Tuesday, May 3, 2011

Bicara Ilmu 31 – “Tanyalah Ustaz - Dilema Rumah Tangga..”

Alhamdulillah, pada 22 hingga 24 April 2011 saya memenuhi program “Tanyalah Ustaz” bertajuk “Dilema Rumah Tangga”.

Secara jujurnya, memang terlalu banyak kisah-kisah rumah tangga yang menjadi persoalan, dan ia memberitahu kita bahawa kualiti rumah tangga orang sekarang sudah jatuh berbanding zaman datuk-datuk kita terdahulu.

Selang dua hari setelah program “Tanyalah Ustaz” saya telah pergi ke Krabi Thailand memenuhi rakaman “Usrah” dan selama 4 hari berada di Pulau.

Setelah pulang ke tanah besar dan berpeluang membuka email dan facebook, hampir 300 soalan masuk ke dalam ruangan dan kebanyakkannya mengenai rumah tangga.

Jadi, sudah tentu saya tidak mampu untuk memberkan jawapan segera terhadap semua soalan yang dikongsikan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih pada yang bertanya dan insyaAllah saya akan jawab, cuma agak mengambil masa sedikit.

Kesempatan ini ingin saya kongsikan isi penting di dalam perbincangan “Tanyalah Ustaz”

Mengenal bisikan Syaitan di dalam rumah tangga:-

1. Bisikan jemu,

Mengeluh, ada aje tak kena, cakap dah tak lembut

2. Bisikan tidak hormat

Marah-marah, maki-maki

3. Bisikan sangka buruk dan cemburu

4. Bisikan tak bertimbang rasa

Ungkit-ungkit dan menyakitkan hati

Sayidina Umar r.a mengatakan bahawa :-

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا

Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum kamu di hisab. Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan di dalam memandang.

1. Betulkan cara memandang perkahwinan

i. Rumah tangga mengalami perubahan – dari bujang kepada berdua, cara hidup kena berubah dan tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau dulu waktu malam asyik main futsal, sekarang sudah berkeluarga, sudah kena kurangkan. Bagi isteri sudah kena belajar masak

ii. Perkahwinan tidak selamanya indah - sedangkan lidah lagi tergigit, jadi kita kena berusaha meningkatkan kemahiran di dalam menangani pergaduhan dan pertikaian di dalam rumah tangga

2. Betulkan cara memandang suami/isteri

i. pasangan memang berbeza – orang lelaki dan perempuan tidak sama lebih-lebih lagi jika latar belakang tak sama. Kita kena akui bahawa pasangan tidak sama dan akan sering berlaku pertembungan pemikiran. Apa yang penting adalah buang yang keruh ambil yang jernih

Lebih-lebih lagi perkahwinan yang melibatkan berlainan bangsa.

ii. jangan harap tinggi pada pasangan

Walaupun dia nak pergi haji beberapa kali, bukan bermakna pasangan telah baik segi akhlak dan perangai. Dia ada kelemahan yang perlu kita bantu.

iii. kenali mazmumah pasangan

Ada orang yang kalah dengan pangkat, ada yang kalah dengan perempuan cantik, ada yang kalah dengan harta. Jadi sehebat mana orang, kalau mazmumahnya (kelemahannya) terdedah, biasanya dia akan tumbang. Jadi setiap perlu tahu kelemahan diri dan pasangan mereka.

Jika tidak, itu yang terjadi isteri kecewa suami tengok video lucah, suami usaha harta haram dan sebagainya.

3. Betulkan cara memandang kesalahan

1. Degree salah

Tidak semua kesalahan itu degree atau tahapnya 100 peratus dari suami atau isteri. Ada terjadi, suami cari perempuan lain keran isteri tidak pandai layan suami.

Selalunya kita terus letak 100 peratus kesalahan adalah dari suami atau isteri semata-mata tanpa jujur melihat sumbangan kesalahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

2. tak nafi mungkin ada faktor sihir

Kena berubat dan kadang kala, pergolakan suami isteri bukan besar, tapi jadi besar kerana ada faktor sihir.

Selain itu, dua perkara kena jaga:-

  1. Jangan marah pasangan depan orang lain
  2. Jangan mengeluh mengenai pasangan depan orang lain

4. Betulkan cara mendengar

i. bisikan syaitan, jangan di layan bisikan.

ii. nasihat orang yang salah sama ada diri ibu ayah/ kawan-kawan dan kadang kala oernag sekeliling kita

Ini di antara isi penting perbahasan pagi ini, semoga Allah terus pelihara keluarga kita semua amin...

