Thursday, June 17, 2010

Sisipan 10 – Program Tanyalah Ustaz “Hak-Hak Wanita”

InsyaAllah, saya akan bersama di dalam program Tanyalah Ustaz TV9 di dalam tajuk “Hak-Hak Wanita.

Semoga memberi manfaat pada diri saya dan semua penonton sekelian.

“Sisipan Mengwarkan Peristiwa”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

5 Rejab 1431/17 Jun 2010 jam 4.00 petang

22 comments:

boxhousestudio said...

salam ustaz amin

BHS kat ofis waktu ni...rugi amat ni

Anonymous said...

Saya telah memilih untuk menjadi surirumah dan berkhidmat utk r/tangga kerana Allah. Saya telah meninggalkan pekerjaan yg bergaji lumayan dan mendapat keizinan suami dan mertua(walaupun tak perlu). Soalannya, suami kurang berpuas hati(seolah2 terpaksa) kerana masalah kewangan dan bila tertekan dia menuduh saya pentingkan diri. Saya berdiam tapi saya tak tahu nak beritahu dia pengorbanan saya membuktikan sebaliknya dan rezeki ditangan Allah. Bagaimana harus saya terangkan t/jawab memberi nafkah terletak di bahu suami kerana dia seorg yg baran.

Mad said...

ayoh semua pencinta wanita,ajaklah semua wanita{adik,kakak,ibu,nenek dsbg}bersama kita dalami hak2 wanita dlm Islam yg semamangnya mencakupi semua aspek cuma kita jer x nak amik tau..!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya seorang balu yg baru kematian suami. Saya masih dlm edah.. lalu hanya ke tempat kerja dan menunaikan hak anak2. Masalahnya rakan2 sering mengajak ke kelas2 pengajian, majlis kahwin atau menziarahi jenazah. Saya memaklumkan bahawa saya tidak dapat turut serta kerana masih dalam edah, tetapi ada yg bertanya, "nak buat kebaikan pun tak boleh? Tolong Ustaz terangkan perkara yg boleh dan tidak boleh dilakukan apabila dalam edah?
terima kasih

Anonymous said...

Salam ustaz amin...
Saya berusia 33tahun dan masih belum berkahwin.. Masalahnya adalah berkenaan wali.. Ayah saya sudah meninggal, dan saya mempunyai 3 org abg and seorg adik lelaki.. Saya difahamkan sekiranya ayah sudah meninggal, abanglah yg akan menjadi wali.. Soalan saya, bolehkah saya mengambil pakcik (sblh bapa) sbgai wali..dan bukan abang2 saya? Adakah akan sah perkahwinan saya?
Jazakallah...

Name: Wah said...

Assalamualaikum Ustaz.

Saya sempat tgk sekejap program pagi ni sebelum pergi kerja. Topik yg sangat2 bagus sebab sya dah mungkin ramai lagi wanita diluar sana kurang paham dgn hak2 kami.
Tak sabar tunggu topik hak semasa kahwin dan selepasnya/sblm kematian.
Terima kasih berkongsi Ilmu.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.
Seorg suami memilih utk menikahi isterinya yg diketahui pernah melakukan maksiat sblm berumahtangga.Suami juga pernah melakukan maksiat sblm berkenalan dgn isteri. Kedua2nya telah mengetahui kslhn masing2 & bertaubat. Bagaimanapun,suami kerap mengungkit & menghina isteri akan keterlanjuran isteri dahulu.Adakah suami berhak melayan isterinya begitu sedangkan isteri tdk pernah mengungkit akan kslhn suami?

Anonymous said...

salam ustaz. saya dan tunang telah berkongsi membeli sebuah rumah, separuh harga rumah tersebut saya yang bayar manakala separuh lagi dibayar oleh tunang saya. atas persetujuan kami berdua, rumah tersebut akan dijadikan sebagai hadiah perkahwinan kami kepada saya di hari pernikahan kami kelak. jadi, seandainya kami bercerai adakah rumah tersebut menjadi hak mutlak saya sahaja atau suami boleh menuntutnya sebagai harta sepencarian. harap dpat penjelasan ustaz tntng hal ini mengikut hukum syarak. sekian. wassalam dan terima kasih.

