Tuesday, June 22, 2010

Jawapan Pada Persoalan 109

Alhamdulillah, pada kesempatan ini, dapat saya melihat beberapa soalan yang diajukan.

Guest Harap ustaz dpt membantu.Too much free time I have and I dont like to socialise.suka sendiri untuk elakkan dosa no satu iaitu MENGUMPAT. 2010-05-25 4:34 AM

Bagus, lagi bagus kalau dapat sesuaikan diri di tengah masyarakt tanpa dosa

Guest Salam Ustaz,seorg wanita berusia 53thn,bersara selepas 33thn berkerja.ingin habiskan masa dengan beribadah tapi lemah tiap kali saya coba. So far saya dpt istiqamah melakukan tahajud saja,ngaji kadang2,puasa sunnat susah sangat.maut sedang menunggu saya dan saya ingin buat lebih ibadah. 2010-05-25 4:28 AM

Alhamdulilah, teruskan mujahadah dalam beramal

Satu Perjuangan 2009Assalamua'laikum warahmatullah. Insha Allah mohon penjelasan mengenai hukum bermain permainan online ( sesuatu yang melalaikan ), namun tetap berusaha untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Apakah kesannya terhadap hati? 2010-05-24 6:43 PM

Tinggalkan perlahan-lahan

zakina salam ustaz,saya ingin tahu apa maksud skiranya sring brmmpi buruk sprti,suami dipukul org,anak mati di bunuh & anak jatuh dlm telaga? 2010-05-24 4:07 PM

panjang umur

Guest salam. ustaz, saya amat bersedih hati krn semua doa yg sy poho backlash balik. mintak jadi baik makin jahat sy skang ni. skrg sy takut dah nak berdoa. 2010-05-24 11:48 AM

Teruskan berdoa dengan bersungguh-sungguh. Sambil itu tinggalkan amalan jahat dengan bersungguh-sungguh jangan ulangi lagi

Guest Ustaz, benarkan duit pencen socso yg diterima krn kematian suami adalah merupan harta pusaka dan perlu dibahagikan secara faraid? 2010-05-24 8:20 AM

Tidak

Guest salam ustaz,klu kite xdpt pe2 petunjuk dr solat istikarah..mcmne ye.. 2010-05-23 5:41 PM

Allah akan memberi petunjuk dalam macam-macam keadaan, tak semesti melalui mimpi, kadang kala, semakin mudah kita melakukan sesuatu, itu juga petanda

G Salam. Ustaz solat sunat apakah yg plg bagus dibuat di Hijir Ismail & di depan Multazam?2010-05-23 6:02 AM

Semua bagus

Guest ustaz bagaimana untuk menasihatkan anan2 yang tak mahu sholat tolong la beri saya panduan ye ustaz terkadang-kadang saya rasakan hidup ini sunyi walaupun ada anak2 dan juga suami namun mereka tak ada yang boleh membahgiakan jiwa dalaman saya 2010-05-26 3:34 AM

Itu adalah ujian untuk Puan, teruskan bermunajat kepada Allah agar membuka hati mereka dan diberikan hidayah

Guest suami tidak kisah jika kelas berdekatan. Tetapi kelas agama itu jauh, dan risau keselamatan perjalanan isteri pergi dan balik. Apakah pendapat ustaz? Si suami tidak suka si isteri pergi ke kelas agama tersebut dan melarang. Tetapi diberi keizinan kerana suami tidak boleh melarang isteri ke kls agm 2010-05-25 11:13 AM

Kalau suami tak bagi, tak payah pergi, cari alternative terbaik atau pujuk hingga dia merestui

Guest ustaz,jika isteri pergi ke kelas agama tidak kisah betapa jauh tetapi tidak sempat mengemas rumah. Suami pula tidak mahu pergi bersama. bagaimana ya 2010-05-25 11:07 AM

Tak patut…

Nurul sudah 2 kali saya bermimpi makan daging khinzir.. lepas saya makan tu saya sedaya upaya muntahkan daging tu..apa maknanya?? 2010-05-25 6:43 AM

Ada buat salah walaupun menyesal, tapi kerana tak mampu lawan nafsu, terbuat juga..