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Sungai Rengit Pengerang Johor

2 Mei 2011 jam 12 tengah hari

IMG_9029

Banyak soalan yang dapat dikongsikan di dalam tajuk “Dilema Rumah Tangga”

IMG_9026

IMG_8982

Tanyalah ustaz sekarang ada set baru :)

IMG_9054

Hari kedua tanyalah ustaz,  Sabtu 23 April, setelah tamat “Tanyalah Ustaz” saya memenuhi program “Promise” membicarakan asas akidah di Perpustakaan Shah Alam

IMG_9109

Hari kedua tanyalah ustaz,Sabtu 23 April 2011 jam 2.30 petang, saya bersama dengan mahasiswa/i dari Fakulti Pergigian UiTM di Balai Islam UiTM

IMG_9099

IMG_9112

Pengarah Program, mahasiswa pergigian dari Iraq

41 comments:

suryani_shukri said...
This comment has been removed by the author.
suryani_shukri said...

salam..saya ada masalah disebabkan perselisihan faham antara suami dan adik lelaki saya..dalam keadaan marah suami saya berkata lepas ni jangan tolong adik saya lagi,kalau tolong juga,talak 3..saya menangis sambil bertanya kepada suami adakah dia berniat..kemudian katanya dia tidak berniat begitu kerana terlalu marah..apa hukumnya? jika satu hari nanti saya menolong adik saya, adakah terjatuh talak ke atas saya? saya pohon ustaz untuk selesaikan masalah saya..

zahidah said...

salam.
saya nak tanya bagaimana kita nak menasihati suami kita jika dia buat silap seperti tidak menunaikan solat jumaat sebanyak 2 kali kerana tertidur keletihan.sedangkan saya ni seorang ustazah.kadang2 dia tidak menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak2.saya jadi pening tak tau nak cakap macam mana.

Anonymous said...

Asslamualaikum ustaz

Salam Aidilfitri. Saya mengalami masalah yang agak sukar untuk saya jelaskan. Apakah cara terbaik untuk saya berkomunikasi secara langsung dengan ustaz?

Katrina said...
This comment has been removed by the author.
Katrina said...

Assalamualaikum Ustaz,

Jika tidak keberatan saya harap ustaz dapat membantu saya dalam masalah saya. Saya tak tahu kenapa, setiap kali saya jejakkan kaki ke rumah saya, perasaan sedih, kecewa dan tertekan akan menyelubungi saya. Saya mudah marah walaupun atas perkara kecil. Saya juga jadi berat untuk bersolat..kadang-kadang seperti memaksa diri untuk bersolat.

Saya pernah cuba untuk berubat kerana jodoh lambat, dan menurut ustaz itu, ada benda yang menghalang..yang membuatkan orang melihat saya sekejap ok sekejap tidak. Saya juga sering terasa kehadiran sesuatu bersama saya, dan saya pasti benda itu mempunyai figure seorang lelaki.

Saya harap sangat ustaz dapat membantu..

terima kasih.

Anonymous said...

salam.. ustaz saya nak tanya pendapat ustaz..
saya ada berkawan dengan seorang lelaki dan kami berharap dipertemukan jodoh satu hari nanti.. saya tahu saya tidak boleh berkawan dgn org lelaki. sya telah cuba melupakan dan menjauhkan diri daripadanya ttp masih tidak berjaya. saya tidak boleh berkahwin krn masih belajr. apa pndapt dan cdagn ustaz tuk selesaikan masalah saya?
boleh atau tidak saya berkwan dengannya?

Anonymous said...

assalamualaikum.ustaz saya mntak halal sb copy link ustaz ni..tme ksh :)

syafinaz said...

Assalamualaikum ustaz..
saya hendak bertanya macam mana hendak menegur suami agar solat?suami saya jarang solat bl saya tegur baru solat tu pun sekali saja kadang-kadang dia buat tak tahu bila saya tegur..

syafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,

harap ustaz dapat memberi nasihat dan cadangan yang sesuai supaya masalah kami dapat di selesaikan.
saya berkahwin sudah hampir 8 bulan dan masih belum mempunyai zuriat.kami tinggal serumah dengan mertua saya kerana ibu mertua sudah tidak mempunyai suami dan suami saya adalah anak tunggal dalam keluarga itu.masalah saya adalah
1- setiap kali kami suami isteri bermesre2 ibu mertua akan terasa hati
2- kami bercadang untuk pergi honeymoon setelah usia perkahwinan kami baru sahaja 7 bulan.malah ibu mertua saya marah dan macam tidak mengizinkann kami suami isteri keluar rumah
3- mak mertua saya seolah-olah cemburu dan dengki terhadap kedatangan saya di dalam keluarga itu
4- mak mertua saya telah mengeledah bilik saya
5- suami pula tak pernah nak paham masalah saya dan selalu menyebelahi mak dia
6- bila kami suami isteri keluar untuk jalan2 seakan kami tiada masalah.dan tak ada rasa nak marah.
7- bila kami berdua masuk je rumah.kami berdua panas.2 2 nak marah dan ade je yang tak kena.
8- bila saya ambil keputusan untuk keluar rumah itu dan tinggal di rumah lain.suami marah dan tak bagi..sedangkan saya stress dan asik menagis sampai saya tak boleh nak mengandung di sebabkan stress yang teramat sangat..saya kalau boleh memang mahu keluar dari rumah itu dan tinggal berdua dengan suami supaya hubungan rumah tangga kami akan bertahan lama..tolong la ustaz bagi cadangan dan nasihat kepada masalah saya ini..

