Kesempatan kali ini, ingin saya kongsikan isi perbincangan di dalam Tanyalah Ustaz bertajuk “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”
Di dalam al-Quran Allah menyebutkan (Surah ar-Rum ayat 21):-
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari antara kamu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain dan dijadikanka di antara mu kasih sayang dan belas kasihan; sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
ENAM KELEBIHAN ORANG YANG BERKAHWIN
1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya
2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."
3. Menghindari larangan agama[3]
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.
4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.
5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.
6. Mengelakkan maksiat [6]
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”
Selain itu Rasullullah SAW bersabda: [7]:-
"Orang yang baik di antara kamu ialah orang yang baik perangainya kepada ahli rumahnya (isterinya). Dan aku (sendiri) orang yang paling baik di kalangan kamu terhadap isteriku."
TANGGUNGJAWAB KEDUA : BERLAKU ADIL
Selain itu, suami hendaklah berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri. Allah S.W.T berfirman: [8]:-
"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."
Perintah ini memerlukan suami bersikap adil, menghormati perasaan, berbaik hati dan bertimbang rasa terhadap isteri. Suami tidak boleh menunjuk sebarang kebencian atau menzahirkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan isteri.
TANGGUNGJAWAB KETIGA: MENASIHATI DAN MENDIDIK ISTERI
Sudah menjadi tugas suami agar sentiasa memberi nasihat dan panduan terhadap isteri dan anak. Oleh yang demikian, suami hendaklah mendidik dirinya dan mendidik keluarganya dengan ajaran agama. Di dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman: (Surah at-Tahrim ayat 6)
SISIPAN SATU : TEGAHAN MEMUKUL ISTERI
Rasullullah S.A.W bersabda: [9]:-
“Kamu tidak jumpai mereka itu (orang yang memukul isteri) sebagai orang yang baik antara kamu.”
Rasullullah S.A.W bersabda lagi [10]:-
"Dari Aisyah dia telah berkata, Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul isteri mahu pun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah)
" Dari Abdullah bin Amru, dia telah berkata, sabda Rasullullah S.A.W, Cukup berdosalah seseorang yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.”
TANGGUNGJAWAB KEEMPAT : MEMBERI NAFKAH
Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.[12]
Allah S.W.T berfirman :- (surah at-Talaq ayat 7)
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya
Inilah tanggung jawab suami yang perlu ditunaikan pada isterinya. Semoga perbahasan ini memberi manafaat pada kita semua.
“Ilmu Pelita Hati”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Safar 1432/14 Januari 2010 jam 1.00 tengah hari
[1] Hadith riwayat Ahmad
[2] Hadith riwayat at-Tarmizi
[3] Hadith riwayat at-Tarmizi
[4] Hadith riwayat Ibn Majah
[5] Hadith riwayat Ibn Majah
[6] Hadith riwayat al-Bukhari
[7] Hadith riwayat Ibn Majah
[8] Surah al-Maidah ayat 8
[9] Hadtih riwayat Ibn Majah
[10] Hadith riwayat Muslim
[11] Hadith riwayat Abu Daud
[12] Raja Rohana Raja Mamat, The role and status, hlm 60.
Tajuk hari ini, “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam
Persediaan akhir
Jenaka pagi hari..
Sebelum mula memang kena bedak sikit..
Perbahasan tentang keluarga…
Sembang santai selepas program..
Di dalam al-Quran Allah menyebutkan (Surah ar-Rum ayat 21):-
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari antara kamu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain dan dijadikanka di antara mu kasih sayang dan belas kasihan; sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
ENAM KELEBIHAN ORANG YANG BERKAHWIN
1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya
2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."
3. Menghindari larangan agama[3]
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.
4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.
5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.
6. Mengelakkan maksiat [6]
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”
Hak Isteri Yang Perlu Di Tunaikan Suami
TANGGGUNG JAWAB PERTAMA : BERGAUL DENGAN CARA YANG BAIK
Allah S.W.T berfirman: (Surah an-Nisa ayat 19)
“Pergaulilah isteri mu dengan cara yang baik; kemudian bila tidak menyukai mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.”Selain itu Rasullullah SAW bersabda: [7]:-
"Orang yang baik di antara kamu ialah orang yang baik perangainya kepada ahli rumahnya (isterinya). Dan aku (sendiri) orang yang paling baik di kalangan kamu terhadap isteriku."
TANGGUNGJAWAB KEDUA : BERLAKU ADIL
Selain itu, suami hendaklah berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri. Allah S.W.T berfirman: [8]:-
"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."
Perintah ini memerlukan suami bersikap adil, menghormati perasaan, berbaik hati dan bertimbang rasa terhadap isteri. Suami tidak boleh menunjuk sebarang kebencian atau menzahirkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan isteri.
