Bulan Ramadhan hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi.
Di tv, banyak program sedang dirancang dan dibuat.
Saya diminta untuk bersama di dalam satu drama bulan Ramadhan.
Watak yang diberi adalah seorang ustaz sedang mengajar di satu surau. Ada di antara ahli jemaah yang meninggalkan kerjanya hanya semata-mata beranggapan ibadah itu di tikar sembahyang.
Saya difahamkan Drama ini akan disiarkan setiap malam Rabu bulan Ramadhan nanti.
Memegang watak kita sebenar sebagai pendakwah tidaklah susah.
Tahun ini juga, insyaAllah, saya juga akan bersama krew Jejak Rasul. Kami akan membuat pengambaran di Mekah dan Madinah.
Tapi, pengambaran tahun ini adalah untuk tahun hadapan, bagi Jejak Rasul tahun ini, saya difahamkan ia hanyalah ulangan siri tahun terdahulu.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
18 Jun 2012 jam 8.05 pagi
Pengambaran dibuat di surau Sri Pentas
antara pelakon hari ini
Memegang watak kita sendiri memang tidak ada masaalah, macam beri kuliah seperti biasa.
4 comments:
Salam ustaz, saya Zainal dari Surau Ar Raudhah As Syarefah (Sek 2 Putra Heights) ingin jemput ustaz memberikan ceramah/tazkirah pada bulan julai nanti. 013-3441588
Mudah2an dgn adanya ustaz 'betul' yg berlakun (bkn ustaz ketika lakonan saja), maka ramailah pelakun2 wanita yg akan tutup aurat (termasuk pengacara2 tv dll).
Saya tngok filem & drama Iran kat tv, bole dikatakan semuanya tutup aurat, pakain sopan. Drama2nya pun bagus, hal2 masyarakat..
Watak perempuan jahat pun pakai tudung, kat sana tak heran sbb realiti dimestikan pakai tudung, tapi kat sini klu watak jahat pakai tudung, pasti kena kata 'tengok tu, pakai tudung tapi perangai tak elok'.
Hai, org kite.. harap2 ustaz beri ceramah utk ubah mentaliti kpd lebih baik.
salam ustaz, apa pun program agama yang baik dan bermanafaat pasti menjadi tontonan saya cumanya tajuk yang dipilih itu pada saya sudah seringkali diperbualkan. kalau mengikut statistik yang tidak sembahyang itu 80 % lebih ramai daripada 20% yang bersolat (sekurang-kurangnya mereka bersolat) jadi fokus itu harus diberi kepada 80% yang tidak bersolat..kerana tiada ertinya puasa jika kita tidak solat..
berlakon (ke arah kebaikan)juga sebagai salah satu tugas berdakwah, teruskan ustaz
Post a Comment