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin tanya ustaz bagaimana caranya untuk halang suami dari melihat cerita lucah? Saya sudah berulang kali nasihat pada dia tapi suami saya tetap berdegil. Padahal saya sudah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kami kerap bersama jika dia mahu. Saya bagi. Tapi tak tahu apa yg kurangnya saya. Saya tak mahu suami saya lihat perempuan lain punya aurat. Saya sayangkan suami saya ustaz. Dan jika saya ingin menasihatkn lebih tak boleh sebab saya bukan nya alim ustaz. Sebagai seorang wanita saya amat kecil hati dengan suami seperti ini. Seolah olah tak di hargai. Jika saya stalk hp or pc dia mesti ada yang dia lihat. Saya ni pakar juga pasal komputer jadi saya tahu mana mahu lihat apa dia tengok. Sudah beberapa kali saya nasihatkab tapi masih berlaku lagi. Dan kali ni saya hanya mampu berdiam diri kerana takut2 dia benci kan saya bila asik cerita pasal ni saja. Saya harap ustaz dpt beri nasihat.

Anonymous said...

kalo suami tgk cerita lucah dihp atau komputer..cara atasi : doakan suami supaya berubah.bangun sepertiga malam terakhir solat taubat dan mintalah pada Allah sebab Allah yg memegang hati manusia.. kedua, setiap kali time yang u rasa dia buat benda tu,buka radio atau laptop bacaan zikir atau alquran.amalkan selalu supaya dia malu sendiri,ataupun masa dia buat benda tu,u masuk bilik,solat dan baca alquran kuat2 supaya suami dgr.. kalo dia ada iman pasti dia malu dan perlahan2 akan kurangkan aktiviti tu..wallahualam

Anonymous said...

Salam, ustaz.
Mohon nasihat ustaz berkenaan masalah saya yang berstatus suami dengan isteri orang. Segalanya bermula 11 tahun lepas apabila saya bekerja disebuah syarikat milik warga Singapura di Shah Alam. Hanya saya dan seorang kerani akaun yang juga berstatus isteri sahaja yang berketurunan Melayu. Semasa bekerja , saya dapati kerani tersebut mempunyai ikatan persahabatan dengan pekerja lain yang amat baik terutamanya dengan seorang mekanik berbangsa India. Perhubungannya amat baik sehingga menjadikanya tidak elok dilakukan oleh seseorang yang berstatus isteri orang. Tujuan asal saya adalah untuk mengelakkan perhubungan tersebut kerana tidak sesuai disamping saya berasa malu sebagai lelaki melayu yang bekerja disitu. Untuk memendekkan cerita, daripada tujuan asal untuk kebaikan , ianya bertukar kepada bukan untuk kebaikan. Kerani tersebut telah jatuh cinta kepada saya dan saya menurutinya sahaja. Saya merasa amat sedih kerana hubungan tersebut amat akrab kecuali kami tidak sampai kepada berzina walaupun berkesempatan. Apabila tersedar saya mengambil keputusan untuk bertukar kerja ketempat lain dengan tujuan untuk mengelakkan terjadinya zina walaupun sebenarnya kami berdua menginginkannya. Selepas berpisah sehingga ke hari ini, saya amat menyesal diatas apa yang telah berlaku. Hubungan kami menjadi tidak baik selepas saya bertukar pekerjaan sehinggalah kehari ini dan saya tidak pernah menghubunginya lagi. Mohon nasihat apakah yang perlu saya lakukan. Terima kasih ustaz.

