Perjalanan kami kali ini di musim panas. Apabila bicara musim panas, tentu kita akan membayangkan suasana di Mekah dengan panas membahang sehingga angin juga panas.
Tetapi ia berbeza dengan di Jerusalem. Di sini, walaupun panas tetapi angin dia yang kuat dan dingin menjadikan kita selesa di bumi barakah ini.
Perjalanan di musim panas juga menjadikan kita merasa sangat puas makan buah-buahan. Ini kerana, buah-buahan banyak di musim panas. Dari buah yang biasa kita lihat sehingga yang tidak pernah kita rasa.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
New Metropole Hotel
Jerusalem
21 Jun 2012 jam 6.15 pagi
Dulu waktu saya kecil, kalau orang balik haji, antara yang mereka bawa ialah buah tin yang telah kering, dipotong bulan, tengah-tengahnya diikat dengan tali.
Di sini, kita dapat makan buah tin yang muda. rasanya lebih lazat dari yang kering yang selalu kita makan.
Ia manis, saya pun tak tahu nak gambarkan macam mana, tapi datanglah sendiri untuk rasa :)
2 comments:
salam ustaz, nampak sedap la buah tin! teringinnya nak rasa. yang kering pun tak pernah makan lagi
A'kum Ustaz
agaknya ada ke importer buah tin yg segar seperti ini di Malaysia?
Post a Comment