Friday, June 4, 2010

Diari 224 – Catatan Perjalanan KL -Cairo

28 Mei 2010, jam 12.30 tengah malam, saya telah bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Malam ini juga, satu ujian buat saya apabila telifon saya tercicir di Sunway ketika saya berurusan membeli barang bagi persiapan terakhir sebelum bertolak.

Semua nombor telifon hilang. Jadi, siapa yang membaca massage ini, bolehlah memberikan kembali nombor telifon mereka pada saya.

Perjalanan ke Mesir kala ini menaiki pesawat Kuwait Airways Airbus 340. Penerbangan malam ini agak penuh. Saya bersama rombongan murid saya dari al-Ijabah telah berkumpul agak awal di lapangan terbang.

“Hanya 40 orang sahaja yang ke Kuwait, yang lain transit macam encik” kata pegawai di kaunter penuh ramah walau pun matanya merah agak mengantuk kerana kala ini jam 2.30 pagi.

Jam 3.15 pagi, kapal mula meninggalkan KLIA. Kuwait Airways seperti Saudi Air. Penerbangan dimulakan dengan doa musafir.

Fajar mula menyingsing di awan lepas  jam 9.00 pagi waktu Malaysia. Di tempat ini, baru waktu subuh. Pramugari memakai kot hitam berjalur sibuk menutup tingkap pesawat agar para penumpang yang tidur tidak terganggu.

Saya mengejutkan anak murid saya untuk solat subuh.

Kami sampai ke lapangan terbang antarabangsa Kuwait jam 6.20 pagi waktu tempatan. Beza waktu Kuwait dan Malaysia ialah 5 jam.

Kami akan berada di lapangan terbang ini selama 6 jam.

Lapangan terbang Kuwait tidak besar. Ia bukanlah lapangan terbang transit utama di timur tengah seperti Dubai dan Abu Dhabi. Hanya terdapat beberapa sahaja kedai dan restoran.

1 dinar Kuwait bersamaan 4 USD. Ini bermakna satu dinar Kuwait bersamaan dengan RM 17. Agak tinggi tukaran wang Dinar Kuwait ini.

Selama 6 jam menunggu, tidak ada apa program yang dibuat, hanya menanti saat bertolak seterusnya. Internet hanya boleh dipakai satu jam sebelum bertolak.

Internet di sini percuma, tetapi hanya di Mc Donald sahaja. Berbeza dengan airport Bangkok. Kita hanya diberikan password untuk laluan internet selama 15 minit sahaja.

Kami mula meninggalkan Kuwait jam 12.55 tengah hari waktu tempatan. Perjalanan dari Kuwait ke Mesir mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit.

Sampai di Kaherah, saya telah ditunggu oleh beberapa murid saya. Alhamdulillah, selamat sampai. Beza jam antara Malaysia dan Mesir kala ini juga lima jam.

Untuk beberapa hari di sini, saya duduk di Rumah Perak di Hayy Sabi’ (Seksyen 7).

Saya di sini tidak lama, lebih kurang seminggu, ini kerana pada 7 Jun 2010, saya akan bersama Majlis Bandaran Shah Alam di dalam program Little Khalifah.

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan pada saya dan pada sahabat seperjuangan yang tinggal, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kuwait International Airport

Khamis 20 Jamadil Akhir 1431/ 3 Jun 2010 jam 8.00 malam

IMG_9958

Jamuan akhir sebelum masuk ke balai perlepasan KLIA

IMG_9930

Kenangan akhir di KLIA

IMG_9968

Pramugara Kuwait Airways

IMG_9971

Lambang Kuwait Airways

IMG_9972

Bas yang membawa kami ke terminal

IMG_9992

6 jam transit penuh kesabaran, airport di sini sangat kecil dan tidak banyak kedai.

sampai di Kaherah Mesir, saya ditunggu oleh anak murid saya di sini.

kala ini, saya menginap di rumah Perak

Orang luar tidak dibenarkan masuk, bukan sombong, tetapi demi keselamatan. Pelajar Malayu pernah ada kes di bunuh pada tahun 2006

Inilah budaya Arab, gaduh, berhenti tengah jalan suka-suka hati, menjadi kebiasaan mereka.

3 comments:

My Life said...

salam
alhamdulillah....

nadz said...

Assallamualaikum,

Semuga perjalanan diberkati Allah

boxhousestudio said...

Salam ustaz amin

macam anak Tuan Haji Arshad...dan Aliya yang mana satu ya?..

terus kan bercerita ya Ustaz..BHS suka...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...