Saturday, June 12, 2010

al-Ijabah 59 – Rumah HIV, semoga terus dibantu Allah…..

Rabu 9 Jun 2010, 12 tengah hari, saya menerima satu massage untuk menghadiri satu mesyuarat di MAIS pada esok harinya, Khamis 10 Jun 2010 jam 9.30 pagi.

Agenda mesyuarat adalah membincangkan mengenai prestasi rumah HIV. Dua rumah yang terlibat iaitu rumah kita, Darul Ukhwah dan Istana Budi. Mesyuarat dipengerusiakan oleh Dato’ Khusrin sendiri.

Khamis, 10 Jun 2010, jam 9.50, saya datang lewat 20 minit kerana menyiapkan segala laporan yang dikehendaki. Hampir tidak tidur malamnya kerana menyiapkan segala laporan. Ketika sampai, rumah HIV Istana Budi telah hampir selesai membentangkan.

“Minta maaf sebab lambat sikit sebab saya hanya dapat makluman mengenai mesyuarat ini semalam” kata saya.

“Jadi tunggu, kedai potostat pagi-pagi sebab nak sediakan semua laporan” kata saya lagi.

Saya membentangkan perkembangan Darul Ukhwah dan Dato’ Khusrin menegaskan agar bantuan kenderaan untuk rumah HIV Darul Ukhwah disegerakan.

“Sepatutnya bulan 4 dah selesai, saya nak bulan tujuh dah kena ada” kata Dato’ Khusrin pada pegawai yang terlibat.

Saya berterima kasih pada Dato’ Khusrin yang memberikan perhatian kepada rumah HIV kita. Memang antara yang mendesak ialah kenderaan untuk membawa pesakit ke hospital.

“Semua penghuni ok ustaz” tanya Dato’.

“Ada yang tenat dan meninggal?” tanya Dato’ lagi.

“Alhamdulillah, sihat semua, yang terakhir meninggal pada awal tahun aritu” kata saya.

Bagaikan ada satu rasa hati yang kuat ketika bertanya demikian.

Tak dijangka, malam Khamis itu juga seorang penghuni kita tiba-tiba sesak nafas dan dihantar ke Hospital.

Dan hari ini, Jumaat 11 Jun 2010,  penghuniyang dihantar ke hospital malam itu, telah kembali kerahmatullah pada jam 2.00 petang.

Alam Shah dari Johor,  beliau seorang yang memang ingin memperbaiki diri dan tidak meninggalkan solat ketika bersama kita. Semoga Allah merahmati roh seluruh keluarga kita dan rohnya amin.

Ketika saya mendengar berita kematian itu, saya baru sahaja selesai solat jumaat dan sedang bersiap untuk majlis penutup program “Young Khalifah”.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Dato’ Bandar Shah Alam, Dato’ Mazalan.

Ketika jamuan, saya sempat melontarkan idea untuk memohon dari MBSA bangunan yang boleh dimanfaatkan untuk melindungi pesakit HIV ini.

Rumah yang ada sekarang disewa dan agak tinggi iaitu RM 3500.

Dato’ Mazalan begitu berminat kerana memang rumah perlindungan HIV ini tidak ramai yang orang Islam buat. Kebanyakkannya diurus oleh orang bukan Islam dan juga gereja.

Semoga lontaran idea tersebut dapat direalisasikan demi Islam dan umatnya.

Selesai program, saya bergegas ke Hospital Sungai Buloh.

Saya sampai di hospital jam 6.00 petang dan jenazah Alam Shah  telah selamat di mandikan. Allahyarham dibawa pulang ke Johor petang ini juga.

Bersama dengan sahabat dari HIV ini sentiasa mengingatkan kita dengan Allah. Tarbiah sakit dan kematian sentiasa disaksikan dan menjadikan hati ini sentiasa mengingati bahawa kita juga sedang menunggu giliran.

Bila dan di mana, tidak seorang pun dari kita yang mengetahuinya.

Yang boleh kita usahakan ialah, bagaimana kita mati. Adakah mati di dalam mencari keredhaan Allah atau sebaliknya.

Semoga kita semua dapat berpeluang membuat persediaan bagi hidup di akhirat nanti dan yang penting semoga Allah membantu kita di dalam perjalanan hidup ini, amin…

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Jamadil Akhir 1431/12 Jun 2010 jam 1.10 pagi

Mesyuarat bersama MAIS

 

Terima kasih pada Dato’ Khusrin dan MAIS yang memberi perhatian untuk Islam dan Umatnya

IMG_9724

Petang Jumaat, majlis penutup program “Young Khalifah” bersama Dato’ Bandar Shah Alam

IMG_9759

Lontaran idea rumah HIV 

IMG_9806

Selepas tamat program saya bergegas ke Hospital Sungai Buloh kerana penghuni kita meninggal

IMG_9811

Semoga usaha ini terus dibantu oleh Allah, amin….

2 comments:

sab2 said...

Salam Ustaz,

Berkerja di jalan Allah pastinya kita mengharapkan redha dan kasihan belasNYA sentiasa...

Semoga ramai lagi yang akan tersentuh hatinya nanti bila Ustaz berkongsi maklumat di MDESJ 3Rejab/16Jun akan datang, InsyaAllah.

salam hjSab2
http://www.MDESJ.net

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

Salam
ustaz...

kami sedang mencari sukarelawan pesakit HIv untuk herba ubat bagi penyakit HIV ini...

diharap ustaz dapat menghubungi saya.

greendream_001@yahoo.com

terima kasih...

semoga diberkati Allah usaha ini..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...