Anonymous said...

salam.....ustaz.saya ade mslh kluarga antara suami.mslh sy suami tak prnh nak solat.sllu nak salahkan sy aje apa mslh pun yg dtg,walaupun dia yg salh.sllu jatuhkan maruah sy dpn kwn2.tggngjawab sllu diabaikan,apa lagi duit ringgit,klau nak beli ape jawapan yg saya trma asyik duit tak de je.belanja kawan2 ade pula duit.pernah pergi makan dia suruh sy bayar.nasib baik dlm beg ade duit klau tdk malu saya.dia ni kira beruntung sejak kahwin tak pernah satu sen pun dia kasi duit dekat sy apa lg nak beli keperluan barang sy tak pernah nak hulur.smuanye duit sy sendiri.kereta pun duit sy yg dia thu bawa aje yg dia suka.duit anak2 sekolah pun sy yg tggung,kadang sampai sy tak mkn.gj sy bukannye besar mane pun.sebab 2 lah sy kje lbh masa.dah dia kata sy but maksiat.yg dia buat 2 tak nmpk.sy mula bnci pdnye rasanye nak berpisah aje.ape guna ade suami kalau smua sy yg tggung.puas sy jumpa ustaz mnta air agar ia berubah,tp hampa.,tiap kali slepas solat puas saya berdoa pd allah,tp tak berhasil.sy putus asa kecema pun ade.tlnglah ustaz sy dah tak berdaya lg.w'slam

zara said...

salam ustaz.sy ade masalah rumah tangge.mcm mane saye nak ckp terus ngn ustaz?

zara said...
This comment has been removed by the author.
azhar said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

assalamualaikum...ustaz... soalan 1.sya ingin tahu apakah hukum jikalau isteri menolak pelukkan suaminya di waktu malam dan memarahi suaminya... soalan kedua.apakah hukum jika isteri asyik layan facebook tanpa mengendahkan suaminya dan kadaan rumah jadi tak terurus... soalan ketiga...kenapa isteri sombong bila diberi kebenaran utk berkerja...saya tak faham kenapa jadi begini...

Unknown said...

assalamualiakum....ustaz....sya nak tahu bagaimana cara nak lembutkan hati isteri....kerana sejak sejak kebelakang ni sya rasa isteri sya berubah tanpa sebab...kadang kadang sya berasa seperti hidup keseorangan...ada isteri tapi mcm tak ada jer...

syanursya said...

salam ustaz,

saya gadis berusia 23 tahun dan berada dalam keadaan dilema kerana telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berusia 40an dan jelas sekali dia berstatus suami orang...saya kenal dia atas dasar kerja dan sehingga berputiknya perasaan cinta dalam diri saya terhadap dia...dan begitu juga dia...seumur hidup saya tidak pernah terlintas dalam hati dan fikiran saya untuk mencintai dan dicintai suami orang...selama saya cuba elak perasaan ini,mkin kuat perasaan tu datang ustaz. Saya terlalu sayangkn dia dan saya rasa saya tidak mmpu lagi untuk lepaskn dia ustaz. Saya cuba untuk lepaskn dia dan cuba untuk trik diri dalm hubungan nie tp sy tidak ssgup tgk ksengsaraan yg dia tggung akibat saya..sy tak ssgup lihat dia kecewa saban hari mnggu pluang utk sy buka blik pntu hati saya untuk dia. Saya sendiri tak mmpu untuk hidup berjauhan dengan dia dan akhirnya saya memberi harapan semula pada dia. keputusan yg sy buat untuk jauh dari dia pun hnyalah sekadar terlalu mengikut perasaan tkut, sedih, serba salah, kecewa dan mcm2 lg perkara yg menggangu fikiran saya...dia seorang yg penyabar. dan disebabkan kesabaran dia juga la buat saya buka semula peluang untuk dia. walaupun dia bukanlah seorang yang mmpunyai ciri-ciri lelaki yg terlalu baik, tp dia selalu berusaha untuk menjadi lebih baik. Saya yakin dia mmpu untuk menjadi seorang suami yang baik pada saya...saya btul2 xmmpu lagi berfikir jalan terbaik untuk diri saya...bak kata pepatah 'ditelan mati mak diluah mati bapa'. Mak Ayah saya tidak pernah tahu hubungan cinta antara kami...tp mereka cuma tahu yang saya berkawan dengan si dia dan dia lah yg menjaga saya selama saya berjauhan dengan keluarga saya..dia pernah berjumpa keluarga saya dan mak ayah juga seolah2 telah meletakkan kepercayaan kepada dia untuk menjaga saya selama saya berjauhan dengan keluarga. Untuk pengetahuan ustaz, dia juga jauh dengan keluarga dia. Dan disebabkan oleh itu, kmi sering keluar bersama. Dia juga seorang yg bertanggungjawab dan saya dapt lihat cri2 itu terhadap cara dia menguruskan keluarga dia..tidak kirala dr segi masa, kasih sayang, masa bersama anak2. wlupun berjauhan, dia ttp cari cara untuk mendekatkan hubungan kekeluargaan dia. mmg tak dinafikan terdetik perasaan cmburu dalam hati saya mengenangkan sekiranya saya dimadukan tp bila terkenangkan cara layanan baik dia terhadap saya mmbuatkan saya cuba untuk buang jauh perasaan cemburu tp perasaan sdikit sbnyk ttp ada . Saya tahu cinta saya mgkin sememangnya dihalang disebabkan saya anak gdis dalam keluarga dan semestinya keluarga saya mengharapkan yg terbaik buat saya. Manalah mereka mahu saya bersuamikan lelaki berstatus suami orang. buat pengetahuan ustaz jugak, saya pernah berbalas msg dengan isteri dia dan bertukar2 cerita dan pernah mluahkn perasaan saya pada dia terhadap kemuskilan yg saya hadapi dengan tujuan untuk memperjelaskan kpada dia sedikit tntang permasalahan yg sy hadapi bercinta dgn suami org(tidak penah menyatakan bahawa org itu adalah suaminya) dan juga untuk mengetahui tntang penerimaan dia dalam poligami. Dan ternyata sekali saya ditentang habis-habisan setelah dia mndpat tahu bhawa saya sbnarnya ada hati pada suaminya...Demi Allah, bkn niat saya untuk merosakkn kebahagian yg mereka bina tp saya xtahu apa yg harus dilakukan lg ustaz...Bantulah saya ustaz...beri pendapat ustaz tentang dilema yg saya hadapi nie ustaz...saya betul2 mengharap pendapat ustaz. Saya tidak punya siapa2 untuk saya meluahkan rasa hati saya nie....sy tidak mampu untuk menyatakan rasa hati nie pada sesiapa pn. hanya linangan air mata yg menemani hidup saya bila terkenang permasalahan nie. Dan blogged ini adalah blogged yg pertama saya "jelajah" hanya dengan tujuan mncri pnyelesaian...

