Dua tiga hari ini, saya dikunjungi oleh beberapa orang ustaz tahfiz yang ingin meminta kerja dari saya.
Jadi guru tahfiz ini macam kerja lain sebenarnya, cabarannya besar. Dan satu konsep yang agak kurang tepat apabila, guru tahfiz ini dipaksa untuk berkhidmat dengan “ikhlas”.
Dan takrifan ikhlas bagi sesetengah orang hingga menafikan langsung hak sesama manusia.
“kenapa ustaz berhenti dari sekolah lama?” tanya saya pada seorang ustaz yang mengajar tahfiz di satu sekolah yang dari pagi hingga pagi berikutnya, dialah warden, dialah guru, dialah tukang masak, dialah tukang basuh baju budak dan dialah segala-galanya.
“Saya tidak kisah sangat mengenai gaji ustaz, pentadbir hanya bagi saya RM300 sebulan, dah tiga tahun saya mengajar di situ, saya rasa saya mahu dapatkan lebih sikit untuk kirim pada keluarga di kampung” kata ustaz ini.
Saya terkedu sekejap.
Tengah hari Khamis, 25 Jun 2010, seorang lagi guru tahfiz datang untuk meminta kerja. Saya yang ada mesyuarat di Mofaz di Damansara mengajak sekali ustaz ini.
“Ustaz ikut ana, dalam kereta nanti saya interview ustaz” kata saya yang tak sampai hati nak tinggalkan dia di ofis saya walaupun kedatangnya tidak ada temu janji.
Saya sempat berbual-bual sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan pulang, ustaz ini berkata pada saya:-
“Ustaz, kawan saya pun nak minta kerja, boleh tak dia datang” katanya.
“Mmmm, datanglah..” jawab saya ringkas.
“Dia kena interview juga ke?” kata ustaz ini.
“A ah, macam anta lah, tapi kalau ana sibuk, kita interview dalam kereta macam tadi” jawab saya sambil tersenyum.
“Mmm, tak apa lah, selagi ada kemampuan, sama-samalah kita bangunkan anak-anak Ijabah ini” kata saya lagi.
Siapa di luar sana nak taja anak ijabah, tajalah gaji guru-guru macam ni.
Kalau dipilih untuk taja makan KFC dengan menaja ilmu, maka saya akan mengsyorkan agar anak Ijabah diberi ilmu. Ini kerana, dengan ilmu mereka semua dapat membina hidup. Bak kata pepatah cina:-
“lebih baik berikan seseorang itu pancing dari memberinya ikan”
Apapun, semoga yang terbaik untuk semua, untuk ustaz yang datang, dan untuk anak Ijabah semuanya, amin…
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
13 Rejab 1431/ 25 Jun 2010 jam 1.15 pagi
Mesyuarat di MOFAZ di Damasara
Haji Fauzi (tengah) sedang menerangkan mengenai teknologi LED yang dibawa masuk ke Malaysia
Mendengar penerangan mengenai LED
Melihat contoh lampu LED
Semoga, sedikit kerjasama yang cuba disusun untuk Yayasan al-Ijabah, akan dapat membantu perjalanan rumah al-Ijabah dan rumah HIV muslim, jika ia berjaya….
3 comments:
salam ziarah
salam.
mak sy mengucapkan terima kasih byk2 atas doa penutup siaran Tanyalah Ustaz dan tips2 40 rakaat solat sehari..
assalamualaikum ustaz,
saya nak minta pendapat ustaz tentang mimpi saya.
baru2 ni sy ade bermimpi yang saya bersalin(ketika itu sy baru mengandung 3 bulan di dalam mimpi) dan melahirkan bayi lelaki.saya dan suami menjaga bayi tersebut. namun bayi tu tak berapa rapat dengan saya.dan lebih rapat dengan suami.
setahu saya,jika kita bermimpi budak kecil atau bayi,ianya petanda tidak elok.dan kebetulan sekarang ini saya mengandung sebulan lebih.
apa pendapat ustaz?
saya dahulukan dengan ucapan terima kasih
Post a Comment