PAS Bkt Sentosa 2 Salam ziarah 2010-05-25 6:22 AM

Salam

mahir assallamualaikum 2010-05-27 2:52 PM

Waalaikumsalam

atie adakah wajib seorang perempuan yang sudah berkawahwin untuk keluarkan zakat pendapatan 2010-05-27 8:12 AM

kalau dia ada pendapatan, maka wajib

Guest assalamualaikum ustaz,saya bermimpi suami minta kain pelikat pada saya,apakah maknanya,terimakasih semoga allah merahmati ustaz sekeluarga 2010-05-27 5:16 AM

Ada menaruh sesuatu yang tidak pasti pada suami

ingin tahu ust, siapa sebenarnya imam mahdi?dari golongan mana?adakah dia ketika ini hidup@belum dilahirkan? 2010-05-27 3:14 AM

Wallaualam

Agensi Ust, mohon kebenaran menyalin Diari 103 kedalam blog saya. 2010-05-27 2:16 AM

Silakan

Emma Assalamualaikum ustad saya nak tanya..boleh ke kita mengambil wuduk dalam keadaan haid.. 2010-05-27 1:38 AM

Boleh

oman ustaz boleh tak saya bersentuh kulit dengan sepupu saya punya anak.2010-05-26 7:06 AM

Boleh, tapi batal wudhuk

Lin Salam, bgmn Allah menilai aurat wanita di akhirat kerna berbeza antara mazhab. kdg2 rasa x adil sbb m. Syafie paling ketat 2010-05-26 3:46 AM

Bukan persoalan tidak adil, Imam Syafie adalah seorang yang ketat dan berhati-hati demi dalam menjaga hukum berkaitan dengan aurat

Guest salam ustaz..ustaz ade tak link untuk download asma husna yg versi baru tu..saye ade try cari tp tk dpt..dpt dgr pun ble rancangan tanyalah ustaz abes 2010-05-28 2:43 PM

Tak ada..

Guest Salam.Ustaz.apakah hukum solat tanpa mndengar khutbah kerna bersembang dluar masjid? 2010-05-28 2:14 PM

Kalau tidak mendengar khutbah maka tidak kira pahala Jumaatnya, solat sah, tapi pahala kurang atau tidak ada..

Guest Salam. Ustaz, saya ada terima email yang mengatakan tulisan pada kasut croc adalah berbentk Allah dalam jawi. So, bole ke tak pakai ksut tu? Lagi , tulisan tu tak padti kebtlan atau drancang..So bole ke kita guna ksut tu? 2010-05-28 1:49 PM

Kalau betul nama Allah, tak boleh

afais fairuz Salamalaik ust, dengar ada di cairo.. Kalau free leh kita jumpa.. ni no. ana +20111261709 2010-05-28 11:43 AM

pior_muslimah salam ziarah..nice blog... 2010-05-28 8:36 AM

Hamba Allah Assalamualaikum Ustaz..izinkan saya menyimpan segala apa yang ustaz perkatakan dalam blog ini untuk panduan dalam meniti hidup di dunia ini.2010-05-28 7:31 AM

Simpanlah dan sebarkan sebaik mungkin

mizan A'kum Ustaz, Sy tidak b'cdang nak guna duit dividev drp kwsp yg sy dapat kerana was2 dgn perolehannya. blhkah di infaqkan kepada rmh HIV ustaz. TQ 2010-05-30 2:47 AM

boleh

Guest apa hukum mggunakn duit jbtn mbeli uniform dpakai utk majlis tp duit ditulis ats pmbelian makanan bkn uniform ats arahan org ats.. 2010-05-30 12:02 AM

syubhat

pn.su salam..berdosakh sya tidak mentaati suami yg minta sya memakai purdah krn sya belum bersedia. sya hanya surirumah yg terjaga pergaulannya.. 2010-05-29 11:05 PM

atas keadaan, kalau dengan tanpa pakai purdah, menjadi fitnah atau kecantikan puan, maka wajib kena pakai

AL-HAFIZ salam ustaz.....ape jdi klau smbng bljr gune ptptn....sbab ptptn ade faedah...???2010-05-29 3:36 PM

Nak buat macam mana, kira darurat laa tu. Banyakkan istighfar

SpekMan Salam Ustaz, saya ingin bertanya mengenai solah sunat hajat..ada yg memepertikaikan ia tiada nas yang kuat, mohon pencerahan..dah jadi ribut di kariah2010-05-29 8:03 AM

Rujuk surah al-Baqarah ayat 45 dan 153

SRAR salam ust, harap perjalanan selamat pegi & balik. tumpang tanya jika ust mampu tafsir apa maksud mimpi bila ada org cuba menculik anak saya? Tks. 2010-05-29 4:18 AM

keselamatan

A'in memadiaiikah seorg itu sekali taubat nasuha diikuti dgn smbhyang sunat taubat,disusul seepas itu dgn amlan beritigfar dan solat sunat tuaubt spt biasa 2010-05-29 3:31 AM

A'in adakah dibolihan menuaikn solat jamak asar dgn jumaat[jama tagdim]serta qasar asar2010-05-29 3:25 AM

boleh

A'in salam ziarah ustaz mmenuhi jmputan kahwin mmeadai diwakili sekuran2nya sorang atau dua ahli keluarga anak atau suami adakah tertunai tuntan syarak 2010-05-29 3:21 AM

