5 Mei 2011 jam 2.30 petang, saya bersama beberapa krew TV9 melintasi sepadan Malaysia – Singapura di Woodlands.
Cuaca agak redup petang ini, kereta agak banyak dan kereta yang kami naiki perlahan-lahan melalui Imigresen Malaysia dan selepas itu terus ke bahagian Singapura. Passport kami diserahkan kepada pegawai bertugas.
Pegawai ini kemudian meinggalkan pondok imigresen dan meletakkan “kon” di belakang kereta kami bermakna laluan ditutup dan hanya untuk kami sahaja.
Pada permulaan, raasa macam jadi vip kerana ruangan ini hanya untuk kami sahaja.
Seorang demi seorang diperiksa passport dan pemeriksaan agak lama. Sehinggalah nama saya dipanggil..
“Siapa Muhamad bin Abdullah?”
“Saya! saya Muhamad bin Abdullah..” jawab saya ringkas.
Kemudian, pegawai perempuan lewat 30an ini berkata..
“Kejap lagi ada pegawai akan datang dan ikut pegawai itu, sebab cip passport Muhamad tidak boleh dibaca..”
“Tapi, kesemua passport kami tidak diberikan, kalau cip passport saya yang bermasalah kenapa tidak diberikan passport yang lain..” kata saya dengan ahli rombongan.
Tidak lama selepas itu, datang seorang pegawai menaiki basikal:-
“Ikut saya ye encik..?”
Untuk pergerakan yang pantas, pegawai di sini hanya menaiki basikal. Kami dibawa ke satu tempat, di sana terdapat beberapa kereta orang awam yang lain.
“ha.. parking di sini..” katanya
Setelah kereta diletakkan, semua ahli rombongan pun keluar, pegawai tadi sudah menunggu dipintu automatic. Saya dijemput masuk dan terus pintu tertutup. Rombongan yang lain terhenti di hadapan pintu. Saya sudah terpisah dari rombongan cuma dapat melihat mereka melalui pintu kaca yang agak tebal.
Di dalam ruangan ini ada lebih kurang lima orang yang ditanya dengan beberapa soalan. saya melabuhkan punggung saya ke kerusi yang ada disitu, kerusi bersambung empat seperti di ruangan menunggu di hospital.
Saya hanya menunggu tanpa berkata apa-apa. Ahli rombongan yang lain kadang kala menjengah dipintu kaca yang memisahkan kami.
Dalam 15 minit menunggu, nama saya mula dipanggil..
“Muhamad bin Abdullah…”
“Ya saya..” jawab saya ringkas.
“Sila duduk di sini” kata pegawai berbangsa cina berumur awal 40 an.
Dia kemudian sibuk menekan butang-butang komputernya sambil kadang kala mengerutkan dahinya.
“Maaf, ada masalah apa-apa ke? Tanya saya.
“Tak ada apa-apa Muhamad, you fahamlah ye, nama Muhamad Abdullah ni banyak di luar-luar sana, jadi kita kena cek dulu sekejap ye..” katanya.
“tapi jangan risau, saya rasa tak ada problem apa-apa” katanya lagi.
Saya menunggu dihadapanya dalam 5 minit…
“Ok..” jawabnya ringkas sambil mengambil passport saya dan distem tanda dibenarkan masuk. Kemudian pegawai ini memberikan kesemua passport ahli rombongan kepada saya.
“Terima kasih..” kata saya.
Sampai di luar, ahli rombongan bertanya pada saya..
"Apa hal tu?"
Tak ada apa-apalah, nanti saya cerita.." kata saya ringkas. Saya kemudian menguruskan Autopass untuk kegunaan kereta yang dibawa masuk. Selepas itu, kami mula memandu masuk ke Singapura.
Ini kali ketiga saya pernah di tahan di atas nama “Muhamad bin Abdullah”. Dua kali di di Hongkong dan sekali di Singapura ini.
Jika pembaca blog saya yang baru, boleh baca pengalaman kedua saya di Imigresen Hong Kong pada awal tahun 2010 melalui catatan di bawah..
http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-144-peristiwa-di-imigresen-hong.html
Rupanya, berat juga nama “Muhamad bin Abdullah” ini, nama junjungan kita tercinta ini rupanya agak dikhuatari oleh sesetengah pihak.
Apa pun, saya tidak pernah meminta diberikan nama ini, semuanya telah ditakdirkan Allah, yang penting, saya harapkan agar diri ini terus mendapat bimbingan ilahi untuk terus menghampirkan diri dan mencintaiNya dan NabiNya. Mudah-mudahan, satu hari nanti dapat dikumpulkan dengan empunya nama ini di akhirat nanti, amin....
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
North Bridge Road, Singapura
3 Jamadil Akhir 1432/ 6 Mei 2011 jam 1.45 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
9 comments:
InsyaAllah..amin ustaz. :)
Dajjal sedang mencari Iman al mahdi. Ustaz kena hati-hati....
nama yang indah...banyak dugaannya.
Kelakarnya, ada juga manusia yg takut pada nama Muhamad bin Abdullah. Nasib baik muka ustaz ada macam/iras2 Cina sikit. Kalau mcm muka bangsa Arab lagi haru ustaz. Jenuh pulak nak disoal siasat.
Assalamu'alaikum ustaz..syukran atas ilmunya..ingin bertanya mengenai sunnah bersugi..bagaimanakah cara untuk bersugi mengikut sunnah dan hikmah2 dalam kite mengamalkan sunnah bersugi ini..syukran ustaz..mardhiyah.lillah@gmail.com
amin.hebat sungguh nama tu ustaz.insya Allah ustaz mampu membawanya.
Salam Ustaz,
Saya pun pernah ditahan di imegeresn Singapura pada tahun 2001,selepas peristiwa 9/11. Hanya kerana nama saya dimulai dengan Mohamad. Selepas 15-20 minit, barula dilepaskan. Terkandas la kejap rombongan kami pada waktu tu. Walau macam mana pun saya tetap berbangga mempunyai nama Mohamad. Rupanya orang kafir ni takut kpd bayangan dia sendiri.
Dgr kata imam mahdi ada iras cina..
Alhamdulillah... Proksi Israel di Nusantara gentar dengan nama ini. Nama pemimpin ummat akhir zaman nanti.
Post a Comment