masnadia said...

assalamualaikum.. sya ada msalah sedikit sya bercadang utk nukah gantung dgn pasngn sya sbb skrng ni sya msih mahu utk sambung bljr... fmly sya bnyk yg tdk izinkn kerna usia sya msih muda.. sya skrng berumur 20thn mcm mne yerw nk selesaikn maslh saya ini...

ARTS TWO TRADING said...

assalamualaikum ustaz...saya ingin mengutarakan kumusykilan dihati ini. mohon bagi pandangan samaada adakah salah tindakan saya ini. suatu hari saya mendapat berita yang saudara biras nak bertandang selama 2 malam dirumah saya tinggal. biras saya bertanyakan keputusan samada saya membenarkannya atau tidak.Rumah tu rumah mertua saya tetapi saya berpegang dengan konsep suami dan saya sebagai ketua rumahtangga saya. mak mertua adalah dalam jagaan saya. saya tak kisah walau saya menumpang dirumah orang pun, saya tetap diamanahkan sebagai ketua keluarga. jadi saya belum memberi sebarang keputusan. keesokan harinya saya kepejabat dan dimaklumkan saya akan berkursus di luar selama tempoh saudara dari kelantan datang ke rumah saya. jadi tanpa melengahkan masa saya terus menelefon biras saya tadi memaklumkan saya menolak dengan baik niat biras untuk membantu saudaranya tadi atas alasan saya tiada dirumah dan yang tinggal di rumah saya hanyalah ibu mertua dan isteri saya. Tujuan saya menelefon biras saya adalah sebagai persediaaan awal untuk menetapkan plan b sebab kebetulan saya tiada dirumah. Secara peribadi saya agak tidak selesa orang datang bertandang dirumah dan bermalam jika tanpa adanya saya. Tapi saya ada memberi cadangan untuk membantu mencari homestay bagi memeudahkan saudara biras saya tadi.Tak molek la kan sebab bukan saudara semahram dengan isteri dan ibu mertua saya.tambahan pulak saya keluar outstation. tapi cadangan saya tu disalah erti oleh biras saya dan dia pula terus menelefon ibu mertua saya memaklumkan hal yang sya seolah tidak suka dengan kehadiran saudaranya dari kelantan. Atas sebab rumah itu adalah rumah mertua saya, seolah2 saya ni tak berhak untuk membuat keputusan. Untuk maluman ustaz, saudara dari kelantan tu datang untuk menghantar anak bongsu dalam keluarganya belajr disalah satu pusat pengajian disini. Justeru hal ini menjadi kecoh dengan bermacam2 andaian sehingga menyebabkan pelbagai masalah timbul sehingga berlaku hal ungkit mengungkit yang memeningkan kepala memikirkannya. Timbul dihati ni untuk keluar dari situ dan meneruskan hidup bersama isteri ditempat lain. Tak sanggup rasanya berhadapan dengan mertua dan biras yang seolah2 berkomplot menyalahkan saya dan isteri dengan pelbagai tomahan..adakah salah tindakan saya ni ustaz..? mohon nasihat untaz...terima kasih..wassalam..

