Friday, August 13, 2010

Diari 235 – Pun Ramai Orang Datang….

Sejak saya bergelar Mahasiswa lagi, saya dan beberapa orang sahabat memang suka pergi ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur ketika majlis sambutan hari Merdeka ataupun sambutan tahun baru.

Di samping melihat bunga api, kami suka menyampaikan kertas kecil berisi tazkirah kepada sesiapa yang kami temui.

Itu hujung tahun 90an di mana waktu itu, sambutan hari kebesaran tidak banyak di tempat-tempat lain.

Di abad baru ini, banyak sambutan hari kebesaran dibuat. Ada di KLCC, ada di Sunway Pyramid dan di tempat-tempat lain,

Walaupun banyak sambutan keraian di tempat-tempat lain, ia tidak mengurangkan bilangan pengunjung di Dataran Merdeka. Di tempat baru pun penuh orang, di tempat lama pun tidak kurang.

Ini bermakna, semakin banyak konsert hiburan dianjurkan, maka semakin banyak orang yang menghadirinya.

Kala ini Sabtu, 7.8.2010, saya dijemput untuk memberikan ceramah di Muzium Selangor. Saya dijemput oleh sahabat-sahabat dari JAIS.

Kehadiran pagi ini amat baik. Setiap pagi sabtu di Muzium ini diadakan ceramah agama oleh dua orang ustaz jemputan. Dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.00 pagi kemudian rehat 20 minit dan disambung lagi sejam oleh ustaz jemputan yang lain.

Saya melihat ramai yang hadir dengan membawa buku catitan, ada yang merakamnya dengan alat perakam suara dan ada yang merakam dengan video.

Ada yang datang dengan keluarga dan anak-anak dan ada yang datang dengan kawan-kawan. Pendengar pagi ini terdiri dari berbagai peringkat usia, ada yang muda dan ada yang tua.

Saya diminta untuk membawakan konsep ibadah di dalam Islam.

Apa yang membuat saya terseyum senang ialah melihat kehadiran yang ramai. Entah dari mana mereka datang saya pun tak tahu.

Sebenarnya, jika kita mengajurkan program yang baik, akan ada juga orang yang datang. Kalau kita menganjurkan program hiburan juga, akan ada orang yang datang.

Kedua-dua jenis program ini tetap akan ada pengujungnya.

Jadi, jika kita banyak menganjurkan program hiburan pun ada ramai orang, jika kita mengajurkan program ilmu pun ramai orang, kan lebih baik kita banyak menganjurkan program yang baik.

Jika selalu dibuat, akan ada orang yang menjadi semakin baik kerana bicara ilmu dan iman akan menyebabkan seseorang itu menjadi baik.

Apabila ilmu menyinari hati, iman menyinari kalbu, sudah tentu sinaranya akan memancar ke seluruh tubuh.

Jika ilmu itu menyedarkan seseorang dari kelalaiannya, ia ibarat setitis pewarna yang menitis pada segelas air jernih. Ia akan menyerap dan menukar air jernih tadi menurut warna yang dititskan.

Kala itu, segals air jernih tadi telah bertukar warna.

Itulah ibarat orang yang mendapat keimanan. Ia mendapat celupan iman dari Allah. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Shibghah Allah Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

'Shibghah' artinya celupan. Shibghah Allah: celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan. (surah al-Baqarah ayat 138)

Jadi, usaha memperbanyakkan program yang baik perlu diperhebat, kerana ia tetap ada pengunjungnya. Dan semakin banyak kita mengajurkan program baik, insyaAllah, semakin banyak orang yang akan menjadi baik, amin…..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Ramadhan 1431/ 13 Ogos 2010 jam 11.30 malam

IMG_1657

Ceramah dibuat di ruang legar di Muzium dan perpustakaan.

IMG_1653

Tajuk perbincangan hari ini ialah “konsep Ibadah”

IMG_1654

kakak dan makcik yang khusuk menyalin kuliah

IMG_1660

di satu sudut

IMG_1662

Di akhir dengan doa

IMG_1663

Buat majlis maksiat pun ramai, buat majlis agama pun ramai, lebih baik buat majlis agama, kerana ia memberi kebaikkan pada diri, keluarga dan masyarakat.

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...