Thursday, August 19, 2010

Jawapan Pada Persoalan 115

Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan

ibuzahra, PJ Salam. Saya terasa seolah mungkin ada berhutang di antara kawan2 skolah dulu.

Bolehkah dilangsaikn dgn membuat sumbangan ke sekolah tersebut dgn niat melangsaikn hutang

jika ada yg berlaku berbelas tahun dahulu? 2010-07-17 9:50 AM

Boleh diniatkan begitu, tetapi jika terjumpa atau teringat dengan siapa kita berhutang itu

maka wajib dibayar semula

Lin Skrg ni ada pakej haji yg memudahkn plaksanaan haji, iatu bermabit hya seketika di Mina,tidak sampai 1/2 mlm. Sahke hajinya? 2010-07-17 8:40 AM

saya rasa jika dah pakej haji dari Malaysia yang buat, insyaAllah mereka akan jaga sah dan batal tu, sebab, semua perjalanan dipantau.

Lin Salam, org kafir nyata tempatnya dineraka. Adakh mereka menghadapi azab kubur sebelumke neraka? 2010-07-17 8:36 AM

Menurut hadis, azab kubur itu ada tanpa menafikan orang kafir terlepas

zaza apa hukum menjual makanan ringan kedapa kanak2 yg dtg ke masjid.orang ygmenjual perempuan dan miskin.menjual b'hampiran masjid.apa hukumnya? terima k2010-07-16 7:51 AM

Boleh tapi jangan sampai menganggu jemaah yang ingin menunaikan ibadah, jangan sampai bersepah masjid dan kenalah minta izin dengan AJK masjid dulu.

NUR Salam ustaz.. sy nak tny, kekadang bila tengah sapu lantai,ada tahi cicak kering danmelekat kat lantai, jadi bila masa mop lantai.. tahi cicak tersebut ada lagi. Adakah kesan tahicicak tersebut tersebar ke seluruh lantai menggunakan mop yg sama? 2010-07-19 12:21 PM

Ya, najis itu boleh tersebar dengan mop itu tadi. Caranya, bersihkan dulu tahi cicak tu dengan cara membersihkan najis, kemudian baru mop.

Zaleha Abd Aziz Salam. Ustaz, saya anak murid Ustaz dr kuliah, Mesjid Tengku Klana. Bgmnsaya nk dptkan artikel yg Ustaz paparkan bertajuk Isra' Mikraj pd 15/7/102010-07-19 10:48 AM

Ada dalam artikel terdahulu, cuba cari, kalau tak ada, insyaAllah nanti saya tuliskan balik

Guest ustaz, di manakah Maahad Sains al-Quran al-Amin? boleh bagi contact details. Saya tanyakelayakan untuk masuk ke Maahad Sains Al-Quran? Umur murid dari berapa tahun ke berapa keberapa tahun? 2010-07-19 5:58 AM

MASAA sekolah menengah di Sunway Selangor, kemasukkan temuduga. Yang penting quran lancar dan lulus temuduga. Kita tak ambil ramai sebab tempat terhad.

asranaziz Bagaimana cara mencuci dan menanam uri bayi mengikut islam. Mohon penjelasaustaz 2010-07-19 4:05 AM

bersihkan darah dan tanam di tempat selamat agar tidak digali oleh binatang.

Guest, Salam.. Ust, kita dh berniat solat jamaq takhir (zhr/asar) tp sampai kmpung pkul 2.30wktu ada lg so adakh kita perlu ikut niat @ bole buat jamaq taqdim? 2010-07-19 2:43 AM

boleh

Guest salam ustaz apekah hukum dua imam dlm 1 masjid dan 1 ruang yg same..1 imammengimamkan solat mgrib 1 lg imam mengimamkan solat musafir?? 2010-07-19 8:02 PM

segi adab, kena tunggu yang satu habis baru boleh mula yang satu lagi

Guest assamulaikum ustaz bleh x sy nk tanya solat jumaat dilakukan bersama2 solat zohor syharap ustaz dpt jawab sy punya pertanyaan ye. 2010-07-19 6:30 PM

saya tak faham soalan ini. Tapi saya cuba andaikan soalan ini.

Jika yang bertanya perempuan, maka, kalau dah ikut solat jumaat, maka tak perlu lagi zohor

missy salam ustaz..betul ke bulu kucing yg terpisah dr badannya najis? jika ya, bagaimana carautk sucikan? sy mmg slalu m'dukung kcng, n bulu melekat d bj. 2010-07-19 6:26 PM

Memang ada beberapa pendapat, kibaskan bulu kucing itu semampu yang dapat, kalau memang susah nak jaga, maka dimaafkan

syaznaim ustaz...nape org slalu tggalkan slat?? kenapa ustaz??? 2010-07-19 4:36 PM

kena tanya orang tu, saya tak tahu apa alasan dia, mungkin pasal malas, pasal nak rasa api neraka. Pasal tak tahu solat dll….

