Tuesday, June 15, 2010

Universiti Kehidupan 154 – Pelajaran Di Padang Pasir Sahara

Saya agak bertuah kerana disapa oleh Imam Yusuf Sanusi ketika saya dan rombongan sedang makan tengah hari di Kota Siwa, kota yang telah berumur tiga ribu tahun pada 1 Jun 2010 lalu.

Berada di Kota Siwa sangat mengujakan kerana kita duduk di tengah-tengah runtuhan kota lama. Perasaan ini sama seperti ketika saya berada di Kota Toledo Spanyol, kota lama Islam beberapa tahun lalu.

Bezanya, kota Toledo, kita merasakan zaman pertengah Eropah kerana jalan yang digunakan adalah jalan kuda dan disetiap kedai dan hotel terdapat baju-baju besi pahlawan silam.

Di kota Siwa ini, jalannya, masih lagi berdebu, bangunannya masih menggunakan tanah, pelepah tamar dan dahan pokok zaitun.

Bank di sini juga dari tanah dan pelepah tamar, tidak ada penjaga, tetapi penuh dengan tazkirah agar jangan mengambil hak orang lain dan peringatan agar takutkan Allah.

“Ye tak ye juga, kalau nak rompak bank pun, nak lari ke mana? Kota ini tengah padang pasir” bisik hati saya.

Keldai menjadi tunggangan utama di kota ini.

Imam Yusuf menyapa kami dengan mesra. Rupanya, beliau adalah pelajar al-Azhar dan merupakan anak jati Siwa yang dapat melanjutkan pelajaran ke al-Azhar.

Ketika duduk di Damanhur dahulu (salah satu cawangan Azhar) beliau amat rampat dengan pelajar Melayu.

“Kalau kamu datang ke Siwa ini, kamu mesti kena pergi padang pasir sahara, padang pasir yang menghubungkan antara Mesir, Sudah dan Libya” kata Imam Yusuf.

“Kalau kamu setuju, saya akan cuba uruskan kamu untuk ke tengah padang pasir sahara ini, dan kalau kamu minat, malam ni, kita tidur di perkhemahan Badwi di tengah padang pasir” kata Imam Yusuf lagi.

Semua anak murid saya memandang saya,

“Ustaz, nak ustaz, nak…..”

Masing-masing menunggu jawapan dari saya.

“Baiklah, tapi apa-apa jadi, kita hadapi sama-sama ye…” kata saya.

“Ok” jawab mereka gembira.

Untuk masuk ke tengah padang pasir Sahara, kami terpaksa menaiki kenderaan 4x4. Ini kerana kenderaan biasa tidak akan dapat membelah padang pasir sahara yang terdiri dari pasir-pasir halus bagaikan pasir pantai.

Kadang-kala, angin bertiup kencang dan mampu merubah bukit dari kiri ke kanan.

Jam 4 petang, setelah berjalan di sekitar kota Siwa, 2 buah 4 x 4 telah disediakan oleh Imam Yusuf. Kami mula membelah padang pasir sahara ini.

Ada dua perkara yang paling menarik berada di padang pasir sahara. Pertama ialah, ditengah-tengah padang pasir yang gersang ini, tiba-tiba ada kawasan oasis dan ada tasik yang mempunyai air tawar.

“Subhanallah”, sangat besar kekuasaan Allah.

Dan cuba kita bayangkan, tasak air tawar ini pula terdapat ikan. Dari mana datangnya ikan di tengah padang pasir ini.

Inilah kebesaran Allah.

Kami singgah di tiga oasis. Yang pertama terdapat kolam air panas. Yang kedua, terdapat tasik besar dan yang ketiga terdapat kolah air panas juga.

Setelah melawat ketiga-tiga oasis tadi, kami dibawa meredah ke tengah padang pasir. Bahang padang pasir menerjah muka.

Di padang pasir ini, kita tidak akan tahu apa yang ada di hadapan. Sedang kami berjalan, tiba-tiba, kami menjunam setinggi bangunan 5 tingkat, rupanya, jalan yang kami lalui semakin mendaki dan tiba-tiba ia habis dan menjunam.

Semua yang ada di dalam kenderaan menjerit. Seakan-akan menaiki roller coaster. 4x4 yang kami naiki seakan mahu terbalik. Tetapi, Arab Badwi yang membawa kami sangat cekap. Dah memang hari-hari dia melalui jalan ini. Dia dapat mengawal kenderaan dengan baik.

Bukan sekali, lebih 10 kali perkara ini terjadi, sedang baik-baik jalan, tiba-tiba menjunam.

Kami berhenti sebentar apabila gear 4x4 yang kami naiki rosak.

“Ya Allah, tengah padang pasir, dengan line telifon pun tak ada, macam mana ni” bisik hati saya.

Rupanya, berjalan di padang pasir ada sistemnya tersendiri. Kita tidak boleh jalan bersendirian. Mesti ada dua buah kenderaan sekali gus. Jika salah satu rosak, maka akan ada sebuah lagi. Ia seperti sistem buddy di dalam aktiviti menyelam ke dasar laut.