isteri sedih said...

assalamualaikum... saya ingin bertanyakan ustaz tentang beberapa perkara. saya merupakan seorang isteri yang bekerja. Adakah saya berhak untuk meminta suami menyediakan rumah untuk kami (saya & anak) kerana setelah 4 tahun berkahwin kami masih menetap dirumah mertua, disana juga ada adik lelaki suami... kadang-kadang sy terpaksa pulang ke rumah keluarga jika hanya adik lelaki dia yang berada dirumah. untuk pengetahuan ustaz suami saya mempunyai gaji 2X ganda dari gaji saya (mampu). Masalah kedua, adakah saya seorang isteri berdosa jika ada perasaan cemburu apabila suami terlalu mengambil berat akan kakak dan adik ipar(perempuan)@ biras saya. kadang-kadang hal saya dan anak saya terpaksa uruskan sendiri (klinik, bayar bil dsb), tetapi urusan kakak dan adik iparnya dia tolong uruskan. Bukan setakat uruskan, kewangan pun dia tolong, sampai pernah suami saya kata sebab saya ada gaji jadi saya beli la sendiri walaupun barang yang sama dia bayarkan untuk mereka berdua. Saya pernah luahkan pada suami saya tapi dia kata saya berkira. selama ini saya tidak pernah mengungkit pasal duit yang saya habiskan beli barang dapur, berkira kah saya ini? kereta saya, duit pengasuh anak dan kadang-kadang barang-barang keperluan anak saya sediakan. saya pernah mengajak suami bercuti dalam negara....tetapi katanya saya meminta luar kemampuan... saya sebagai isteri tahu dia lebih dari mampu tetapi wangnya diberikan kepada orang lain. untuk saya hanya 3% dari gajinya, kadang-kadang kurang @ tiada atas alasan dia sudah membelikan barang lain. Berdosakah saya ni ustaz? mohon pandangan.

nina karina said...

Assalammualaikum ustaz..sekarang saya dan suami ada sewa rumah dekat dengan keluarge saya dan tempat kerja saya.. suami macam tak suka saya tinggal di rumah sewa tu. dia pun jarang balik.biasanya dia akan tinggal di rumah mak die.rumah die dekat dengan tempat kerja die.semalam die ade menyuarakan untuk cari rumah sewa dekat dgn tempat kerja die.sy was2 untuk pindah jauh dari keluarge, sebab suami saya ada mengambil ganja, dan juge tak dapat menjalankan tanggungjawabnye sebagai seorang suami..sepanjang tinggal di rumah sewa sekarang ni, semua keperluan dan bayaran ansuran sy yg bayar, kalau sy ikut die pindah rumah sewa baru nanti, sy takot sy dan anak dlm kandungan ni akan jd lebih terabai.perlu ke saye ikt suami sy?sy takot perangai nye akan lebih teruk kalau sy tinggal berdua je dgn die nanti, kalau dekat dgn ibu ayah sy mgkin die tak brani nak buat apa2..

Anonymous said...

salam ustaz,

soalan: adakah dosa kalau kita melangsungkan perkahwinan mengikut dua adat resam yang berbeza.
Bakal suami saya memeluk islam dan kami akan berkahwin tahun depan. Dia dari agama lain dan kami ingin menjaga hati kedua ibubapa, bolehkah kami melangsungkan mengikut adat resam masing masing. hanya untuk perkahwinan sahaja,selain dari itu kami mengikut tatacara agama islam panduan harian kami.

dalam keliruan,
salam

Anonymous said...

salam ustaz,

soalan: adakah dosa kalau kita melangsungkan perkahwinan mengikut dua adat resam yang berbeza.
Bakal suami saya memeluk islam dan kami akan berkahwin tahun depan. Dia dari agama lain dan kami ingin menjaga hati kedua ibubapa, bolehkah kami melangsungkan mengikut adat resam masing masing. hanya untuk perkahwinan sahaja,selain dari itu kami mengikut tatacara agama islam panduan harian kami.

dalam keliruan,
salam

Anonymous said...

Assalamualakum ustaz..

Saya ada satu soalan yg amat memerlukan penjelasan ustaz. Saya pernah melakukan oral sex sesama lelaki..tolong ustaz jelaskan adakah itu dikatakan zina..sy amat takut sekali ustaz..itulahkah pertama kali sy melakukannya..sy tidak melakukan hubungan kelamin..harap ustaz jelaskan..terima kasih..