Akiell Salam ustaz, mohon izin utk sebarkan ilmu y terdpt dlm blog nie tuk tujuandakwah..jazkallahu khairan kathira 2010-07-19 3:02 PM

Silakan

Akiell Assalamualaikum ustaz apa maksud mimpi mengimamkan solat? 2010-07-19 1:30 PM

Dah kena jadi imam betul tu.., paling kurang pada anak

az-zahrah salam ustaz.. mohon link ustaz nye bolg ke fb sy yer? 2010-07-19 12:33 PM

Silakan

az-zahrah salam.. ustaz bila masa nya mimpi itu mempunyai maksud2 tertentu?2010-07-19 12:24 PM

tidur dalam keadaan berwuduk

Guest Ustaz,apkh maksud mimpi ank di perkosa? 2010-07-22 3:57 AM

Ada kerisauan

Guest salam, ustz sy bemimpi becumbu dgn istri org bla tejaga sy trus megucap 2kalimat apamaksud mmpi sy,sy x nk mimpi ni jd kenyataan 2010-07-21 11:01 PM

ada salah yang kita tak perasan

hamba allah salam ustaz sy nk dah wt slh yg pling besr dlm hdup.saya wt mak ngn ayah sytluka,sy sktkn hti mrka.apa yg ptt sy lkukn skrng, 2010-07-21 5:11 AM

Minta maaf dengan mereka dan taubat jangan ulangi lagi

Guest salam ustaz .. saya selalu mendgr bisikan yg mengatakan yg sy akan mati semasa solat..adakah itu gangguan syaitan 2010-07-20 3:37 AM

Allahualam

Guest.salam ustaz ustz adakah, bila kita nak ssuatu tapi byk sgt dugaan yg kita tempuh, adakahini tandanya Allah tak mengizinkan kita utk mendptkannya? atau memang Allah nak kita usaha/duga kita utk mendptkannya. 2010-07-20 3:33 AM

teruskan usaha, hikmah akan ditunjukkan pada kita nanti

NS Salam, ustaz, kalau kita download lagu dlm internet, apakah hukumnya?2010-07-23 3:58 AM

Dengar lagu itu pun suatu perbuatan yang melalaikan dah..

rumah razak salam ustz...btui kea owg yg tinggl slat jumaat tiga kli berturut2 x tampa uzur...blhjdi murtad...dan klau blh ustaz tlng bgi dalil sekli.... 2010-07-22 10:47 AM

ye, boleh jadi kafir. Nak dalil, beli kitab hadis dan feqh, belajar rujuk kitab..

Guest assalamualaikum.saya seorg surirumah yg tiada pendapatan. saya tersangat inginbersedekah.bolehkah saya menggunakan duit pemberian suami utk bersdekah2010-07-22 7:24 AM

Boleh

ummu zaid salam ust, apa hukum beli barang secara ansuran yang bayarannya melebihi denganharga secara tunai? 2010-07-24 1:39 AM

jika lebihan itu sebagai bunga, maka haram sebab riba

Jen Apa mkna hdis 'ssgghny aku d larang mbaca Al-Quran wktu rkuk ktka sdg rkuk, agungknlhRabb sdgkn wktu sjd bsggh2 dlm bdoa mka doamu lyk dkbulkn utkmu 2010-07-23 5:34 PM

Jelas dah tu maksudnya..

Guest salam,ustaz pernah dengar hadis al ifki? 2010-07-23 8:38 AM

Kisah Aisyah difitnah

Guest mimpi suami kahwin di mekah tanpa plan.suami balik n sy kena siapkn bilik smentara utkisteri ke2 itu dn tgu dia smpai..sy sgt sedih..apa maksud ustz? 2010-07-23 8:31 AM

terlalu sayang suami le tu. Jangan terlalu sayang, lebihkan sayang Allah, sayang manusia itu rapuh..

guest ustaz,blh ke ambil gambar dengan orang bukan mahram 2010-07-23 8:25 AM

kalau mendatangkan fitnah elok jauhkan

missy salam ustaz..adakah duit yg disedekahkn kpd si mati ketika org dtg melawat jenazah dikira duit wasiat? 2010-07-23 6:10 AM

tidak

Guest ustaz...apa faktor kemajuan sains & teknologi islam dlm zmn andalus2010-07-23 4:08 AM

Iman

nuranie... apekah petua2 ustaz untuk yg sering hilang daya tumpuan dalam kelas????2010-07-25 2:32 PM

Tidur kena cukup, makan kena jaga, dan kalau kelas aircond, memang jadi faktor mengantuk.