Seorang pun boleh

intan salam ustaz. Adakah ank saudara lelaki mahram dgn mak saudara tiri atau nenek saudara tiri? 2010-05-28 11:28 PM

tidak

AL-HAFIZ salam..ustaz...adkah dikira mati syahid skirnye kite mnghantar barang bantuan ke plstin lpas 2 kite di tmbk askar yahudi 2010-06-01 3:09 AM

Syahid apabil niatnya meninggikan kalimah Allah, semoga mereka dianugerah syahid

blong salam utz,boleh ke kita gi umrah or hj,sdgkan kita masih ada hutang pinjman masa belajr dulu secara berkala masih blum dilunaskn? 2010-06-01 2:33 AM

boleh

zakina salam ustaz,apa maksud mmpi hilang anak,bila jmpa anak mati lemas,nk selamtkan,dia plak dh hilang? 2010-05-31 12:35 PM

panjang umur

ABDULLAH1412H SEMOGA ALLAH MEREDHOI KITA 2010-05-31 12:17 PM

Amin..

Hjh Zarina Salam. Sy ingin menjaga aurat, tetapi bla di rumah utk menjemur kain agak sukar bagi sy utk memakai stokin. apa perlu saya buat? 2010-05-31 5:02 AM

Kalau tak ada orang intip kaki tu, tak apa..

aya ustaz, adakh lmbt jodoh ada kaitan dgn saka @ jin yg menganggu tanpa kita sdar2010-05-30 7:29 AM

Ada berpendapat demikian, tapi saya tidak jumpa dalilnya, walaubagaimana pun, perkara yang saya tidak jumpa bukan bermakna tidak ada, rujuk ustaz lain

Guest ustad, berdosakah kalu kita lebihkan suami dari ibu sendiri 2010-06-02 6:59 AM

misai apala awak ni,mcm x ngaji je.tanya soalan yg mencerminkan diri syurga dibah tapak kaki suami bila dh kawin bukan lg kt ibu.tp jgnla mlampau plk 2010-06-02 1:48 PM

hamzairi salam. bagaimana cara paling mudah utk kite sedar dari melakukan dose dan bertaubat? 2010-06-02 6:15 AM

kena ada kemampuan melihat kelemahan dan keaiban diri

msziera As'salam,apa pendapat ustaz jika seseorg mengambil anak angkat yg bertaraf luar nikah? Keturunan adalah penting tp seorg bayi itu adalah suci. 2010-06-02 3:19 AM

Boleh, dan didik anak itu, seseorang akan berubah dengan ilmu yang ada pada dia

Guest slm. ingin tahu berapa ramai malaikat mungkar nangkir dlm alam ni sbb ramai org mati serentak.tk ustaz 2010-06-02 2:46 AM

Allahualam

Guest salam, ustaz,adakah talak tidak jatuh sekiranya talak itu disebut ketika isteri sedang hamil, setahu saya talak tetap jatuh,tetapi bila ada yg mengata 2010-06-02 12:47 AM

Jatuh

bintang27 salam,ustaz ade x kisah burung membantu memadamkan api nabi ibrahim?2010-06-01 6:40 PM

Ada, tapi kisah itu israilyyat

Guest salam.. bintang27, buku kisah burung 2 ada kt kedai2 buku @ kedai buku islamiah... salam.. 2010-06-02 2:00 AM

Guest KNAPELAH KTE MATI 2010-06-04 9:42 AM

Untuk Allah nilai mana antara kita yang paling baik amalannya

naqibah sala..ustaz,apa maksud kita bermimpi kita pergi umrah? 2010-06-04 5:54 AM

Kebaikan

Tuty Salam ustaz...apakah makna mimpi sy..brmimpi muntah mengeluarkn najis dr mulut.trimakasih. 2010-06-03 5:44 AM

Ada keaiban yang orang tahu

shushi Salam ustaz..sy pernah bermimpi naik k.terbang ttp k.trbang itu tk dpt berlepas,apakah maknanya. 2010-06-03 5:38 AM

Ada hajat yang sangat kita inginkan belum kesampaian

Guest Apa hukum bercukur kening bagi wanita dgn alasan untuk mencantikkan atau menghias diri untuk suami... 2010-06-07 9:18 AM

Haram kerana wujud dalil mengharamkan cukur kening walaupun ia adalah arahan dari suami

Nurhayati Assalammualaikum ustaz..ada tak email ustaz..sbb sy byk soalan nak tanya.. email sy mail terima kasih 2010-06-07 7:16 AM

Ni email saya muhamadbinabdullah@gmail.com Maafkan saya, lebih baik Puan bertanya di ruangan ini sahaja, kerana melalui email agak lambat saya menjawabnya

hafiz salam ustaz, mohon copy menggenai masjid umawi, untuk menambah ilmu dan nota utuk pengajian saya.. 2010-06-06 12:33 PM

Silakan

azizan Slam .. Ustaz .. apa hukumnye memelihara ikan dalam akuarium untuk hiasan di rumah ?2010-06-05 9:11 AM

