Thursday, February 10, 2011

Universiti Kehidupan 186 – Kualiti Anak Soleh Semakin Kurang….

Rabu 10 Febuari 2011 jam 9.00 malam, saya bertolak ke Muar Johor bersama krew Usrah TV9 bagi pengambaran program Usrah.

Program kali ini akan dirakamnya bersama mangsa banjir di Johor. InsyaAllah, kita akan kupaskan hikmah dari kejadian yang berlaku.

Saya berhenti di Seremban untuk mengisi minyak… telifon saya berbunyi menandakan satu massage telah masuk.

Saya meneliti massage ini…

“Tolong hubungi saya selepas solat nanti. Saya menunggu…”

Selepas mengisi minyak, saya menghubungi nombor penghantar massage ini, saya kenal penghantarnya…

“Assalamulaikum, ye.. apa boleh bantu ye…” kata saya memulakan perbualan dengan gaya bahasa seperti operator Telekom Malaysia.

“Walalaikumsalam ustaz… ustaz, saya ada satu perkara, terus saya teringat ustaz..” kata hamba Allah ini.

Saya agak terkejut…

Rupanya, ada seorang hamba Allah yang umurnya hampir 70 tahun, ditinggalkan oleh isteri dan anak di dalam satu hospital di Lembah Klang ini, dengan keadaan uzur, memerlukan rawatan buah pinggang dan berbagai penyakit lagi.

“Saya dan beberapa orang yang tahu yang tolong belikan pampers dia ustaz” kata orang ini lagi.

Hamba Allah yang sakit ini telah diminta pulang tetapi dia tidak tahu mana nak pergi dengan keadaan uzurnya itu.

Subhanallah, mana anak-anak dan isteri?

Dalam keadaan ini, anak yang menghantar ibu ayahnya ke rumah orang tua lebih ringan keadaannya dari orang yang meninggalkan ayahnya di hospital yang kemudiannya tidak dihiraukannya.

Tapi beginilah akhir zaman. Kualiti anak yang soleh dan solehah semakin rendah. Mana silapnya?

“InsyaAllah, saya dalam perjalanan ke Johor ni, malam Jumaat saya balik, boleh tak beritahu pihak hospital, hari Jumaat baru boleh kita uruskan hamba Allah ini” kata saya mencadangkan.

“Ye, boleh ustaz, nanti esok saya akan bincangkan dengan pihak hospital, insyaAllah hari Jumaat nanti kita urus ye” kata orang yang berhati mulia ini pada saya. Walaupun umurnya juga sudah senior, tetapi hatinya sentiasa berusaha untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“InsyaAllah” jawab saya ringkas.

Semoga Allah mengurniakan kita anak yang soleh dan solehah yang akan membela kita ketika kita telah tua, dan semoga penghujung hayat kita, Allah jemput dengan mudah tanpa menyebabkan orang merasa terbeban dengan keadaan kita, amin…

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Muar Traders Hotel Johor

7 Rabiul Awal 1432/ 10 Febuari 2011 jam 1.15 pagi

4 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Pembetulan : Telekom Malaysia.

Mengeja pun dah macam orang umur 70 tahun dah.

naisse said...

....terkedu sebentar..

Anonymous said...

SALAM USTAZ.
NAK TANYA TTG STATUS PERNIAGAAN PELAMIN PENGNATIN?

Anonymous said...

AstagfiruAllah...dunia memang nak kiamat.. :'(

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...