Thursday, January 20, 2011

Diari 276 – “Dari Pengalaman Kes Keluarga Yang Dibukukan…”

“Ok bang, saya minta diri dulu ye, nak ke Kuala Lumpur” kata saya menamatkan perbualan di cafeteria Yayasan Restu Shah Alam.

Kadang kala, jika tidak ada urusan penting, selepas ceramah di Yayasan Restu, saya akan minum teh panas di cafeteria ini.

“Hari ini, kena uruskan juga ni…” kata saya pada sahabat saya Helmee yang akan menemankan saya ke Kuala Lumpur. Helmee baru sahaja selesai membincangkan program SINAR (Sejarah Islam Nusantara) yang sekali lagi akan dibuat di UiTM Shah Alam bersama guru dan staf di sana.

Sudah beberapa hari saya menangguhkan untuk memperbaharui lesen peguam syarie saya yang telah mati pada Disember 2010.

Hari ini 19 Januari 2011, Saya dan Helmee bertolak ke Kuala Lumpur jam 2.00 petang, sejurus selepas solat zohor. Destinasi pertama ialah Bangunan PERKIM di jalan Ipoh. Untuk pembayaran yuran tahunan, ia perlu dibuat di sini. Di bangunan PERKIM ini terdapat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kemudian, resit bayaran perlu dibawa ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berdekatan dengan Masjid Negara.

“Ok ustaz, nanti hari Jumaat cuba telifon ye, insyaAllah boleh siap rasanya” kata pegawai Mahkamah pada saya.

Saya melangkah keluar dari Mahkamah, tempat kebanyakkan orang yang datang di sini mempunyai wajah yang kusut.

“Kasihan, ada yang memang teraniaya” bisik hati saya.

Bidang Syariah Undang-Undang adalah satu bidang yang sangat saya sukai. Ini kerana, melalui bidang ini, kita dapat kenal ramai orang dan bantu ramai orang. Hingga kadang kala tak menang tangan dibuatnya.

Tapi, perkara yang perlu diakui sekarang ialah kurangnya suami atau isteri yang berkualiti. Buktinya kadar perceraian yang semakin meningkat saban tahun. Kadang kala, pasangan berpisah dengan alasan yang terlalu mudah.

Setelah tamat urusan di Mahkamah, saya bergegas pulang ke Shah Alam. Jam 5.00 petang, saya ada mesyuarat dengan Puan Sri Hartini mengenai pengesahan akhir buku yang “dengan izin Allah” saya susun. Buku ini bertajuk “Keluarga Bahagia”.

Segala isi ceramah saya di “Tanyalah Ustaz” bertajuk “Hak Suami dan Isteri Dalam Islam” ada di dalam buku ini.

Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor dengan disemak oleh Jabatan Mufti Selangor. InsyaAllah, dalam sebulan lagi akan terbitlah buku ini dan saya akan memaklumkan di dalam blog ini.

Buku ini di susun ringkas, hanya dalam 80 muka surat, boleh dijadikan sebagai buku saku di dalam perkongsian bersama Rasullulah membentuk keluarga bahagia.

Semoga ia memberi manfaat untuk saya dan boleh dikongsikan kepada semua di dalam usaha meningkatkan bilangan suami dan isteri yang berkualiti.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

15 Safar 1432/20 Januari 2011 jam 1.00 pagi

 

IMG_4997

Urusan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

IMG_4998

Dari pengalaman kes kekeluargaan, saya telah bukukan dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. InsyaAllah akan dikongsikan dengan umum nanti…

1 comment:

zulaikha said...

Salam,
Saya ingin mendapatkan pandangan ustaz mengenai kisah saya ini. Sebelum ini, saya ada berkawan dengan seorang lelaki. Dia telah datang berjumpa dengan family saya. Hubungan kami di restu,kami merancang untuk berkahwin setelah saya menghabiskan pengajian. Dia menyuruh saya pergi ke rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya. Saya hanya berhubung melalui talifon dengan keluarganya. Semasa kami berkawan kami tidak pernah berjumpa setelah 5thn. Sebelum ini kami sudah kenal menjalinkan semula hubungan ini dengan lebih serius,Tp malangnya apabila saya tidak pergi ke rumahnya,dia minta untuk memutuskan hubungan dengan saya. Katanya saya tidak serius dengannya. Waktu itu saya berasa sangat sedih. Walaupun saya berpisah dengannya hubungan saya dengan keluarganya masih baik. Setahun kemudian, saya dijemput kenduri kahwinnya melalui bapanya. Pada suatu hari saya, saya mendapat panggilan talifon darinya. Dia memberitahu bahawa dia akan bercerai dengan isterinya. Alangkah terkejutnya saya perkahwin dia yang dibina selama 2bulan musnah. Dia menceritakan kepada saya pada mulanya dia hanya menganggap isterinya sebagai kakak kerana perbezaan umur dan janda anak 3. Mereka hanya sekali berjumpa di rumah keluarganya dan apabila isterinya menyatakan hasrat ingin berkahwin dengannya, dia bersetuju tatkala memikirkan dirinya tiada sesiapa. Sebenarnya dia merasakan hatinya sememang sudah terbuka untuk berkahwin sejak perkenalan dengan saya. Tetapi hubungan kami tidak lama. Berbalik pada ceritanya tadi, semuanya terbongkar apabila dia memeriksa talipon isterinya semasa isterinya keguguran. Isterinya telah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sebelum mereka berkahwin. Suaminya bekerja di selatan manakala isterinya di utara. Isterinya terus menghubungi lelaki lain tanpa pengetahuan dia. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bercerai. Selepas itu hubungan saya dengan dia bertambah baik dan perasaan sayang muncul kembali. Kami mengambil keputusan untuk berjumpa setelah beberapa tahun tidak berjumpa. Apabila keluarga saya dan keluarga dia mengetahui tentang perkara ini mereka sangat terkejut. Keluarganya tiada masalah tetapi Ibu saya ingin bercakap dengannya untuk “brainwash” dia. Bukan apa dengan niat mahu dia sedar dengan apa yang telah dia lakukan pada saya dulu. Baru-baru ini ibu saya telah menghubungi dia. Ibu saya “naik angin” bila ibu saya menanyakan dia tentang hubungan ini. Dia menjawab kawan biasa. Katanya belum sempat dia menerangkan cerita sebenar, ibu saya telah mengeluarkan kata-kata “kalo kawan biasa, renggang-renggangla dengan anaknya, anggap kami tiada jodoh”. Dia terus terdiam. Katanya dia betul terguris dengan kata-kata ibu saya. Dia berkata kalau mahu brainwash biarlah ada caranya. Ini seolah-olah seperti menghinanya.Dia sedar siapa dia, hanyalah duda yang hina. Ibu saya hanya mahu lihat kesungguhan dia sudah berubah dan boleh menjaga saya. Lagi satu saya ibu saya seperti tidak boleh menerima dia bercinta dengan saya tapi berkahwin dengan orang lain. Itulah yang membuatkan ibu saya sangat marah. Selepas itu, adik saya ada memberitahu ibu saya rasa bersalah marahkan dia sebegitu. Bagi saya kekasih saya salah faham dan hatinya betul-betul terguris.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...