Harus kalau akurium itu besar dan fitrah berenang bagi ikan disempurnakan

faizal ustaz: kaki saya ptah..bhagia metatarsus.jd mnyukarkan saya untuk dudk antara 2 sjud dan tahiyat akhir dlm tmpoh yang lame. boleh tak saya solat duduk 2010-06-05 7:54 AM

Boleh

Guest assalamualaikum.ustaz betul kie kalau dosa zina tak akan diampun selagi tidak dijalankan hukum hudud terhadap penzina 2010-06-05 2:50 AM

Ya, dosa zina hanya diampukan dengan hudud sahaja, tetapi jika tidak dapat hudud, maka taubat sungguh-sungguh, jika Allah kehendaki Allah boleh ampunkan dan jika Allah kehendaki Allah boleh azab (maksud hadis)

Sara Salam, semasa baca Al Quran terjemahan dlm keadaan berhadas kecil, bolehkah kita menyentuh ayat-ayat Al Quran tersebut? 2010-06-08 6:09 AM

Elakkan

Boxhousestudio 'Young Khalifah"...sedap di sebut, sedap di dengar..BHS suka..aman, tenang...pengisiannya pasti impak maksima..InshaALLAH... 2010-06-08 4:35 AM

Guest Salam ustaz. Mcm mana ustaz buat solat dlm kapal terbang? 2010-06-08 3:03 AM

Solat di ruangan belakang

zurina ustaz, ada seorang makcik ni mengamanahkan pada saya baju2 kurung beliau yg lama utk di sedekahkan. KAt mana tpt yg paling sesuai utk saya menderma ba 2010-06-07 5:54 PM

rumah orang tua

Guest salam ustaz..boleh x kalau kita jamakkan solat kita dlm pejlanan pulang dr tmpat yg kiter telah pergi..jarak perjlanan melebihi 2marhalah la.wassalam 2010-06-07 1:26 PM

boleh

Guest salam ustaz,apa hukum kalau letakkan sesuatu diatas alquran dan ada x larangan atau syarat2 untuk puasa sunat pd hr jumaat dlm bulan biasa..wassalam 2010-06-07 1:20 PM

Hukum meletak barang di atas al-Quran dikira sebagai kurang adab terhadap al-Quran dan boleh jatuh haram jika niat menghina,

kalau ingin berpuasa pada hari Jumaat maka perlu puasa pada hari sebelumnya atau hari selepasnya

MYY Salam. Kenapa ustaz suka guna perkataan 'kala' skrg? hehe, maaf, saje ngusik2010-06-11 4:28 AM

Guest Salam ustaz, apa mksud derma dr anak arwah ibupaba dpt pahla? Prluke c anak masa nk sdekah niatkan utk arwah @ arwah dpt scara otomatik, x perlu niat? 2010-06-11 2:38 AM

Perlu niatkan untuk si arwah. Kerna setiap amalan itu didahulukan dengan niat

aishah assalamualaikum ust, saya nak tau ada tak artikel ust tentang kehidupan Rasulullah seawal baginda terjaga dari tidur hinggalah baginda tidur kembali. 2010-06-09 6:08 AM

ada tapi belum dimasukkan ke dalam blog ini

azlane salam ustaz.. minta izin nak pstkn facebook utk sharing dgn shbt2.2010-06-09 3:25 AM

Boleh, silakan

A'in uztz,bolehkh jamak solat semasa ulang alik kerja lebih 2 marhalah tiap hari n bolehkh jamak asar n jumaat 2010-06-09 1:03 AM

boleh

Guest assalamualaikum. tertidur selepas istikharah, bermimpi: isteri kepada seorang teman nazak dan meminta sy berkawin dengan suaminya. 2010-06-13 7:49 AM

Teman itu ada masalah yang kena tuan bantu

IZAH ustaz...slpas kite nikah..antare ibu kandung n ibu mertua,sape yg harus didahulukan?harap ustz dpt membantu... 2010-06-13 7:10 AM

Ibu kandung lebih perlu diutamakan

Hamba hina Sy masukkan RM50 ke ijabah mlalui maybank2u pada 3 jun 2010 dgn niat byar fidyah.RM50 same dgn brape cupak? nk buat catatan.terima kasih ustaz. 2010-06-13 1:57 AM

Satu cupak RM 1.75

emi salam ustaz,benar kah,isteri yg d tinggal suami itu ,d pandang hina 2010-06-11 11:42 PM

Bukan dipandang hina tetapi boleh mendatangkan fitnah

zalina salam ustz,saya ingin tahu betulkah amalan ini semasa jenazah di bawa pulang ke rumah semua barang berasaskan kaca sepeti gambar brbingkai dan cermin harus ditutup atau dturunkan..jika ya kenapa? dan lagi apakah larangan tg sebenarnya..dan apa yg boleh dan tidak boleh di lakukan 2010-06-14 3:22 PM

itu kepercayaan orang Melayu, tak ada dalam Islam

Guest salam ustz,saya ingin tahu larangan dalam islam semasa orang islam meninggal dunia..2010-06-14 3:10 PM