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz,sy merupakan anak sulung drpd 6 beradik dan 3 org drpd adik sy masih lg bersekolah,sy telah pun berkahwin dan mempunyai 2 org anak,masalah sy ialah baru2 ini bapa sy telah mengalami kerugian dlm perniagaannya menyebabkan bapa sy menanggung hutang hingga mencecah puluhan ribu ringgit,sebagai anak sulung sy berasa bertanggungjawab untuk membantu bapa sy, tetapi mendapat tentangan drpd suami sy dengan alasan sy telah pun membrikan wang setiap bulan.untuk pengetahuan ustaz,sy bekerja dan gaji sy lebih tinggi berbanding suami.bukan niat utk bermegah tetapi sy terangkan pd suami sy ingin membantu bapa sy menggunakan wang sy sendiri dan tidak mengganggu pendapatannya.suami sy berkecil hati dgn sy. adakah sy berdosa dgn suami sy?jika sy meneruskan niat sy membantu bapa sy tanpa pengetahuan suami apakah hukumnya?dalam masa yang sama sy berasa serba salah terhadap bapa sy krn sylah tempat dia berharap..tolonglah ustaz berikan pandangan dan cadangan kpd sy krn sy sygkan bapa dan suami.Sy tidak mahu melukakan hati kedua-dua insan ini.

Anonymous said...

salam ustaz,sy nk bagi cadangan,kat malaysia banyak tanah islam kenapa boleh dibeli bukan islam,sy rasa inilah punca besar ke neraka,kenapa tidak disewakan aje,kita boleh kawal kedai judi,rumah pelacuran,serta undi bukan islam dan islam,mereka amat kaye berbanding dgn kita,mereka boleh beli seluruh tanah malaysia dan menjadikan islam hancurrrr!

Anonymous said...

Uztaz, Klu orang2 tua ckp, apa mksud pecah kaca ekk???

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya nak tanya apakah hukumnya bagi saya sekiranya saya melawan kata ibu saya. Ustaz, ibu saya ni tinggal bersama saya dan teman lelakinya.
Ibu saya juga sering membawa kawan2 nya yang kaki minum arak bertandang ke rumah dengan air arak. Saya ni anak perempuannya. Jadi situasi ni menyebabkan
saya tidak selesa untuk berada di rumah, saya tidak tahu cara untuk mengurnya kerana ibu saya ni sukar untuk menerima teguran dari orang lain apatah dari saya.
Pernah teman lelaki saya menegur ibu saya berkaitan arak, tapi akhirnya sampai sekarang ibu saya tidak suka kepada teman lelaki saya dan tidak membenarkan saya
berkawan dengan nya. Jadi saya melawan ibu saya denagn cara berdiam, memberontak dan tidak mengendahkan kata2 ibu. Saya tetap meneruskan hubungan dengan teman lelaki saya.
Pernah kami berpisah sekejap kerana ibu saya sering mengugut saya dengan sumpahan yang tidak baik dan juga sering mengatakan hendak mengharamkan susu badan yang dia telah beri
pada saya waktu saya kecil dulu. Saya sering pulang lewat ke rumah kerana tidak selesa sebab adanya teman lelaki ibu saya di rumah. Jadi baru2 ni dia memarahi saya dan mengatakan yang teman lelaki
saya ada menyihir saya, konon nya teman lelaki saya ni telah menggunakan ilmu pengasih kepada saya kerana saya tunduk kepada teman lelaki saya dan melawan kata ibu, sedangkan saya sendiri yang memang tidak
selesa berada di rumah dan lebih selesa berada di luar.Sekiranya saya keluar dari rumah dan tinggal di temapat lain adakah perbuatan saya ni salah, adakah saya ni anak derhaka, n salah ke saya meneruskan hubungan
dengan teman lelaki saya yg bnyak membantu saya. Apa yang patut saya lakukan. Derhaka kah sekiranya saya melawan kata ibu saya yang terang2an melakukan maksiat dan tidak lansung hormat kepada saya sebagai anaknya.

Anonymous said...

assalamualaikum Ustazah saya ingin bertanya dan berharap ustazah dapat membalas pertanyaan saya . saya dari ipoh perak . saya mempunyai masalah dalam rumahtangga . saya bkerja dan mempunyai 2 org anak . yg sulung 5 tahun Dan kedua 1 tahun 8 bulan . saya pernah membuat satu kesilapan besar iaitu berzina dan itu adalah kesilapan terbesar dalam hidup saya .saya memang sudah insaf Dan ingin berubah.masalah saya sekarang. saya sudah tak tahan dengan perangai suami yg selalu mrmbangkitkan serta megungkit hal yg saya pernah buat dulu . dan semua kebajikan anak dari dulu hingga sekarang semua atas tanggungjawab saya dan pihak keluarga saya . jadi persoalannya sekarang . kami da tak boleh hidup bersama . saya memilih untuk bercerai . saya ingin bertanya pada orang yang lebih berpengalaman . seandainya saya bercerai adakah hak penjagaan anak2 itu akan dapat kepada saya atau sebaliknya . saya berat hati melepaskan anak2 . sedangkan dalam masa saya bersama suami . anak2 langsung suami tak ambil kisah . bantu saya ustazah . saya pening memikirkan anak2 . tolong balas secepat mungkin . terima kasih .saya minta ustazah rahsiakan lah tentang semua ni .

