Friday, June 4, 2010

Jom Kongsi Pengalaman 108 – Apa Yang Ada Di Sekitar Makam Imam as-Syafie

Sabtu 29 Mei 2010, waktu petang, kami berada di Masjid Imam as-Syafie, masjid yang terletak makam Imam as-Syafie.

Saya tidak mahu bercerita mengenai Imam as-Syafie, ini kerana ribuan kitab berbagai bahasa telah menceritakannya.

Saya cuma ingin berkongsi, apa yang ada di sekitar makam Imam as-Syafie.

IMG_0168

Makam Imam as-Syafie terletak di bahagian tepi masjid as-Syafie. Ia bersambung dengan masjid

IMG_0169

Terdapat kubah di makam ini

IMG_0170

Di sini terdapat sejarah Imam as-Syafie

IMG_0173

Tiang ini adalah batu nesan lama  untuk makam ini. Di tepi makam ini juga terdapat bekas tapi kaki yang dikatakan tapak kaki Rasullullah, Wallahualam, saya berlepas dari pandangan ini. Tapi ia tidak mustahil jika Allah kehendaki. Wallahualam bis Sawab.

IMG_0205

Kubah ini dihiasi dengan ukiran bunga dengan dakwat emas

IMG_0206

Dindingnya dibuat dari mar-mar tiga warna iaitu putih, hitam dan merah, ia adalah lambang pada kerajaan Mamluk. Banyak tempat di dunia yang pernah di bawah kerajaan Mamluk mempunyai ukiran berbentuk sebegini

IMG_0211

Terdapat berbagai kata-kata nasihat dari hadis, quran dan ulama di sekeliling makam ini.

IMG_0213

Pengajian kelebihan istighfar yang terdapat di  makam Imam as-Syafie

IMG_0214

Kelebihan orang yang membaca al-Quran

IMG_0218

Berdekatan dengan makam Imam as-Syafie terdapat makam ulama besar mazhab as-Syafie iaitu Syeikh Zakariya al-Ansari

IMG_0217

Makam Syeikh Zakariya al-Ansari

IMG_0222

Masjid Imam al-Syafie

IMG_0223

Bumbungnya dari kayu dan mempunyai dekorasi seakan masjid al-Aqsa

IMG_0227

Terdapat kerusi belakang saf untuk orang tua yang tidak mampu untuk sujud

IMG_0230

Kenangan di hadapan masjid Imam as-Syafie

“Pengalaman Guru Tanpa Bicara”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kuwait International Airport

20 Jamadil Akhir 1431/ 3 Jun 2010 jam 10.30 malam

1 comment:

boxhousestudio said...

salam Ustaz Amin

teruja melihat apa yang ada di sekitar Makam Imam as-syafie..

oh ya gambar yang last tu , Ustaz Amin serta family ya..Alhamdulilah...suka tengok sumernya happy...tersenyum gembira..

wassallam