Jaga perkara untuk menghormati jenazah dan keluarganya

Ahmad Sy bljar di K Lumpur slama 3 thn. Kg di Taiping, Perak. Klau balik Sabtu dan Ahad ke Taiping, boleh Smbhyng Jamak/Qasar di rumah Taiping? 2010-06-14 6:17 AM

Boleh

Guest Ustaz, betulla kata ustz. wlaupn sya berdiam ngn suami (protes) tp hati sya x tenang/senang tp sya tetap diam jugak, ngape ustz? Mybe terluka@kecewa dgn perbuatan dia yg masih merahsiakn akan hubungan dgn kekasih gelapnya @ sikap saya sendiri yg x mpercayainya? Sya sayangkan rmahtngga ini tp dia masih ada hubungan dgn kekasih gelapnya wlaupn dia menafikannya, sya ada bukti2nya. Tolong ustz?? TQVM 2010-06-14 2:16 AM

Sabar dan tabah, Allah bersama puan…

kirana ustaz, mintk tlg sgt2. sy penah bt istikharah jodoh dan bc doa istikharah dan muncul mimpi lelaki A. spjg 15x kali istikhrah ade nmpk 3x mimpi dia, tp sbnya dia dah kwin, sy x th.. slps sy th sy bt istikhrah utk tunjuk jodoh sbnr, tnpa bca doa istikhrah, sbb sy mahu th siapa jodoj sbnr x kira baik @ bruk buruk bt msa skrg. Tp masih mimpi dia n isteri, dlm mimpi dia bkata: klu th rumah sy sbnr tentu dia pilih sy: tlg ustaz sy x th usaha mn mn lg 2010-06-13 3:49 PM

Saya nak tolong macam mana? Kalau yakin dengan istikharah, jumpalah lelaki itu dan isterinya…

ibnu ibrahim salam,ustaz camne cara untuk kita lupakn seseorang yg kita suke?2010-06-13 3:49 PM

Ingat Allah

ilya mcm ni..sy kerap mimpi laut yg terbentang luas..kemudian kdg2 sy mimpi lihat org mandi..manda d laut tersebut..sy hanye melihatnye..hrp us komen2010-06-15 4:27 AM

Ilmu

Guest Assalamualaikum ust , saya bermimpi bersalam lagi dengan Nabi S.AW kali dalam keadaan yang gembira , tetapi wajahnya kurang jelas apakah benar bahwa itu adalah Nabi S.A.W atau tidak? 2010-06-15 3:07 AM

Kalau mimpi Nabi, maka ia adalah benar

Minah Bangkok Boleh tak ustaz terangkan waktu2yg tidak dibenarkalan solat. Bilakah waktu yg benar2 sesuai utk solat Dhuha. 2010-06-15 1:12 AM

Tak dibenarkan solat selepas subuh hingga naik matahari dan selepas asar hingga maghrib, waktu dhuha boleh lihat dekat takwim solat

Guest Salam. Ustaz, saya ada bermimpi pergi ke masjid dan solat berjemaah. Apa maknanye?2010-06-15 12:29 PM

Kebaikan

Marinah Salam. Mimpi 2 kali jmpa ular kecil. Kali ke2 bjaya bunuh ular dgn cabut kepalanya. Tlg tafsirkan. TQ. 2010-06-15 10:03 AM

Jodoh dan kalau dah ada jodoh maknanya jodoh itu baik

Rejab Salam, ketika solat maghrib, rasa nak kentut tp saya thn & x jadi nak kentut. Perlukah saya ambil wuduk semula utk solat isyak? Terima kasih ustaz. 2010-06-15 8:17 AM

Lebih elok ambil wuduk semula

Guest salam, blhkah ppuan islam berslam dgn ppuan bukan islam,laki islam dgn laki bkn islam2010-06-15 7:00 AM

Boleh

riahld anak2 susah mnghafal, ada doa x utk tu. 2010-06-15 6:59 AM

Surah al-Asr

riahld kata orng solat sunat tasbih klau dbuat mlm,buat 4 rakaat 2 salam,klau siang 4 rakaat 1 salam,x bleh sama siang mlm? 2010-06-15 6:57 AM

boleh

riahld salam ustaz,mcm mna nk ganti puasa dn fidyah klau sdah lupa brapa puasa yg trtinggal.trima kasi ustaz 2010-06-15 6:54 AM

puasa ganti sahaja, fidyah bayar untuk fakir miskin

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

10 Rejab 1431/ 22 Jun 2010 jam 11.30 pagi

26 comments:

kak gie said...