Anonymous said...

*Ustaz .

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
saya ada seorang sahabat cina yang beragama christian..namun sahabat saya ini suka bergaul dengan kami yang berbangsa melayu dan beragama islam..terdetik di hati saya untuk mendakwah sahabat saya ini agar beliau memeluk agama Allah..namun saya tidak tahu cara untuk mendakwah..bolehkah ustaz terangkan macammana cara untuk mendakwah agar terbuka hatinya dan dapat melihat keindahan islam..

Icha said...

Ustaz saya nak tanya beberapa soalan
1. Suami saya berhasrat nak kawin lagi satu, tapi saya tak bagi, sbb suami saya sangat sibuk dalam bekerja sampai2 takde masa dengan kami anak beranak. Terutama masa dengan anak2. Walaupon hari sabtu dan ahad pon suami bekerja. Sbb dia bekerja sendiri. Start kerja dari pukul 7.30am smp pukul 1or 2 pagi. Skrg ni tibe2 suami saya ter jumpa dengan seorang janda ni dan janda bi selalu menceritakan problem2 hidup dia dan skrg husband berhasrat mengawini dia. Skrg ni suami saya pon takde masa nak jaga kami anak beranak nak jumpa anak2 dia. Apa lgi klo nanti dia dah berkawin lain, saya confrim langsung takde masa dengan kami.
Berdosakah saya mengahalang suami nak berkawin lain?
2. Ketika dalam dilema suami nak kawin lain saya ada bercerita dengan kawan saya suami istri sbb saya tak tahu nak bercerita dengan siapa. Berdosakah saya menceritakan masalah rumah tangga pada orang lain?
3. Di sebabkan suami nak kawin lain saya ada bergaduh dengan suami sbb mempersoalkan dia, keluar malam2 dengan janda tu tengok movie, dan selalu keluar makan malam dengan janda tu. Dan suami marah kemudian menampar saya 2 kali smp mulut saya berdarah. Patutkah suami saya berbuat demikian.?
4. Suami sekarang selalu berbohong dengan saya, dia selalu sangat keluar dengan janda tu tapi dia bagi tahu saya dia ada kerja. Dan skrg memang suami langsung takde masa dengan kami terutamanya anak2.
Apa patut saya buat ustaz?

Terima kasih atas pandangan ustaz.
Saya sekarang tengah dalam dilema.
Sbb saya tak sanggup di madu oleh suami dan saya pon tak sanggup bercerai dengan suami sbb sayang dia and kasihan dengan nasib anak2.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,
Adakah hukum isbal haram atau sunat ada yg mengatakan ia adalah sunat? Dan ada yg menyatakan haram? Boleh ustaz berikan keterangan dgn lebih lanjut?

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz. Saya nak tanya sesuatu... sebelum tu biar saya bagi dulu situasi.Kisahnya terjadi kerana si suami yang tidak memberi nafkah zahir pada istri dan anak2. Kerana desakan istri untuk menuntut hak nafkah pada suami. Mereka sering bertelingkah. Si istri malu untuk menceritakan perihal suaminya pada keluarganya. Lama kelamaan perkara ini sudah menjadi serious dan mereka makin sering bertelingkah sehingga hampir sahaja bercerai. Si istri meminta bantuan Keluarga pihak suami untuk menasihati suaminya kerana tidak mahu menjadikan penceraian sebagai solusi. Namun setiap kali si suami pintar membalikkan situasi dan menampakkan si istri ini yang bersalah. Akhirnya, setelah beberapa kali kejadian.. keluarga si suami tidak percaya dengan kata-kata si istri lagi. Bertahun lamanya perkara itu masih belum selesai dan istri dan anak2 masih teraniaya. Walaupun si suami sudah mula menggunakan kekerasan. Keluarga si suami masih tidak membela nasib si istri. Hanya kerana tidak ingin memilih penceraian sebagai solusi, si istri dipulaukan oleh keluarga si suami. Apakah ada hak si istri di sini pada keluarga si suami? Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh keluarga si suami apabila istri teraniaya oleh suami?

Unknown said...

Puan..besarnya dugaan puan.. Apakah penyelesaiannya?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz.. Sy nk tanya sekiranya suami sy berkata dia akan lepaskan sy bila kami tak lagi duduk dirumah sewa dan akan hantar sy ke kampung adakah sudah jatuh cerai?

mohd farid said...
This comment has been removed by the author.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...