Wednesday, January 26, 2011

Diari 278 – “IKIM, Ceramah Di Sini Lebih Santai….”

“Mmm, kalau ustaz boleh komited, kita buat setiap Isnin minggu ketiga dan keempat” kata DJ Fairuz ketika saya datang membincangkan mengenai segmen SURI di IKIM.fm yang diamanahkan untuk diisi.

Segmen yang perlu saya isi ialah dari jam 10.00 pagi hingga 10.45 pagi.

“Bulan Januari ni, kita mula Isnin 24 haribulan ye ustaz” katanya lagi.

Pagi Isnin 24 Januari, jam 7.00 pagi, saya masih duduk di ruang tamu di rumah saya…

“Iskh, jadi ke hari ni?” bisik hati saya kerana DJ Fairuz tak pun menghubungi saya.

Jam 7.30 pagi, saya mula memanaskan enjin kereta dan mula bergerak ke Shah Alam..

“Masuk ofis dululah, tengok apa kerja yang perlu dibuat” bisik hati saya.

Berhenti dibahu jalan di Batu Tiga Shah Alam, saya menghantar mesej ke DJ Fairuz..

“Salam kak, hari ni jadi ke?”

“W’salam, jadi.. dtg ya…” balas DJ Fairuz.

Habis menguruskan beberapa perkara, jam 9.00 pagi saya mula meninggalkan Shah Alam ke Jalan Duta melalui lebuh raya NPE. Jalan masih sesak masa ini.

Saya sampai di IKIM jam 9.45 pagi. Saya melangkah masuk ke kawasan IKIM ini, setelah pintu dibukakan, saya terus menunggu di bilik menunggu yang ada di tepi studio.

Tak sampai lima minit, DJ Nurhayati mempersilakan saya masuk ke dalam studio, rupanya pada hari ini, DJ Fairuz cuti sakit, jadi DJ Nurhayati menggantikan tempatnya.

Pagi ini saya membincangkan mengenai kekeluargaan, surah rujukannya ialah surah al-Rum ayat 21.

Selama 40 minit bersiaran, banyak persoalan yang dapat di kongsikan. Ada yang nak menguji, ada yang memberikan pandangan dan ada yang memang nak tahu sungguh. Tapi secara keseluruhannya, program di radio lebih santai dari di TV.

Kita tak perlu jaga pakaian, gaya duduk, waktu iklan nak masuk pun, hanya dari kuasa DJ sahaja, tidak membabitkan orang lain.

Semoga perbahasan akan datang lebih memberi manfaat pada diri saya dan semua, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

21 Safar 1432/26 Januari 2011 jam 12.45 tengah malam

 

IMG_5119

DJ Nurhayati yang menggantikan tempat DJ Fairuz pagi ini

IMG_5103

Tajuk perbincangan adalah mengenai keluarga

IMG_5104

Habis bersiaran, seseorang telah menghantar massage pada saya “Ustaz, buatlah tajuk hak suami pulak…”

IMG_5113

Dakwah di Radio lebih luas pendengarnya

IMG_5122

Santai kuliah kekeluargaan

IMG_5126

Semoga memberi lebih manfaat pada semua….

1 comment:

Nora said...

Assalam Ustaz,

Dapatlah sekiranya didalam ceramah2 ustaz bersama IKIM dibawah tajuk kekeluargaan dimasa akan datang, dimuatkan tajuk2 seperti 'Tanggungjawap suami sebagai pemimpin kepada sebuah keluarga'. Saya rasa ceramah tanggungjawap isteri dan hak2 suami dah terlalu banyak diwar2 kan oleh ustaz2 dan ustazah2 sebab itulah ramai para suami pada zaman ini sudah naik lemak, asyik menuntut hak mereka tetapi amat sedikit yang memberi hak kepada keluarga.
Terimakasih.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...