Assalamualaikum ustaz. Keluarga saya ada usahakan kebun buah2an di atas sebidang tanah kosong (milik k'jaan). Telah pun nikmati hasilnya sejak tahun 1980an lagi. Pd tahun 2004 ayah pernah pohon dgn pejabat tanah untuk dptkan hakmilik tanah tersebut. Tetapi pejabat tanah telah beritahu tanah tersebut telah di pohon oleh jiran kami. Sedangkan dia tahu kami yg mula2 usahakan tanah itu, kerana tanah itu bersebelahan dgn rmh mereka. Ayah membantah dan pengeluaran geran telah ditangguhkan.
Kini ayah sudah meninggal dunia. Sebaik ayah meninggal, pejabat tanah telah keluarkan geran pd mereka. Emak masih ada dan berasa sangat sedih.
Kami 6 beradik pernah berkata, tidak akan halalkan jika mereka mengambil hasil tanah tersebut kerana kamilah yang telah bersusah payah membersih, menyiram, menebas dan melakukan segala2nya hingga kebun tersebut mengeluarkan hasilnya.
Kami kerjakan tanah tersebut sejak tahun 1970an lagi dan mereka memohon pada tahun 2003. Bagi kami ini tidak adil.
Persoalannya:
1. Halalkah jika kami mengambil hasil kebun tersebut walaupun secara undang2 dunia tanah bukan milik kami?
2. Apakah tindakan yg boleh kami ambil untk dptkan kembali hak kami?
3. Dalam islam siapakah yg lebih berhak atas tanah tersebut?
Emak pernah minta berbincang dengan mereka untuk membuat nilaian dan taksiran atas hasil tanah tersebut tetapi mereka enggan dan berkata tiada apa2 yg boleh dilakukan lagi kerana geran telah dikeluarkan.
Tolonglah kami ustaz. Kami inginkan nasihat dan pandangan ustaz terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang2.
Terimakasih. Wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanyakan tentang 1 masalah.. perkahwinan yg pertama harta sepencarian hanya sebuah rumah dan perkahwinan kedua dengan orang yg sama tp tiada harta sepencarian.. baru2 ini si suami sibuk ingin menjual rumah. persoalan nye adakah si suami ini boleh menjual rumah tersebut atas nama beliau seorang dan bolehkah saya tuntut apa yg sepatutnya diberi selama kami kahwin? dan boleh kah saya menghalang tindakan suami saya dari menjual rumah tersebut?
pertolongan ustaz amat saya hargai jika ada sebarang maklum balas sila hantar ke email saya
SARINASHUADI@YAHOO.COM

Real said...

salam ustaz..apakah maksud mimpi sy ini?sy bermimpi memegang sejumlah wang tunai yg diikat kemas dlm jumlah yg agak banyak, kemudian semua duit itu terjatuh dibawa arus dlm longkang,puas sy mncari tp xjumpe.akhirnye sy jumpe blk duit tu dlm longkang di tempat yg laen..tp sy xpasti samaade duit yg sy jumpe tu cukup @ x ngn jumlah yg sy hilang..apa tafsir mimpi itu ustaz

Real said...

salam ustaz...apekah tafsir mimpi berkenaan dgn pisau cukur??sy bermimpi asyik sibukkn diri dgn pisau cukur itu. sy jaga ia sebaek mungkin, kalo ia hilang, sy akan cari smp jumpe, sy akan marah sape shj yg hilangkn pisau cukur itu.ape maksud mimpi sy itu ustaz??

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, saya ada ikuti program tanyalah ustaz haritu. Ustaz ada nasihatkan pada para suami yg ada isteri bermasalah, bbrp langkah macam berdoa, ajak sembayang kpd si istero. macamna pula seandainya suami yang bermasalah. Dia tidak pernah ikuti program2 keagamaan samada di media atau di masjid, mcmna, sisteri sudah puas nasihat, tp macm2 alasan diberikan, bayak kerja dan sebagainya. Sbg isteri saya amat kecewa. Mohon nasihat ustaz. Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Salam ustaz, saya nak tanya apa maksudnya klu saya kerap mimpi sedang mengandung, menjaga anak dan kadang2 bersalin.untuk pengatahuan ustaz sy belum berkahwin, mohon penjelasan ustaz

Anonymous said...

Salam ustaz.apakah maksud mimpi saya ini ustaz.Saya terlihat ular yang sangat besar keluar dari sebuah rumah dan berdiri seseorang di muka pintu ,x pasti lelaki atau wanita,lalu saya menjerit dan membunuh ular yang sangat besar itu yang berwarna hitam dan putih,x pasti pula itu ular jenis apa.Saya membunuh dengan mengunakan cangkul dan menabur garam ke atas badan ular yang telah saya potong2.untuk apa saya tabur garam itu,saya pun x pasti.Sebanyak 5 ekor ular yang besar telah saya bunuh.Saya tersedar dari mimpi dan melihat jam pukul 2pg.Adakah mimpi saya itu benar atau mainan tidur.Sebelum tidur,saya ada membaca surah Al-Jin.Tolong ustaz tafsirkan apakah mimpi saya ini.TK

Anonymous said...

salam..apakah maksud mimpi seseorang yang tengah mengandung itu bersalin

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, apakah digalakkan di dalam Islam jika seorang saudara islam kita itu yakni jiran kita telah meninggal dunia dan kita TIDAK PERGI menziarahinya dengan alasan semasa hidupnya kita tidak pula menziarahinya.

seri said...

