Tuesday, May 3, 2011

Bicara Ilmu 32 – “Bicara Keluarga di IKIM..”

Isnin 25 April 2011 jam 10.00 pagi, saya bersama dengan DJ Fairuz di Radio IKIM di dalam slot “Suri”. Memang pada setiap Isnin minggu ke tiga dan keempat bermula jam 10.00 pagi, saya akan bersama pendengar IKIM.fm membicarakan mengenai kekeluargaan.

“Kak, bulan depan kak masih ada lagi ke?” tanya saya pada DJ Fairuz yang akan bersalin tidak beberapa lama lagi.

“Mmm, tengoklah.. kalau belum bersalin lagi masih ada” katanya sambil tersenyum.

Perbicaraan di IKIM lebih santai dan kurang tekanan, tak seperti di “Tanyalah Ustaz” tv9.

Sepengalaman saya bersama IKIM, pemanggil banyak dari orang lelaki, barangkali para suri rumah sedang sibuk dan tak sempat untuk bertanya.

Perbicaraan kali ini berdasarkan firman Allah di dalam surah Maidah ayat 8 :-

 

إِعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."

Adil di sini, kita boleh melihat dari dua keadaan.

1. Adil di dalam memberi nafkah

Yang di katakana nafkah kepada isteri adalah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Ada orang kadang kala buat tak tahu pada nafkah ini. Lebih-lebih lagi di dalam dua kes iaitu isteri yang bekerja dan kes poligami.

Tidak sedikit orang yang berpoligami sebenarnya mengambil hak isteri pertama dan diberi serta dilebihkan pada isteri kedua.

Bagi saya, orang yang tidak mampu jangan berbicara dahulu mengenai poligami, ini kerana ia akan menjadikan banyak timbulnya mudharat. Jika telah benar-benar mempunyai kemampuan, barulah boleh bicara bab selanjutnya.

Lebih malang lagi, jika peruntukan nafkah tersebut digunakan untuk membelanja kawan-kawan sedangkan isteri di rumah kekurangan. Dan lebih parah lagi, ada yang sanggup membelanja kekasih di waktu isteri terminta-minta haknya pada suami.

2. Adil dari segi memberi pandangan

Jangan memarahi isteri tanpa usul periksa, begitu juga suami, kerana tidak sedikit kesalahan yang dibuat oleh pasangan adalah berpunca dari diri kita.

Ada suami yang berperangi kerana kurang layanan dari isteri dan ada juga isteri yang derhaka kerana kezaliman suami.

Kalau kita jujur di dalam memandang pasangan kita, nanti kita akan dapati bahawa sebenarnya, banyak perkara yang berlaku bukan kerana kesalahan pasangan semata-mata.

Ada orang yang tidak adil di dalam memberi pandangan, isteri salah terus diancam dengan neraka. Ada isteri yang tidak adil memberi pandangan, kesalahan yang boleh diperbetulkan terus dibesar-besarkan di hadapan orang lain sehingga mengaibkan suami.

Di hujung perbicaraan hari ini, banyak soalan berkisar mengenai poligami. Pada saya ada tiga jenis poligami:-

1- poligami pincang, seseorang yang tidak mampu dalam poligami dari segi zahir atau batin tetapi berpoligami.

2 - poligami jahil, orang yang berpoligami tetapi tidak tahu bagaimana nak memujuk kembali isteri yang telah kecil hati, tidak tahu nak mendamaikan antara isteri dan sebagainya. Dari sudut ilmu orang sebegini kurang pengetahuan dan perlu ditingkatkan lagi.

3 - Poligami lemah, seseorang yang tahu banyak perkara mengenai tanggungjawab, tetapi tidak mampu untuk mengimplementasikan ilmu yang dia tahu ketika berlakunya poligami. Dia tahu tentang keadilan tetapi selalu tidak adil, dia tahu tentang perlunya berlemah lembut pada isteri tetapi tidak mampu menahan nafsu ammarahnya. Orang begini perlukan didikan bagi menguatkan hatinya

4. Poligami sunnah, Kemampuan ada, ilmu ada, dan kekuatan dalaman ada di dalam melayani karenah rumah tangga.

Akhirnya, kita melihat, dalam kes poligami, semua pihak-pihak yang terlibat perlukan ilmu dan didikan, samaada suami, isteri pertama atau isteri kedua dan seterusnya. Salah seorang pincang, maka akan pincanglah institusi ini.

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdulllah

Sungai Rengit Pengerang Johor

2 Mei 2011 jam 3.00 petang

IMG_9115

Bersama IKIM.fm

IMG_9116

Soalan yang diajukan pada kesempatan kali ini lebih kepada kes dan kisah poligami…

3 comments:

insan said...

ustaz, saya telah berpoligami, saya nak tanya berkaitan hak pengiliran antara umah isteri pertama dan isteri kedua. isteri pertama mempunyai 6 anak dan isteri kedua sedang mengandung. apakah perlu dilebihkan isteri pertama kerana bilangan anaknya yang ramai sedangkan isteri kedua tidak mempunyai anak. jika sekiranya jawapannya ya iaitu lebihkan isteri pertama, bagaimana pula keadaannya jika isteri kedua tidak dapat melahirkan zuriat selama-lamanya. adakah hak pengilirin sentiasa lebih kepada isteri pertama.

nur aisya humaira said...

assalammulaikum ustaz,
di sini sy ingin bertanya ustaz ttg 1 perkara ..berdosakah sy jika sy tidak mdengar kata suami,mslah sy disini suami sy mgatakan sy terlalu mementgkan ibubapa sy dr drinya ,sy adalh ank bogsu dr 8bradik,ibu sy skrg terlantar krana skt(angin ahmar)..sy mjadi serba slh dalam mmbahagikan ms antara suami n ibubapa...ustaz sila beri pendapat..pls,wslm

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz..
sy nk btanya ttg calon mak mertua tak restui ank ny berkawin. Dan jika ank dia bkeras juga nk berkawin bsama pilihan dia sendiri berdosa ka atau derhaka ka dia bila tak dgr mak dia.. sbab mak dia mcam da bsumpah, klu nk kwin dgn pilihan hati. Pesan dia tuk ank jgn pernah dtg di hari di kapan atau jgn penah lawat dia.. sy ingin pdapat ustaz?.. mohon ptunjuk ustaz? Tolong kami☹️

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...