Sunday, June 20, 2010

Diari 226 – “Kisah Petang Ahad….”

20 Jun 2010, jam 5 petang. Hari ini, pertemuan ibu/ bapa/ penjaga pelajar MASAA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) di adakan di asrama di Puchong.

Pertemuan dimulakan dengan bacaan selawat dan kemudian saya memberikan sedikit tazkirah berkenaan “bagaimana membentuk anak untuk menjadi orang berilmu menurut Imam as-Syafie”.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Apa yang tak lancar hanyalah apabila saya mendapat berita bahawa bateri bas al-Ijabah telah hilang dicuri.

“Hai, esok nak sekolah, time ni le, nak curi bateri bas” kata saya.

“Apalah dia orang ni, bas anak yatim dan pelajar tahfiz pun nak curi ke” kata salah seorang ibu ayah.

“Tapi tak pelek, asrama tahfiz dan anak yatim kita pun pernah beberapa kali kena pecah masuk. Entah apa yang dicarinya pun saya tak tahu” jawab saya

Orang kalau tak terdidik ni, apa perkara pun dia bukan kira. Sebab itulah kita kena didik diri kita walau siapa pun kita.

Mendidik diri perlu kerana semua manusia mempunyai kelemahan.

Orang yang paling rugi apabila dia berbangga dengan kesalahan yang dia buat dan bukan menyesalinya.

“Ah, biarlah, dia ambil bateri tu, dia pun bukan jadi kaya, dan kita pun insyaAllah tidak miskin dengan sebab itu” saya mencelah.

“Barangkali, rumah dia tak ada beras, mungkin tengah susah tu, silap kita, tak tengok-tengok orang susah di sekeliling asrama kita ni” kata saya cuba memujuk hati.

Walauapa pun, Alhamdulilah, petang ini, semua dapat diselesaikan.

Semoga terbaik untuk Rumah al-Ijabah dan MASAA. Semoga terus dibantu Allah, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

8 Rejab 1431/ 20 Jun 2010 jam 11.45

IMG_9937

Majlis dimulakan dengan membaca bait-bait selawat yang memang menjadi amalan setiap petang Ahad.

IMG_9945

Antara ibu bapa yang hadir

IMG_9943

Antara ibu ayah yang hadir

IMG_9984

di akhiri dengan doa dan sedikt tazkirah…

5 comments:

kak su said...

Salam Ustaz.

Harap tabah menghadapi dugaan...

Wslm

wan said...

salam ustaz.

saya nak minta pandangan ustaz. apa yang patut saya lakukan thadap ayah saya yang kebelakangan ini macam sudah dtundukkan oleh wanita lain. dia turut segala apa saja kemahuan wanita tsebut hingga sanggup ke thailand semata-mata untuk berjumpanya. saya dah tak tahan melihat ibu saya terseksa jiwanya. dah 2 thn dah bnd ni blaku. kami dh cuba untuk merawat ayah tapi belum ada hasil. bolehkah ustaz berikan apa2 amalan yang boleh membantu memulihkan ayah saya? untuk pengetahuan ustaz, ibu dan kami adik-beradik ada bukti perbuatan ayah. apakah patut kami terus bersabar ataupun patutkah kami membawa perkara ini ke mahkamah?

wslm

boxhousestudio said...

salam ustaz amin


sejuknya hati saya..YA ALLAH...

WHite DoVE said...

assalamualaikum ustaz...

saya nak tanya pasal masalah perkahwinan y melanda kwn saya dan apa yang harus dia lakukan. kwn saya telah berkahwin sewaktu berumur 20 tahun dan waktu itu dia tengah menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam. suaminya beragama kristian dan memeluk islam. suaminya juga belajar ditempat yang sama. setelah mereka berusia 21 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. kwn saya diabaikan suami selama satu tahun sembilan bulan tanpa sebarang berita sewaktu mengandung dan sehinggalah dia bersalin. Walaupun mereka ditempat belajar y sama, mereka tidak tinggal bersama dan tinggal diasrama. Walaupun puas dipujuk, sisuami tetap tidak mengambil kisah dan marah2. Awal tahun lepas, kwn saya minta dilepaskan kerana dia tidak tahan menanggung perasaan dan kwn saya seperti telah patah hati dengan sikap suaminya.Mereka tidak mempunyai surat nikah kerana suami yang tidak mahu mengambil kursus kahwin sedangkan dia berjanji akan mengikuti kursus kahwin selepas bernikah. Apa yang kawan saya lakukan dan apakah salah dia minta dilepaskan oleh suaminya demi kebaikkan mereka bersama.

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz
Saya mau Tanya,,kalau ibu saya memimpikan saya naik perahu lalu tenggelam di laut dan hilang semua orang mencari saya dan kekasih saya berdiri diatas arang lalu dia menghilang

Apa arti Dari mimpi ibunda saya ustaz?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...