:

alihanafiah said...

Betul tu ustaz, kita bukan nak halang, tapi kita perlu ada ketegasan dan protokal khas untuk mereka menggunakan masjid atau surau supaya kemurnian Islam dapat dijaga...

mr edz said...

politik melebihi agama

Anonymous said...

Ustaz...adakah dengan hilangnya kekuatan Melayu nasib agama Islam di negara kita akan terbela...

Anonymous said...

Hanya mendapat sumbangan yang tak seberapa hilang maruah agama kita di dalam rumah Allah. Masayallah.. Apa Dah Jadi...

guest said...

mintak izin share artikel ustaz di atas..

boxhousestudio said...

ALLAH...segannya...

Yuana said...

erk...peliknya....
aduhai...

aliya said...

Assalamualaikum ustaz,
Dalam hal ini, saya lihat pihak yang amat perlu ditegur malah dibimbing semula adalah semua AJK surau berkenaan, yang lalai sehingga membenarkan wanita bukan Islam masuk ke ruangan ibadah dalam keadaan tidak menutup aurat.
Bagi wanita tersebut, mungkin dia sudah berpakaian sopan [mungkin dalam fikirannya, sudah tutup aurat yakni tak nampak kaki dan lengan]. Itu adalah persepsi kebanyakan wanita bukan Islam yang masih jahil tentang maksud menutup aurat serta protokol dalam masjid dan surau. Hanya penerangan serta garis panduan masuk ke dalam surau yang jelas dapat membendung perkara ini daripada berulang.

Pena Maya said...

salam..
tak tahu la nak cakap ape..
sebenarnya tahu nak cakap ape..
tapi bila benda camni jadi..
tak tahu nak cakap ape..

malu..
bosan..
meluat..
malaysia malaysia..
semua nak dipolitikkan..
bosan...

Anonymous said...

nie masalah nya kalu manusia kurang ilmu agama..ramai tahu islam tp hanya pada perkataan...tp mereka x mendalaminya...nnt sbb ini owang bkan islam akan memperlekehkan owang islam..nauzubilah

Pena Maya said...

http://baikiminda.blogspot.com/2010/08/siri-percutian-musim-panas-26-adakah.html

Anonymous said...

Salam Ustz, sila ke sini:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28397:tidak-faham-agama-punca-polemik-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Anonymous said...

“kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi.”

Anonymous said...

Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar (mengaji)pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

Anonymous said...

????kenapa pada pihak pembangkag dipersoalkan...
dan pada pihak pemerintah yang melakukan (mungkar), tidak di persoalkan dan tidak diperbesar2kan??? (semuanya boleh.) dan orang2 yang diberi oleh allah ilmu pun diam je macam setan bisu...nnti jawab la di hadapan ALLAH rabbulljalil..wallahua'lam

Anonymous said...

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

“Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

“Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Anonymous said...

pasal tak bertudung mingkin disebabkan kelalaian penjaga (pegerusi) surau tu...tapi dlm senyum kambing utusan kata masjid??? surau daaa..

Anonymous said...

Nie kerana ALLAH ke...Jaga periuk nasi....

Anonymous said...

setuju dengan panadangan ustaz...tidak lama lagi agama islamakan diperkudakan demi mencapai matlamat politik dan demi menarik sokongan..entahlah itulah jadinya bila agama diperalatkan