Ini kerana, berjalan di padang pasir pertaruhannya adalah nyawa. Sama seperti menyelam. Kenderaan kami dibaiki pulih dan setengah jam kemudian boleh berjalan seperti biasa.

Inilah pengalaman perjalanan padang pasir. Kita tidak tahu apa yang terjadi di hadapan kita. Kita kena sentiasa bersedia dengan kemahiran dan persediaan mental yang kuat.

Kalau tiba-tiba kita menjunam, kita akan bersedia untuk berhadapan dengan terjunan itu.

Setelah melalui beberapa kali terjunan pada gaung-gaung padang pasir, semua yang ada sudah tidak takut lagi, malahan yang ada, semua merasa seronok dan meminta agar pemandu mencari lagi terjunan-terjunan padang pasir ini.

Apa pengajaran yang dapat kita timba dari perjalanan di tengah padang pasir sahara ini?

Inilah kehidupan. Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di hadapan kita. Barang kali kita menyangka kita sentiasa berada di atas, rupanya, setapak kemudian, kita menjunam setinggi bangunan beberapa tingkat.

Jika kita tidak bersedia dengan ketahanan iman dan ilmu, maka kita akan jatuh dan tidak akan mampu untuk bangun kembali.

Tetapi, jika sentiasa bersedia di dalam hidup kita dengan iman dan ilmu, apa yang terjadi di dalam kehidupan, kita akan tenang dan tabah.

Sesungguhnya, berani sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita berjaya. Berani mesti dikukuhkan dengan ketabahan. Kerana orang yang berani tanpa tabah, orang yang berjaya membuat sesuatu tetapi mudah kalah jika datang ujian.

Lengkapkanlah diri kita dengan iman dan ilmu, semoga kita akan sentiasa berani, tenang dan tabah di dalam ombak kehidupan.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Rejab 1431/15 Jun 2010 jam 2.15 pagi

Kebanyakkan penduduk kota Siwa berasal dari keturunan Arab Maghribi, Libya dan Tunisia. Pakaian harian mereka adalah jubah

Padang pasir Sahara yang menghubungkan antara Mesir, Libya dan Sudan

Pasir Sahara sangat halus seperti pasir pantai

Kenangan perjalanan bersama murid saya

IMG_0753

Padang pasir ini berubah-ubah mengikut angin, bukit tinggi juga boleh berubah

IMG_0758

Untuk meredah padang pasir Sahara, ia perlu berjalan dengan dua kenderaan, jika satu rosak, masih ada satu lagi untuk mendapatkan bantuan

IMG_0762

Bentuk padang pasir Sahara

IMG_0798

Imam Yusuf

IMG_0805

Berehat di oasis, tengah padang pasir

IMG_0811

Rombongan lain yang memasuki padang pasir ini

IMG_0815

Antara bentuk bukit-bukit pasir

IMG_0819

IMG_0822

IMG_0833

Kenderaan kami rosak sekejap

IMG_0834

Agak macam mana kalau rosak lama…

IMG_0857

Ewah… :) Ya Allah, jadikan aku dan seluruh ahli keluargaku orang yang sentiasa mendapat keredhaanMu, yang tidak pernah gentar dan takut pada urusan dunia, amin…

IMG_0861

Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita, kadang kala, terjunan itu setinggi bangunan lima tingkat

IMG_0864

Orang putih suka ke tempat macam ni…

IMG_0879

R&R padang pasir

IMG_0889

Gambar (1) kita tidak tahu apa yang ada di hadapan

IMG_0890

Gambar (2) tiba-tiba kita sedar bahawa kita berada di cerun yang tinggi, apa boleh buat, terjun sahaja…

6 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Ustaz,
Ini kali pertama mama nadz baca mengenai perjalanan di Padang pasir , sampai macam tu sekali pengalamannya. Bagus nya sebagai info kepada yang tak kesampaian mengalaminya.

PINATBATE said...

Salam..
rasanya baru pertama kali ustaz paparkan gambar ustaz sekeluarga dlm blog..mabrouk..berapa usia anak ustaz yer..Alhamdulillah sudah merasa pengalaman meredah padang pasir

Anonymous said...

Syukur alhamdulillah ustaz sekeluarga dan anak-anak berpeluang dan selamat merempuh pengalaman di padang pasir gurun sahara. Satu pengalaman yg amat berharga yg tidak boleh diukur dgn wang ringgit dan tidak dpt dijual beli. Syabas ustaz, tidak semua org dapat peluang sebegini terutama kepada sikecil.

shaifulzaman said...

Salam ya ustaz,

Menarik sekali coretan perjalanan ustaz.Kalau boleh saya pun ingin kesana.Bagaimana caranya ya?

Anonymous said...

Salam Ustaz, Apakah cerai menjadi 'rujuk' selepas isteri meletakkan ubat di alat sulit suami? Dan selepas solat, suami-isteri bersalaman dan suami mencium dahi isteri seperti biasa..Harap penjelasan Ustaz.

Howard Finance said...

Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com

Perkhidmatan Disediakan termasuk

* Penyatuan Hutang
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Peribadi.
* Pinjaman Kereta
* Sewa dan House Pinjaman

Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com

Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

Selamat sejahtera.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...