Qaseh Bonda said...

Salam ustaz...

Samada lelaki maupun wanita masing2 punya hak yang telah ditentukan. Sama2 kita merebut peluang untuk membawa buah tangan masing2 bila bertemu Allah nanti.

Benarkah ustaz, ada amalan khusus seperti membaca 70,000 surah Al ikhlas dapat menebus kedua ibu bapa kita ke syurga.

Sekadar inginkan kepastian, Selagi hayat dikandung badan, selain berdoa dan beramal, dengan kepastian ini membuatkan hati tak putus2 nak baca Qul ini supaya dapat bersama2 dengan insan2 yang saya cinta dan yang bakal saya tinggalkan.

Assalamualaikum ustaz.

Zumika said...

Adakah saya dikira isteri yang tidak baik hanya kerana saya menggantung perintah mahkamah terhadap perintah yang membenarkan suami saya berpoligami sedangkan banyak lagi hak-hak saya sebagai isteri tida terlaksana baik nafkah zahir atau batrin.

noryati said...

assalamualaikum ustaz

saya ialah isteri kedua. suami adalah cinta sejati saya sejak di bangku sekolah. 16 tahun lalu suami berkahwin dengan isteri pertama kerana memenuhi permintaan kedua ibu dan bapa. suami seorang yang baik, bertanggunjawab dan menitikberatkan keagamaan dalam kehidupan harian. dapat menjadi isterinya adalah satu rahmat dan kurniaan Allah terbesar dalam hidup saya.
pernikahan kami mendapat restu isteri pertama dan ibu suami. kami bernikah di sempadan setelah menanti hampir 2 tahun dan mengikut prosedur di mahkamah. sebaik pulang, kebenaran berpoligami baru kami terima. masa yang lama di ambil oleh mahkamah, takut berlaku maksiat dan bimbang tidak dapat kebenaran kerana dalam undang2 tidak ada alasan cinta sejati untuk berpoligami, maka kami pergi ke sana.

masalahnya sekarang, pernikahan kami belum didaftarkan kerna bimbang dengan dengan denda yang akan kami terima.

masalah keduanya, selepas pernikahan,madu sering membuat perangai. kadangkala dia tidak bertegur sapa dengan suami dan sering membuat muka dengan suami. dalam banyak perkara, saya sering beralah dengannya. masa dan material, suami lebih utamakannya kerana saya wanita berkerjaya. kadangkala timbul ketidakpuashatian dalam diri saya dengan perangai dan tingkahlakunya. suami pula amat menjaga hatinya. baru2 ini saya kemalangan,namun rutin suami pulang kerumah tetap seperti biasa dan madu pula tidak bertanya khabarpun kepada saya. saya amat terasa hati dan suami mansihatkan saya agar bersabar. kadang2 saya rasa suami tdk adil kerana takut menegur sikap isterinya yg begitu.

apakah komen ustaz dan bagaimana hak saya sebagai isteri kedua dalam hal ini. adalkah saya harus mengalah kerana saya hanya isteri kedua untuk menjaga hubungan dengan madu. terima kasih

Anonymous said...