Salam Ustaz..

Saya ade kemuskilan ttg mimpi saya.. saya bersama ibu menaiki sebuat bot dikawasan laut/tasek(tidak pasti)..kawasan nye tenang, cantik,jernih dan ade kepulauan.. bot yg kami naiki terbabas dan kami tercmpak didalam air.. saya berjaya diselamatkan oleh seseorg dan ibu rasenya berenang diketepian.. kami tidak lemas.. saya ditarik ketepi dan mendaki kepulauan yg berbukit.. sampai diatas saya terjumpa punca air yg deras dan laju..seperti air terjun atau mata air.. dari atas saya nmpk kawasan air dibawah cukup cantik/tenang dan airnye jernih.. kebiruan dan kehijauan.. saya tidak tau apa yg terjadi kepada ibu..tapi saya pasti dlm mimpi itu ibu selamat kerana saya tidak merasa sedih disana.. apa tafsiran dan alamat.. saya rasa mimpi ini aneh...>> mayzlie_1980@yahoo.com.my

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai mimpi saya . Saya bermimpi anak saya mati lemas diloji tankungan kumbahan dan saya tak sempat nak menyelamatkan nye . Dalam masa yg sama saya bermimpi suami saya membawa berberapa helai baju saya & dia serta di isikan di dalam beg .
Saya ingin bertanya apa maksud mimpi2 saya ini ustaz . Kerana sekarang saya ada masalah rumah tangga yang masih belum selesai .

Terima kasih .

Lisa.

Unknown said...

Assalamualikum Ustaz,sy berhajat untuk bertanya maksud mimpi saya,saya bermimpi menyelamatkan anak kambing yg tercedera..saya gendong kambing itu lalu pergi mencari bantuan.

Liyana Zakaria said...

Assalamualaikum Ustaz.

Saya ingin mengajukan satu soalan.

Dalam tempoh hampir 2 tahun ini, banyak mimpi saya yang telah menjadi kenyataan. Sebenarnya saya mengharapkan mimpi-mimpi itu sekadar mainan tidur, memandangkan ia adalah berita yang kurang baik bagi saya.

Tetapi akhirnya saya mendapati mimpi-mimpi saya itu adalah benar, kerana ia menjadi realiti dalam hidup saya. Seolah-olah Allah awal-awal lagi dah bagi 'hint' kepada saya, cuma saya saja yang tidak berhati-hati dan terus alpa.

Beberapa hari lepas, sekali lagi saya bermimpi. Saya bermimpi yang saya sedang sarat mengandung, dan saya bahagia bersama dengan suami. Realitinya saya masih belum berkahwin. Saya merasa sangat bahagia dan mengharapkan ianya sekali lagi menjadi realiti dalam hidup saya. Pada pendapat ustaz, adakah mimpi saya pada kali ini merupakan satu petunjuk dari Allah?

Mohon hubungi saya di liyana.zakaria85@gmail.com

Terima kasih ustaz.

siti said...

Assalam ustaz. saya selalu bermimpi saya tengah mengemas barang untuk menaiki kapal terbang. tp tidak pernah sempat utk menaiki kepal terbang. mimpi tersebut selalu berlegar legar pd masa sy tgh mengemas brg, mencari pakaian, etc. tersangat kerap. mohon pencerahan ustaz. TQ

mir_dania said...

Assalamualaikum ustaz.. saya selalu bermimpi muntah.. seolah-olah saya berusaha nak keluarkan habis muntah itu.. kandungan muntah tidak jelas.. mohon pencerahan ustaz..

Anonymous said...

Salam,
Ustaz saya ada soalan..saya seorang ibu tunggal..sudah tiga malam saya bermimpi anak2 saya ditimpa musibah..
malam 1- Anak lelaki kedua saya lemas dilaut tapi tidak meninggal.(selamat)
malam ke2-Anak perempuan saya juga jatuh dan lemas didalam lubang parit yang dalam tapi tidak meninggal(masih bernyawa)
malam ke-3 -Anak lelaki sulong saya hampir dilanggar lori dapat elak dari kemalangan tapi lemas didalam sebuah bilik namun masih selamat...
apa petandanya Ustaz?

