Thursday, January 13, 2011

Diari 273 – Perjalanan Vietnam 2011

9 Januari 2011, inilah kembara pertama Universiti Kehidupan pada tahun 2011.

Jam 7.00 pagi, saya telah bersiap-siap menuju ke KLIA, hari ini saya akan bertolak ke Ho Chi Minh City. Kalau ayah atau datuk kita dulu lebih mengenalinya dengan nama Saigon.

Ia telah ditukar nama mengambil sempena nama pemimpin revolusi Vietnam yang kemudiannya menjadi presiden Vietnam pada tahun 1946 hingga 1969.

Saya sampai di Ho Chi Minh City jam 12 tengah hari waktu tempatan. Agak lambat kerana kelewatan penerbangan di sebabkan masalah teknikal. Waktu di sana kurang sejam dari Malaysia.

Saya telah ditunggu oleh sahabat saya, Ustaz Halim, seorang ustaz lulusan Madinah yang kini bekerja di kedutaan Kuwait.

Komunikasi dengan Ustaz Halim hanya dapat dibuat dengan bahasa Arab. Beliau tidak tahu bahasa Melayu dan hanya sedikit bahasa Inggeris.

Kehadiran saya ke Indo China ini ialah untuk menyusun perjalanan “travel” ke sini. Baru-baru ini, saya telah mengambil alih sebuah Travel Agent yang diamanahkan pada saya.

Perjalanan ini mungkin tidak pernah disusun oleh mana-mana “travel” sebelum ini.

Kita biasa berjalan ke negara-negara seperti ini, tetapi kita jarang mengembara dengan mengadakan hubungan sesama orang Islam hingga dapat mewujudkan berbagai perkara antara muslim.

Bermula dengan hanya berjalan dan menziarahi mereka, kita boleh mewujudkan kerjasama ekonomi sesama muslim walaupun mungkin pada permulaannya secara kecil-kecilan.

Di Vietnam terkenal dengan kain yang cantik dengan berbagai warna dan kualiti. Begitu juga dengan tenaga buruh untuk menjahit. Memang ada sebelum ini, ada orang dari Malaysia mengambil baju kurung, telekung dan sebagainya dari sini, tapi kebanyakkannya dari orang bukan Islam.

Dengan perjalanan yang saya cuba susun ini insyaAllah, kita akan mengenali kawasan muslim dan mungkin dapat mewujudkan kerjasama ekonomi.

Selain itu, kita boleh juga menguruskan korban atau aqiqah di sini kerana kebanyakkan orang Islam di sini juga agak susah. Lagi pun harga lembu atau kambing di sini tidaklah semahal di Malaysia.

Pendek kata, banyak lagi yang sedang disusun. Kemuncaknya, semoga Allah mengizinkannya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 12.45 tengah malam

IMG_4625

Sesampainya saya di Ho Chi Minh, bendera parti Komunis berada di mana-mana, tidak sampai sebulan, Vietnam akan merayakan hari Kebangsaan mereka.

IMG_4626

Ho Chi Minh terkenal dengan kenderaan motorsikal

IMG_4640

Bangunan yang sedang dibuat seakan menara Rebung di Malaysia

IMG_4642

Patung Tran Hung Dao seorang bangsawan dan jenderal pada masa Dinasti Tran. Ia terkenal karena keberhasilannya menghalau Monggol atas negerinya yang menjadikannya salah satu pahlawan nasional Vietnam pada kurun ke 12 masihi.

IMG_4646

Peniaga kaki lima

IMG_4648

Penjual benih dan anak pokok bunga

IMG_4649

gelagat peniaga, budaya berniaga agak tinggi di sini.

IMG_4652

Muzium perang

IMG_4663

Saigon Square, antara pusat membeli belah di sini.

IMG_4656

Kedai yang membuat baju-baju kurung untuk pasaran Malaysia

IMG_4662

Kawasan baju yang harganya jauh lebih murah

IMG_4639

Setelah menyusun perjalanan “Travel” ini, saya melihat juga bagaimana untuk menghantar barang balik ke Malaysia.

3 comments:

sidris said...

assalamulaikum ustaz,
kami berhajat keHCMC pd Mac ini dan ingin berjumpa dgn umat islam disana.Apa cadangan ustaz mengenai pilihan tempat penginapan,kedai makan,mesjid dan surau kerana kami akan bawa sedikit infak utk sahabat2 seagama.Apa komen ustaz?

Anonymous said...

salam ustaz..macamana saya nak mengikuti rombongan ke saidon ni...terimakasih...

camarputih said...

assalamualaikum ustaz..

memang bagus cadangan untuk membuat usahasama ini.. win-win situation.. kiranya, serampang dua mata, ukhwah & pembangunan ekonomi.. harap ustaz boleh berikan lebih detail selepas ini..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...