SJ bagi perhatian dlm klas la.. 2010-07-25 5:50 PM

nur adakah sah nikah (secara rahsia) di kelantan dgn berwalikan ustaz dari ng thai,tetapi siwanita masih mempunyai wali? 2010-07-25 1:47 PM

1. tengok adakah tempat tinggal pengantin lebih dua marhalan 2. Tengok, adakah ustaz dari Thailand itu ada kelayakan untuk menjadi wali hakim.

Takut dia tidak ada kelayakan, maka nikah tak sah

nur arina apakah hukum-hukum dan cara mandi hadas mengikut hukum islam2010-07-25 11:24 AM

Niat dan ratakan air seluruh badan, jaga dan masukkan air pada 7 lubang

1. hidung,

2. mulut

3. telinga

4. pusat

5. qubul dan dubur

6. kuku

7. daging yang berlipat

syahira salam ustaz.. apa yg perlu dilakukan dgn duit dari hasil sedekah org kg semasa haripengkebumian arwah opah saya... boleh kah digunakan utuk sedekah pd penggali kubur, nkenduri tahlil arwah 2010-07-25 7:16 AM

Boleh

adriana apa hukumnya memakai purdah kemudian membukanya...adakah sampai di tahapharam?? 2010-07-24 11:24 PM

hukum asal tidak, tapi lihat pada suasana

Guest apa hukum seorg isteri minta fasakh setelah suami meninggalkan isteri dan anak tanpasebarang duit dan melarang berkerja yg kurang dr 3 bln? 2010-07-24 4:46 PM

fasakh boleh diminta jika perkahwinan ada mudharat, kalau suami tinggalkan isteri, mohon taklik

Wallahualan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

9 Ramadhan 1431/ 19 Ogos 2010 jam 12.15 tengah hari

6 comments:

syamsiyah said...

assalamualaikum ustaz..
sye ada beberapa soalan yg hendak di tanya..

1.selepas balik trawih,sya menjahit smpai lewat mlam.. sebelom tidur, boleh x sye mlakukn solat2 mlm dan tahajud tnpa tidur trlebih dahulu..
2.slepas tgok rncangan tnyalah ustaz tiap2 pagi, boleh x sye buat solat sunat isyrak dan dhuha..
3.slpas solat sunat dhuha, bleh x sye buat solat lain sprti solat istikharah, dan hajat....

azua said...

Salam ustaz, sekiranya setiap kali 10 hari terakhir bulan ramadhan seorang wanita uzur syarie,apakah peluang beliau merebut kelebihan mlm lailatulqadar sedangkan byk ibadah solat sunat, membaca quran tidak dapat dapat dilakukan...bolehkah dia bangun juga tengah malam hanya untuk berdoa dlm keadaan uzur?

nuriman said...

assalamualaikum ustaz,

Tiga gigi geraham sblh kiri ats satu rosak sikit dan 2 gigi lagi baik (dalam keadaan realiti)

dalam mimpi pula yang satu rosak tak berubah dan 2 gigi dalam keadaan baik makin bertambah cantik dan putih apakah maksudnyer ustaz?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz
apakah hukum memakai inai ukiran haiwan? sah x solat n puasa?

Anonymous said...

salamustaz.. sya syamsiyah
soalan sya..
1.imim buat trawih 3 rakaatjemaah prmpuan bsmbhyg 2 rakaat.. tp, jemaah laki m'ikut imim 3 rakaat... mcmana tu??
2.org yg ada btuk yg bertrusan smsa smbhyg..
3.org yg selsema,mggangu jemaah lain dgn bnyi(mnyedut hingus)nafas
4.slps trwih,sya mnjahit shingga lwat mlam.. boleh x sya trus buat solat tahajud,taubat,dan hajat sblum tidur, takot tertidur trus nanti..
5.slpas tgok tnyalah ustaz, boleh x sye buat solay sunat isyrak, pas tu trus buat solat dhuha@buat dhuha aje..
6.org yg smbhyg ,mukanya lapik dgn telekung sndiri.
7.org prempuan yg uzur jtuh 10 mlm t'akhir ramadhan.. adakah mlm lain yg bleh diamalkan??
8.kadang kala sya keliru,sewaktu hndak solat b'jemaah.ada darah(mcm darah nyamuk) yg kering di telekung, imam dah takbir ratulihram,sye nak kena bsuh ke @truskan aje??

haikal star said...

Asslamualaikum ustaz .. Saya mohon pencerahan...
Apakah maksud bermimpi melaungkan azan?
Apakah maksud bermimpi mengimamkan solat dan tiba2 tersungkur seolah - olah meninggal dunia ?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...