Kita semua adalah Khalifah, khalifah adalah pemimpin. Gelaran itu bukan sapa-sapa pandai-pandai beri, tetapi, Allah sendiri yang mengakui dan mengiktiraf kitalah pemimpin. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:-
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi (surah al-Baqarah ayat 30)
Walaupun kita pemimpin, kita adalah pemimpin yang dilantik oleh Allah. Sebab itu, untuk memimpin kita perlu menurut arahan dari Allah yang melantik kita.
“Ah… tak mahulah….kolot, jadi orang agama tak best, tak up to date, anti establishment”
Kalau kita tak ikut Allah, kita akan ikut sapa?
“Kita tentukan hala tuju diri kita ikut suka hati kitalah…..”
Dalam diri kita ada satu pengaruh besar, ia dinamakan nafsu. Jadi, kalau ikut suka hati kita, biasanya orang akan ikut seronok nafsu.
Apa akan jadi, kalau orang ikut nafsu? Allah berfirman:-
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (Surah al-Jathiyah ayat 23)
Hmmmm, akan rosak dan rosak apabila orang telah sesat, jadi, Allah pesan lagi pada kita:-
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A’raf ayat 179)
Bagaimana nak jadi khalifah? Mana nak mulakan?
Ya, kena mulakan dengan iman dan ilmu kerana dengan iman dan ilmu akan membezakan kita dengan penyembah hawa nafsu.
Bila kena mula?
Seawal yang dapat, lagi awal lagi bagus.
Hari ini, 7 Jun 2010-11 Jun 2010, saya bersama MBSA menganjurkan program “Young Khalifah” di Kompleks Warga Emas seksyen 24 Shah Alam.
Penyertaan hanyalah untuk 100 orang. InsyaAllah, di waktu lain boleh anjur lebih ramai lagi.
Ada perkara gembira dan ada perkara sedih ketika hari pertama mengendalikan program Young Khalifah ini.
Yang menggembirakan ialah saya dapat bersama anak-anak Melayu Islam saya.
Yang agak menyedihkan, ketika saya meminta mereka semua memejamkan mata (agar tidak dilihat oleh kawan sebelah menyebelah) kemudian mengangkat tangan bagi siapa yang tidak reti mandi wajib, yang tak hafal doa iftitah, agak ramai yang mengangkat tangan secara jujur.
Malahan agak menyedihkan lagi ialah,
“Minta semua pejam mata, angkat tangan siapa yang tak tahu bacaan waktu rukuk” kata saya
Ada juga yang mengangkat tangan.
Alhamdulillah, sebab itu mereka berada di sini hari ini. Tapi rupanya, banyak juga anak-anak kita yang soal sembahyang pun belum selesai lagi.
Bagaimana nak bicara menjadi seorang khlifah.
Sidang pembaca…… minta tolong tengokkan anak-anak kita ye…. Jangan sampai benda fardu ain asas pun mereka belum lepas.
Takut nanti menjadi orang yang tidak sembah Allah.
Kalau sembah Allah pun tak hafal lagi, agak-agak mereka dah hafal ke doa pada kita ketika kita menjadi ahli kubur?
Syabas dan tahniah pada MBSA yang menganjurkan program Young Khlifah ini, dan syabas dan tahniah pada ibu ayah yang menghantar anak-anak mereka.
Semoga memberi manfaat nanti, amin….
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
25 Jamadil Akhir 1431/8 Jun 2010 jam 12.30 tengah malam
Pendaftaran untuk 100 orang sahaja
Pembahagian kumpulan
Bengkel dalam kumpulan
Sarapan pagi
Sarapan bersama Fasi
bersiap sedia sebelum mula sesi seterusnya
Peserta memerhatikan ayat-ayat hafalan yang perlu dihafal
inilah, Young Khalifah
Modul pertama, solat Nabi mengikut Mazhab Imam as-Syafie
Latihan makan dalam dulang
Program di Kompleks Warga Emas Shah Alam
Taklimat akhir bersama pembantu Fasilitator
1 comment:
Salam Ustaz...
Terimakasih diatas peringatan.
Bagus program nii...sayang saya tak mengetahuinya lebih awal...jika tak terisi juga masa anak saya dgn program yg baik nii...
Insyaallah dilain masa kut...
Wslm
Post a Comment