TANGGUNGJAWAB KETIGA: MENASIHATI DAN MENDIDIK ISTERI
Sudah menjadi tugas suami agar sentiasa memberi nasihat dan panduan terhadap isteri dan anak. Oleh yang demikian, suami hendaklah mendidik dirinya dan mendidik keluarganya dengan ajaran agama. Di dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman: (Surah at-Tahrim ayat 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu
SISIPAN SATU : TEGAHAN MEMUKUL ISTERI
Rasullullah S.A.W bersabda: [9]:-
“Kamu tidak jumpai mereka itu (orang yang memukul isteri) sebagai orang yang baik antara kamu.”
Rasullullah S.A.W bersabda lagi [10]:-
"Dari Aisyah dia telah berkata, Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul isteri mahu pun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah)
SISIAPAN DUA : HUKUM MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DI DALAM ISLAM
Rasullullah S.A.W bersabda [11]:-" Dari Abdullah bin Amru, dia telah berkata, sabda Rasullullah S.A.W, Cukup berdosalah seseorang yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.”
TANGGUNGJAWAB KEEMPAT : MEMBERI NAFKAH
Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.[12]
Allah S.W.T berfirman :- (surah at-Talaq ayat 7)
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya
Inilah tanggung jawab suami yang perlu ditunaikan pada isterinya. Semoga perbahasan ini memberi manafaat pada kita semua.
“Ilmu Pelita Hati”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Safar 1432/14 Januari 2010 jam 1.00 tengah hari
[1] Hadith riwayat Ahmad
[2] Hadith riwayat at-Tarmizi
[3] Hadith riwayat at-Tarmizi
[4] Hadith riwayat Ibn Majah
[5] Hadith riwayat Ibn Majah
[6] Hadith riwayat al-Bukhari
[7] Hadith riwayat Ibn Majah
[8] Surah al-Maidah ayat 8
[9] Hadtih riwayat Ibn Majah
[10] Hadith riwayat Muslim
[11] Hadith riwayat Abu Daud
[12] Raja Rohana Raja Mamat, The role and status, hlm 60.
Tajuk hari ini, “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam
Persediaan akhir
Jenaka pagi hari..
Sebelum mula memang kena bedak sikit..
Perbahasan tentang keluarga…
Sembang santai selepas program..
10 comments:
assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya apakah hukum sekiranya suami tidak membenarkan isteri bangun malam untuk menunaikan solat tahajut
ada yang merujuk perkara tersebut kepada seorang ustaz dan menurut kata ustaz tersebut isteri boleh menuntut cerai fasakh kerana suami melarang dari dia mendekatkan diri kepada Allah
harap ustaz dapat menjawab persoalan ini
terima kasih
assalamualaikum..
rasa mcm tidak puas mendengar tentang isu dlm tanyalah ustaz selama 2 hari.. tapi kupasan yang ustaz berikan sgt menarik beserta contoh2..padat.. syukron ustaz! saya belum berkahwin.. doakan saya berjumpa dgn seorang suami yang soleh ya:)
Assalammualaikum ustaz..
saya ada sedikit kemusykilan dalam menunaikan solat sunat dhuha..
ada sesetengah ustaz mengajar membaca ayat pada sujud akhir hanya sekali dan ada sesetengahnya pula mengajar untuk membacanya sebanyak 40 kali., saya ingin minta pendapat ustaz mengenai hal ini.. terima kasih.... semoga Allah membalas jasa baik ustaz...
norani bt mohd sake
kluang, johor.
assalamualaikum ustaz,
saya tertarik dgn doa penutup yg ustaz bca pd 16/01/2011.Saya berharap ustaz dapat berkongsi dan paparan doa tersebut utk saya dan semua muslimin dan muslimat.
Assalamualaikum ustaz,
Hari ini genap 100 hari suami saya meninggal dunia. Saya ingin bertanya adakah segala amalan yg saya lakukan seperti membaca Yaasin dan lain-lain sampai kepada arwah suami saya atau adakah amalan anak-anak sahaja yg sampai kepada arwah. Harap dapat ustaz jelaskan kerana saya sangat sayangkan arwah suami saya. Terima kasih.
assalamualaikum ustaz..
saya ada kemusykilan yang nak mendapat info dari ustaz..
suatu malam sya telah bergaduh besar dgn suami dan mengugut untuk lari dari rumah..kami bergaduh sehingga maki hamun,pukul memukul..suami dalam keadaan marah melafazkan 'kalau engkau keluar aku cerai ko'..maksud keluar adalah pada masa itu kerana saya nak keluar dari rumah dan kata suami itu memudaratkan memandangkan rumah kami jauh dari kawasan bandar.saya dan suami dah bertanya hal ini ke pejabat agama dan pegawai memaklumkan tidak jatuh talak kerana saya tidak keluar pada masa itu dan maksud keluar adalah lari dari rumah..mohon penjelasan.sudilah kiranya ustaz menjawab ke emel saya anurfadzilah@yahoo.com
assalamualaikum ustaz,
saya ingin mendapatkan pndgn dpd ustaz,
saya merupakn seorng mahasiswi ipta,
saya m'pnyai teman lelaki yg sudh ad pkerjaan yg tetp,
kami merancang utk berkhwin d usia muda kami 21 tahun,dgn niat utk m'halalkn hbgn kami ini.
mlgnya apb kami suarakan hsrt kami utk b'khwin,keluarga d k'dua2 belh pihk x stuju,dgn alsn,sya masih lg study,tp hbgn kami m'dpt restu dr k'dua2 blh pihk...
jd,apkh yg ptt sy lakukn sm ada truskn usha utk m'dpt k'izinn @ m'biarkn shj hbgn kami begini...?
sy bhrp ustaz dpt m'beri pndgn..
salam Ustaz.