Setelah suami ditangkap berselingkuh, perangainya semakin baran. Sehingga seketika beliau mencaci,mengancam dan hampir2 memukul saya hanya kerana ketengahkan hak seorang isteri Seolah2 saya yang bersalah. Beliau meminta izin untuk berpoligami tapi saya menolak kerana beliau tidak mampu. Satu demi satu rahsianya terbongkar. Tapi hati beliau masih keras untuk bertaubat Nasuha dan asyik berbohong. Hutangnya puluhan ribu dolar. Selama 20 tahun usia perkahwinan, beliau enggan berbincang tentang urusan kewangan mahupun memberi hak nafkah saya sebagai isteri. Selama itu saya terpaksa bekerja untuk menampung kos hidup seharian ia itu memberi makanan dan keperluan anak2. Bagaimana untuk mengekalkan rumahtangga bila hati ini sentiasa berasa curiga dengan suami kerana layanan nya pun semankin hambar. Setiap hari saya berdoa khusus buat nya.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, setelah tidak lagi mampu bersabar saya memohon perceraian dari mahkamah syariah, saya diceraikan 2 tahun kemudian. setelah bercerai saya dinasihati oleh rakan2 termasuklah ustaz & ustazah kawan saya berpindah dari rumah yg saya duduki kerana ia adalah atas nama bekas suami saya dan dia yg membayar ansuran bulanannya. saya rasa saya berhak tinggal di situ tambahan pula saya menjaga nak bongsu saya yg berumur 14 th. bekas suami pula mahu saya terus tinggal di situ dan dia masih balik bermalam di bilik berasingan yg biasa didudukinya sebelum kami bercerai (kami berasingan bilik lebih dari dua tahun sebelum kami bercerai). setelah habis edah dia masih balik dan enggan keluar tinggal di rumah isteri mudanya yg dikahwininya hampir 10 th. kerana itu saya berpindah ke rumah sewa. atas usaha dan desakan anak2 saya yg dewasa sayapun berpindah balik ke rumah itu dan bekas suami saya terpaksa keluar. pada masa itu saya memohon harta sepencarian dan mutaah melalui peguam. tidak sekalipun dia hadir ke mahkamah bila berbicaraan berlangsung. saya berkahwin lain setelah setahun lebih menjadi ibu tunggal. saya juga telah berpindah ke negeri lain mengikut suami baru saya. saya telah menangguhkan tuntutan harta sepencarian. utk pengetahuan ustaz salah satu harta yg dituntut ialah sebuah kedai di mana pembinaannya saya yg biayai melalui pinjaman bank cuma dibina di atas tanah milik aruah mertua saya. sewa kedai tidak diberikan kepada saya semenjak saya menuntut perceraian lagi.

soalan saya: - adakah hak seorg bekas isteri terhadap harta sepencarian akan gugur dgn sendiri jika tidak dituntut? begitu juga nafkah mutaah dan edah?
- benarkah bekas isteri mesti keluar rumah kerana rumah itu atas nama dan dibeli oleh bekas suami???

rafidah said...

Saya di antara wanita yg menggunakan hak-hak wanita dengan menuntut fasakh setelah suami tidak dapat memberi nafkah batin selama 4 tahun walaupun pelbagai usaha dibuat untuk memulihkan keadaan beliau. Setelah 18 thn melayari rmhtangga... Akhirnya kami bersetuju untuk bercerai. Tiada apa yang nak dimalukan. Hak wanita sudah jelas dan wanita perlu menggunakan hak2 tersebut. Kini saya lega kerana terlalu lama menanggung kesedihan dan makan hati. Semoga saya dipertemukan jodoh dengan insan yang memahami keadaan saya. Amin..

Anonymous said...

Ummul Jannah.Salam ustaz. Saya ierlewat bangun pagi.Dah hampir syuruk. apa yg perlu dilakukan. Segera solat ketika matahari sdg naik atau tnggu oulu.Kerana ada pndpt mngatakan solat ketika matahari sdg naik dan tgglam ibarat mnyemcah syaitan. T.kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz

Saya sudah berkahwin selama 2 tahun lebih. Suami saya hanya memberi nafkah zahir (wang ringgit)apabila diminta, kadang2 saja dapat. Alasan yg diberi tiada duit. Untuk pengetahuan ustaz, saya masih tinggal dgn mertua.Suami saya anak sulung dlm keluarga.Sepjg perkahwinan saya tidak dpt menjalankn tgggjawab sbg isteri sepenuhnya kerana semuannya disediakan oleh mertua saya. Saya seorg wanita yg berdikari, suami saya langsung tidak pedulikan masalah yang saya hadapi (kereta rosak). Saya mempunyai seorg anak lelaki. Setelah melahirkan anak, masa utk bersama dengan anak kurang kerana ipar duai sentiasa mengambil anak saya tanpa memikirkan perasaan saya. Oleh kerana tidak tahan dgn permasalahan ini saya sering balik ke rumah mak saya bersama anak kerana masa di rumah mak sahaja saya dpt bersama anak saya. Apa yg patut saya lakukan ustaz.

