Sambutan Israk dan Mikraj tahun 1433/2012, disambut di Masjid al-Aqsa, lokasi peristiwa Israk dan Mikraj.
Perjalanan kali ini agak bertuah kerana, 9 orang tok guru pondok menyertai rombongan.
Selain dari aliran pondok, aliran universiti juga ada, seorang Prof. juga bersama-sama perjalanan ini, jadi ia satu perjalanan perbincangan ilmu yang sangat menarik.
Perjalanan juga banyak dipermudahkan. Qasim, tour guide kami kali ini begitu tertarik dengan kerencaman rombongan kami hingga dia mengaturkan agar kami dapat berjalan lebih jauh lagi melihat bumi Palestin. Ia mengajak kami berjalan sehingga Nazareth.
Walaupun saya pernah sampai di Nazareth, tetapi inilah kali pertama saya akan membawa rombongan ke sini.
18 Jun 2012, kami bertolak ke Amman. Sampai Amman 19 Jun 2012, rombongan kami terus masuk ke border dan hanya dua jam lebih sahaja semua urusan di border telah selesai.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
New Metropole Hotel
Jerusalem
21 Jun 2012 jam 6.10 pagi
Gambar bersama beberapa orang tuan-tuan guru pondok di Dome Of Rock
al-Aqsa kala ini
Kenangan bersama Prof. Dr. Ahmad Hidayat di dalam masjid al-Aqsa. Beliau adalah penyelia bagi tesis PhD saya.
3 comments:
Sampaikan salam ana pada Ustaz Wan Zukir dan sahabat2 disana. Doakan kesejahteraan kami di tempat yang penuh barokah. :)
Hairul Sg Karang, Kuantan, Pahang.
Assalam ustaz,
semuga dalam perlindunga Allah bersama rombongan.
Terima kasih berkongsi pengalaman perjalanan ke Palestine.
Semuga kami juga turut sampai ke sana.
Semuga dalam redha Allah.
Jazakaullah
AJ
salam ustaz. hopefully satu hari nnt saya pun dapat pegi al-aqsa. nak faham ttg keadaan umat islam di sana. saya rasa ramai lagi young generation mcm saya yang tak terdedah dengan keadaan umat islam di palestine
Post a Comment