Saya juga sangat tertarik dengan doa penutup yang ustaz bacakan dengan berlagu itu. Boleh usatz kongsikan di website ustaz?
Salam Ustaz,
Saya ingin meminta pendapat ustaz tentang perkahwinan. Saya berumur 33 tahun pada tahun ini dan masih belum berkahwin. Baru² ini saya diperkenalkan dengan seorang pemuda sebaya dgn saya dan masih bujang. Beliau berminat menjadikan saya isterinya. Kami mula berkenalan antara satu sama lain dalam tempoh dua bulan ini.
Dalam tempoh itu, saya dapati beliau seorang yg bertanggungjwb dan menjaga adab sbg seorang Muslim selain tidak meninggalkan solat. Beliau sangat menyayangi keluarganya. Beliau juga menyatakan keinginan untuk mendirikan rumahtangga dengan segera bagi mengelakkan fitnah dan mahu bercinta selepas kahwin.
Untuk pengetahuan ustaz, dia adalah lelaki ke-8 yg muncul dalam hidup saya setelah hubungan saya gagal dengan 7 lelaki sebelumnya. Saya mengakui mulai tertarik dengannya. Tetapi masalahnya adalah seperti berikut:
1. Beliau mempunyai dua orang anak angkat berusia 4 dan 5 tahun (anak saudara yg dijaga dari kecil kerana kematian ibunya. Bapa mereka sudah berkahwin lain dan tidak menjaga anaknya.)
2. Beliau berkelulusan diploma, saya degree dan kami bekerja di sektor kerajaan, maka perbezaan pendapatan agak ketara.
3. Beliau berasal dari keluarga yang agak susah.
4. Ibu saya agak tidak setuju dengan perhubungan saya ini kerana sebab² seperti di atas. Walaubagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan di tangan saya. Ibu saya seperti ibu2 lain mengharapkan yang terbaik untuk anaknya dan mengidamkan saya mengahwini seseorang yang sekurang2nya sama level dgn saya dan tidak terbeban dengan urusan menjaga anak angkat. Sebaliknya, bapa saya menyokong 100% hubungan ini.
Saya dalam dilema. Saya juga kerap menunaikan solat istikharah bagi mendapat keputusan yang sebaiknya. Pada pendapat Ustaz, adakah calon tersebut sesuai untuk saya? Mohon Ustaz dapat huraikan dengan lebih lanjut. Terima kasih Ustaz.
assalamualaikum ustaz,
saya turut ingin bertanya pendapat ustaz tentang masalah yang saya hadapi.
saya berumur 31 tahun dan mempunyai seorang teman lelaki berumur 34 tahun. kami telah berkenalan selama 4 tahun dan pernah merancang untuk berkahwin sebelum ini. malangnya, hubungan kami mendapat tentangan dari keluarga teman lelaki saya kerana mereka telahpun mempunyai calon isteri untuknya.
keluarga saya pula meletakkan keputusan di tangan saya dan tidak menghalang hubungan kami setakat ini.
saya pernah memutuskan hubungan kami setelah mengetahui perkara ini. pada waktu itu, teman lelaki saya telah memujuk saya sambil berkata dia tidak cintakan wanita pilihan keluarganya itu. kami kembali menjalinkan hubungan apabila teman lelaki saya berjanji untuk cuba memujuk keluarganya.
setelah 3 tahun, masalah ini masih lagi berlarutan. kadang kala terdetik juga di hati saya untuk memutuskan hubungan sekali lagi. tetapi saya bimbang tidak akan dapat mencari pengganti yang setanding dengan teman lelaki saya ini. dia seorang yang bertanggung jawab, mempunyai didikan agama yang tinggi dan amat menghormati orang tua. pendek kata, setiap ciri-ciri suami idaman saya ada padanya.
saya buntu memikirkan masalah saya ini. faktor usia saya yang semakin meningkat sering bermain-main di fikiran. selama 3 tahun saya menanggung masalah ini, saya kerap mengamalkan sembahyang hajat dan istikharah tetapi belum mendapat sebarang petunjuk. saya juga turut membaca surah al-waqiah selepas sembahyang subuh sekerap yang mungkin.
saya harap ustaz dapat memberi pandangan dan nasihat.
Post a Comment