Wednesday, June 13, 2012

Bicara Ilmu 59 – “Behind The Scene IKIM – Dilema Kewangan Rumah Tangga..”

Isnin 11 Jun 2012, hari ini saya bertolak awal ke IKIM, sebelum jam 10 pagi saya telah sampai di Jalan Duta.
Pagi ini saya membincangkan satu delima yang sering ditanyakan di dalam kursus atau majlis-majlis ilmu yang saya kendalikan iaitu “Delima Kewangan Rumah Tangga..”
Kesempatan pagi ini, kita kongsikan lima delima kewangan dalam rumah tangga iaitu:-
1. Suami bekerja dan isteri sangat boros
2. Suami yang terlalu berkira
3. Perkongsian ekonomi antara  suami dan isteri sehingga suami tidak dapat menerajui rumah tangga dengan baik
4. Isteri yang melebihi suami di dalam kewangan  sehingga hilang hormat
5. Delima isteri atau suami yang tahu pasangannya terlibat dengan harta haram.
Bagi siapa yang tidak berkesempatan untuk mendengar, bolehlah mendengar dari rakaman di bawah.
“Ilmu Asas Amal”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
13 Jun 2012 jam 12.15 tengah malam

2 comments:

roggonx said...

Assalammualaikum,

Ustaz ada email address tak? Saya ada beberapa perkara hendak tanya kepada ustaz, dan juga ingin meminta nasihat. Sekian terima kasih

Anonymous said...

Hidup pasti diuji. Antaranya yg datang dari pasangan & anak2.
Dlm keluarga, mesti at least ade seorg (klu lebih lagi bagus) yg faham & amalkan agama lebih.

Bukan saja ttg ibadat2 khusus tapi ttg ilmu2 keduniaan, masyarakat , kerjaya dll yg klu ditangani dgn ilmu ikut panduan Allah & Rasul saw, insyaAllah diberi jalan2 rahmat & kasih sayang Allah.

So, mudah2an dgn doa, nasihat, tunjuk ajar cara berhemah dari ahli keluarga yg sorang ni (at least) mudah2an seluruh keluarganya Allah beri kebaikan.

Cuma bila tu, Allah saja yg Maha Tahu.

(tq ustaz, sbb bnyak ilmu dapat dari kuliah2, blog ustaz)

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...