Soalan kedua~
Saya Bermimpi seorang lelaki
membantu membetulkan telekung sembahyang saya di masjid bersama anak perempuan saya..

wawa said...

assalamualaikum wbt..sya bermimpi bertemu dgn kakak angkat yg dah lama sya xjumpa dan amat sya rindui..sya mimpi bertemu beliau seperti ketika umrah/ziarah.masa tu saya amat terharu & gembira sgt kerana dah lama saya teringat nak buat umrah/ziarah dan bertemu pula dgn org yg saya rindui..apakah maksud mimpi saya itu?..harap ustaz dapat jelaskan..

Anonymous said...

assalam, ustaz . sy nak tanya. sebelum ni sy ade bermimpi kanak2 lelaki yang sangat elok paras rupanya bernama Aqman. sy ade meluahkan hasrat sy utk menjadikannya anak sy tp tak kesampaian. beberapi hari slpas tu, sy bermimpi seorg lelaki yg tak sy kenali mentafsirkan mimpi sy mengatakan sy akan melaksanakan suatu yg sangat mulia tp hanya separuh jalan shja. ape maksud mimpi sy ni ?

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz,
Saya telah mimpi hal ini agak lama dulu tapi ia masih kekal dalam ingatan dan sering buat saya tertanya2dan tiada tempat untuk dirujuk..KISAH:

Dalam mimpi itu saya sedang mendayung sampan di satu tempat yg cantik dan sepanjang dayungan sampan itu saya diekori oleh dua ekor ikan yang cantik sebesar saiz ikan lumba2. Apabila saya sampai berlabuh dijeti dan naik ke atas jeti dan ke daratan saya dapati kedua-dua ikan berkenaan cuba memanjat jeti berkenaan seolah2 ingin mengikuti saya namun gagal. Untuk pengetahuan ustaz saya jenis org yg jarang bermimpi tetapi mimpi ini agak unik bagi saya dan saya ingin tahu jika boleh maksud disebaliknya. Terima kasih.

adikcomey said...

salam.. ustaz, saya perempuan tetapi saya bermimpi melamar seseorang yg saya suka (baik akhlak n baik agamanya) dan saya juga bermimpi mengandung, rasa macam real.. apa maksudnya?

Anonymous said...

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام معليكم

Yang Berbahgia Uztaz,

Mohon nasihat bagi :
1)menghadapi situasi ibubapa yang derhaka kepada Allah swt?
2) ibubapa yang merampas duit & harta anak perempuan lalu diberikan kepada anak lelaki?
3) status anak derhaka yang disumpah oleh ibu apabila anak perempuan itu mengingatkan kedua orangtua itu akan dosa2 yang pernah mereka lakukan?iaitu melakukan syirik, meracuni anak perempuan mereka, memukul Tanpa had, dll...
4) derhakakah anak perempuan itu seandainya dia menuntut semula hak nya?
5) adakah anak perempuan itu anak derhaka sebagaimana ibunya menyumpah Nya setelah semua duit, harta & syarikat telah dibolot oleh si ibu?

Semoga mendapat nasihat Uztaz dengan penuh hikmah & hidayah.

Terima Kasih.

sam dol said...

Assalammualaikum...
nak tanya...
saya mimpi muntah,muntahan tu, berulat... dan saya amati, ia babi, apakah maksudnya

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz..sy nak bertnye apa makna mimpi kita mengandung dan kita melihat sndiri wajah bayi itu dan berkata2 sdgkn sy dlm mimpi itu blum melahirkn nye...dan sy blum berkhwin..

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.....saya bermimpi bersalin tp bukan dr benih suami tp dari biras saya jd saya minta tolong ustaz tafsirkn sebab sya risau memikirkannya

mas turia said...

Assalammualaikum ustaz...sy nk tanya...ape mksud mmp menyelamat seorg wanita dr dr trus kna dera?...seorg lelaki tlh mendera isteri dn ank nya d dlm bilik air..dlm mmp tu sy dn suami mnghalang perbuatan lelaki tu...lps lelaki tu kna tangkap..sy trus p tengok wanita tu kt bilik air..alangkh trkejutnya sy apabila mlihat bayi tu kt dlm mangkuk tandas...sy ambik byi tu...sy cuba tu slamatkn dye..mula sy ingat bayi tu dh xblh d selamat kn lg....sy cuba lg sedaya upaya lg...akhirnya..bayi tu msh hidip masa tu sy mnangis apabila mlihat wanita itu mnangis kgbiraan krn brsyukur ank nya msh brnyawa....

Anonymous said...

Aslmkm ustat.. Sy nk tnye ttg pngiraan puasa ganti dgn mmbyr fidyah. S da 26thn. Sy dtg period 13thn. Slma waktu tu, sy xingt bpa ari s da gnti n bpa ari yg blm.. Jd tu nk kira mcm mn yeq? Bole ke klo nk byr fidyah jk? Sbb terlalu bnyk...