Monday, August 2, 2010

Diari 234 – Majlis di Kelapa Sawit

“Ustaz jangan gelak tau” kata ustazah Intan yang menjemput saya ceramah di Sekolahnya.

“Gelak kenapa?” kata saya hairan.

“Tak ada apa, saja nak jemput ustaz ni, ceramah kat sekolah saya, Sekolah Kelapa Sawit” kata Ustazah Intan lagi.

“Betul ke ni?” kata saya macam tak percaya nama sekolah ini.

Rupanya betul. Kebetulan nama kawasan yang terletak di Kulai ini ialah Kelapa Sawit, jadi sekolah menengah di sini diberi nama sekolah menengah Kelapa Sawit.

Guru-guru di sini ramah orangnya. Program di sini adalah sempena dengan sambutan Isra’ dan Mikraj, sambutan di sini begitu meriah, hingga kepada tumbangnya seekor lembu dan seekor kambing.

Saya sampai ke sekolah ini waktu malam lagi bagi memudahkan untuk program pagi esoknya.

Pagi ini 30 Julai 2010, sekitar Kulai disimbahi dengan hujan yang agak lebat. Biasanya, hujan tanpa guruh seperti ini memang agak lama.

Apa pun, ceramah multimedia Isra’ dan Mikraj ini, menjadikan saya cukup gembira kerana dapat berkongsi dengan semua pendengar mengenai perjalanan Isra dan Mikraj Nabi ini.

Biar pun jauh, yang penting adalah penghayatan pada peristiwa ini.

Satu lagi yang ingin ucapkan mengenai majlis hari ini ialah,

“Mmmm, masakan daging kambingnya, memang sedap…. :)”

 

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

21 Sya’ban 1431/ 2 Ogos 2010 jam 1.20 tengah hari

IMG_0315

Kita kongsikan amalan orang di sini, kalau kenduri dan gunakan gas secara jangka masa yang panjang, kena rendam dalam air, kalau tidak nanti dalamnya beku

IMG_0326

Malam ini, bermalam di hotel yang disediakan

IMG_0340

Kumpulan nasyid sekolah memulakan acara

IMG_0348

Ceramah mengenai Isra dan Mikraj

IMG_0355

Datin guru besar

IMG_0357

Kalau dulu, Nabi kena baling dengan batu, sekarang pendakwah kena baling dengan makanan, itupun, malas dan berkira untuk berdakwah

IMG_0364

Kenangan bersama guru.

IMG_0344

Ceramah di Kelapa Sawit

1 comment:

Anonymous said...

salam ustaz,
Terima kasih diatas perkongsian ilmu yang ada dalam blog ini.
Sangat unik nama tempat itu...Kelapa Sawit..hihi..


-norazura-

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...