Sekian, terima kasih
Rina

Anonymous said...

salam ustaz,
saya dapat lihat program tersebut pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Boleh kah usatz postkan di blog kandungan Tanyalah Ustaz pada hari Jumaat yang lepas (18/06/2010). Terima kasih.

khoirul said...

assalamualaikum ustaz. menarik sungguh program tanyalah ustaz td yg membincangkan tentang hak2 wanita. Saya ada sedikit kemusykilan. Seorang ayah atau suami merupakan pemimpin kepada keluarga , apa kah hak seorang anak perempuan berkenaan untuk mentaati ibunya walhal ibunya merupakan seorang yg queen control... maksudnya, kebanyakan keputusan ibunya ada yang tidak diredhai oleh ayahnya walhal ayah merupakan pemimpin?? Ia lebih berat lagi bila ia melibatkan jodoh si anak?? walhal sebagaimana kita tahu, si ayah merupakan wali kepada si anak?? mohon komen ustaz

Zamidahashim said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum...
saya ingin bertanya hak sebagai seorang isteri,yang mana perkhawinan saya hanya bertahan 3 minggu sahaja.pada awal awalnya saya tidak pernah kenal suami saya.walaubagaimanapun perkhawinan ini dibuat di atas persetujuan kedua-dua keluarga.sejak diawal perkhawinan saya.saya terpaksa mengikut kata suami dalam segala hal termasuk lh tinggal berhampiran dengan mertua saya.kehidupan saya suami isteri di atur penuh oleh mertua saya sehingga saya dilarang menziarahi keluarga saya.akan tetapi saya dan suami masih pergi menziarahi ibu bapa saya di setiap hujung minggu.setiap minggu apabila saya dan suami pulang kerumah ibu bapa saya sudah pasti mertua saya datang mnyerang ibu bapa saya serta saya dan suami.pada suatu hari ibu mertua memberi amaran kepada saya yang mana saya tidak dibenarkan lagi menjejaki kaki kerumah beliau.hal ini suami saya telah memberitahu saya kami berbincang secara baik dan telah pun suami izinkan yang mana saya terpaksa tinggal di rumah ibu bapa saya buat sementara.selama tinggal dirumah keluarga saya,suami tidak dibenarkan datang berjunpa dengan saya.setelah 7 bulan suami meninggalkan saya tanpa nafkah zahir dan batin.kes ini saya telah rujuk pada mahkamah.beliau memberi tawaran sekiranya suami menceraikan saya,beliau tidak mahu membayar apa-apa pun pampasan,pertanyaan saya
1]apakah saya tidak berhak untuk menutut nafkah edah,nafkah muta'ah atau sebagainya.sekiranya saya bersetuju dengan tawaran beliau.
2]bagaimana cara unuk saya membuat tuntutan saman malu dan ganti rugi saya.terkecuali dari nafkah edah muta'ah.
3]apakah saya dikira nusyuz?

Anonymous said...

Assalamualaikum, Ustaz

Untuk pengetahuan ustaz, saya sudah berkahwin selama 3 tahun lebih. Sepanjang perkahwinan saya, suami saya tidak pernah cukup solat 5 waktu terutamanya solat iysak & subuh. Saya selalu menegur, berbincang & ajak utk solat berjemaah tp tidak berhasil. Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun, saya sgt risau kerana anak akan sentiasa memerhati perlakuan ibu & ayah dr segi semua aspek. Anak saya sll bersama saya waktu solat kerana saya sll sediakan 2 sejadah. Didikan pd peringkat awal amatlah penting. Suami saya seorg yg gemar akan bermain games sehingga melalaikn waktu solat.

Soalan saya:
1. Apa yg patut saya lakukan supaya suami saya berubah.
2. Apa pandangan ustaz, cara terbaik utk menegur ibu mertua yg x pernah solat 5 waktu, kerana sepanjang perkahwinan saya tidak pernah melihat ibu mertua saya solat.

Anonymous said...

askum ustaz...
saya akan menghadiri temuduga kerajaan pada minggu depan. Boleh tak minta ustaz memberikan doa untuk menghilangkan gementar dan takut? sekian, terima kasih.